Mencari Nasi di Hari Raya Pertama

9:26 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan petang 1 Syawal 1446H bersamaan hari Isnin.

Dari hari Ahad, bersahur dan berbuka makan ketupat,lemang dan rendang. Pagi 1 Syawal sehingga tengah hari pun makan menu yang sama. Menjelang petang, Amie renih ekor lembu. Ekor lembu ini Amie tempah dari seorang kawan yang jual lembu segar pada hari terakhir bulan Ramadan. Katanya ada satu saja ekor lembu. Amie pun minta semua, dari pangkal sampai ke hujung.

Jadi, pada petang hari raya pertama Amie masak sup ekor lembu. Walaupun tak cukup bahan iaitu bawang goreng tetapi ekor lembu yang cukup lembut sudah rasa sempurna untuk dinikmati.

Hidangan Makan Malam



Seperti kebiasaannya, kami selesai makan malam sebelum tiba waktu maghrib.


Nasi putih laku keras!


Sup ekor kegemaran Bonda dan Wak Niah.


Kicap lada air tangan Fuad.

Ikan Sepat Masin Goreng

Ikan Bawal Emas Goreng

Ayam Goreng

Taugeh Tumis Campur Capsicum

Rendang Daging dari Lahad Datu.


Nampaknya Bonda sangat berselera hirup Sup Ekor dan makan nasi dengan Ikan Sepat Masin Goreng!

Sup Ekor kegemaran ramai!




Petang itu Abang Farid bersama Fairuz mencari minuman kotak laici, buah kundur dan teh krisantimum, kordial F&N Anggur dan ais batu dan berdozen-dozen aie mineral. Terima kasih anak-anak kerana tidak berkira menyumbangkan tenaga dan wang ringgit untuk melancarkan urusan menyantuni tetamu Nenda.

Kata Abang Farid, tak perlulah bancuh minuman. Tuang saja air dari kotak dan bubuh ais. Sebenarnya menjelang tengah hari, Fairuz sudah bancuh empat botol sunquick pelbagai perasa termasuk lemon, limau mandarin, mangga dan oren untuk tetamu. Tak perasan pula semuanya sudah habis. Mujurkan anak-anak sepantas kilat ke kedai mamak di hujung kampung mencari keperluan untuk minuman tetamu.

Malam itu, ada dua trip tetamu datang berkunjung. Amie sudah terlelap di bilik ketika mereka datang! Encik Suami dan anak-anak pula yang menjadi tuan dapur!

11 comments

  1. Sup ekor makan dengan telur dadar memang sedap. Selalunya gitu la memang mencari nasi juga.

    BalasPadam
  2. Sedap tu makan sup selepas seharian makan rendang.
    Macam arwah abah saya dulu, raya pertama malam dah masak sayur bening.

    BalasPadam
  3. masuk petang je mesti dah boring makan rendang, lemang. sedapnya makan sup ekot dgn telur dadar. pastu ikan bawal emas tu nampak sedap betul! lama tak makan ikan bawal

    BalasPadam
  4. Nasi tetap menjadi pilihan juadah ye.. Mengancam tengok sup ekor tu.. berganding pula dengan ikan sepat masin.. pergh!! Mantap gitu..
    Pada Sha lebih mudah begitu, air kotak dan ais.. Lebih cepat dan ringan kerja bila tetamu datang berkunjung tanpa henti..

    BalasPadam
  5. Nikmat betul dapat nasi tengahari raya. Memang tak lalu dah nak makan ketupat lemang. Lauk pun kena ada lauk lain selain rendang. Memang berseleralah bonda makan dengan sup panas dan ikan masin. Bukan selalu dapat makan hidangan air tangan kak Amie.

    Bagus betul masing-masing pantas buat kerja. Tetamu datang pun bukan sikit-sikit. Ber trip trip tu.

    BalasPadam
  6. Sedapnya sup ekor. Molek betul anak-anak cekap dan berbesar hati membantu

    BalasPadam
  7. wahhhhh sedapnya sup ekor & nasi putih! syukur anak2 lelaki cekap urus di dapur..

    BalasPadam
  8. Nasi putih dengan sup ekor + telur dadar memang combo lengkap sedap.

    BalasPadam
  9. Apapun tetap memilih nasi wlau di hari raya...sedap plak nampak sup ekor tu

    BalasPadam
  10. Selalu ramaaaai nampaknya tamu yg DTG ke tempat kakak yaaa. 😍❤️❤️❤️. Sampai habis banyak aneka jenis minuman. Tp artinya rezeki memang jika rumah ramai dengan tetamu.

    Sup buntut kami sebutnya. Inj juga fav saya kak 😍😍😍😍😍. Dulu asisten masak saya sering buat. Tp sejak dia resign, saya blm pernah buat sendiri. 😅.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe