Pages

Rabu, 16 April 2025

Sarapan Bergedel Kentang di Pagi 4 Syawal 1446H

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi 4 Syawal, minta Encik Suami cari nasi lemak atau kuih-muih untuk dijadikan sarapan.  Sementara Encik Suami keluar, kita sediakan bahan untuk buat bergedel kentang. Bonda sudah duduk di meja makan. Oleh kerana Bonda bantu buat bergedel, kita pun selongkar peti sejuk. Jumpa sebungkus mi kuning. Oleh kerana keadaanya sudah keras, jadi kita rendam tetapi patah-patah pula. Goreng sajalah. Terpandang keladi di sudut dapur, goreng jugalah.\

Abang Farid masak air dan sediakan teh. Bonda suka minum teh, jadi Abang Farid buat teh panas setiap pagi untuk sarapan.


Dapatlah satu talam adunan bergedel kentang yang bonda bentuk. Makan bergedel kentang pun sebenanrnya mengenyangkan. Tak sampai lima minit, habis licin tinggal bekas sahaja. Semuanya suka makan bergedel kentang.



Mi Goreng
Keladi Goreng Berempah

Nasi Lemak Bungkus

Nasi Lemak hanya berlauk telur rebus, beberapa biji kacang tanah dan sehiris timun. Ada baki ikan bilis dan kacang tanah goreng (kelmarinnya Amie buat sarapan nasi lemak), bolehlah tambah jadi lauk. Amie panaskan baki sambal paru yang juga kami jadikan lauk tambah.

Sambal Paru

Selepas membersihkan ruang tamu, dan menambah kuih-muih dalam bekas serta menyediakan minuman untuk tetamu (sekiranya ada tetamu datang) kami sekeluarga keluar beraya. Bonda kata, jalan-jalanlah berziarah raya. Kami ziarah ke rumah jiran tetangga dan keluarga terdekat sahaja.

Ziarah ke rumah abang lain emak, tetapi tiada pula tuan rumahnya.


Esoknya 5 Syawal 1446H, kami akan berangkat ke Sepang kerana awal pagi 6 Syawal kami akan terbang pulang ke sarang. Jadi, kami ambil kesempatan ziarah ke Tanah Perkuburan Islam 4 Buah Kampung yang terletak di Kampung Parit Mahang.


Di sinilah bersemadinya arwah Ayahanda kami, adinda kami arwah Amin Fauzi dan kekanda kami arwah Kak Ros. Al-Fatihah.

Sekian.
Catatan kenangan 4 Syawal 1446H.

12 ulasan:

  1. Al fatihah buat yang telah tiada...
    Alhamdulillah... Sedap bila dah sarapan selain lauk raya... Tu yang licin

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah buat yg telah pergi.. waduhhh wlupun mee patah tp tetap menggodaaaa fuhhhhh! ye betul siapalah saja yg tak suka begedel kentang lazat tu!

    BalasPadam
  3. Slmt hari raya maaf zahir
    Batin
    Begedel kesukaannn kita
    Tu yummyyy

    BalasPadam
  4. sedap tu begedil...alfatihah utk mereka yg telah pergi

    BalasPadam
  5. Mee tu menggoda betul, sambal paru tu...aishhh..ngences ha....Al-Fatihah buat yang telah tiada

    BalasPadam
  6. Keladi goreng berempah tu menarik kak Amie. Betullah tu, makan bergedel beberapa ketul pun dah rasa kenyang. Alhamdulillah dapat juga ziarah pusara di kesempatan yang ada.

    BalasPadam
  7. Bergedil memang laku keras jika ada di meja makan, kan. Kita pulak jadi teringin, kalau ada sambal kicap lagi laju.

    BalasPadam
  8. Hari tu beli keladi. Bila di goreng kok ganyut. aduhaiiii patah selera nak makan keladi goreng.

    BalasPadam
  9. fevret saya tu bergedel kentang

    BalasPadam
  10. Samaaa, saya pun suka perkedel kentang . Kalo dah makan itu, JD tak teringiiin nasi 😄. Dah kenyang.

    Oh dikuburkan di semenanjung juga ya kak. Berarti hanya kak Amie yg merantau ke LD?

    BalasPadam
  11. Moga rohnya semua yang telah pergi, dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    Sedap Begedil, sambal paru semua nya lah.

    BalasPadam
  12. suka tengok mi goreng kak amie ni
    basah2 mcm ni lagi sedap kalau ada telur mata
    hehehe

    BalasPadam