Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan petang 1 Syawal 1446H bersamaan hari Isnin.
Dari hari Ahad, bersahur dan berbuka makan ketupat,lemang dan rendang. Pagi 1 Syawal sehingga tengah hari pun makan menu yang sama. Menjelang petang, Amie renih ekor lembu. Ekor lembu ini Amie tempah dari seorang kawan yang jual lembu segar pada hari terakhir bulan Ramadan. Katanya ada satu saja ekor lembu. Amie pun minta semua, dari pangkal sampai ke hujung.
Jadi, pada petang hari raya pertama Amie masak sup ekor lembu. Walaupun tak cukup bahan iaitu bawang goreng tetapi ekor lembu yang cukup lembut sudah rasa sempurna untuk dinikmati.
Seperti kebiasaannya, kami selesai makan malam sebelum tiba waktu maghrib.
Ikan Sepat Masin Goreng |
Ayam Goreng |
Taugeh Tumis Campur Capsicum |
Rendang Daging dari Lahad Datu. |
Nampaknya Bonda sangat berselera hirup Sup Ekor dan makan nasi dengan Ikan Sepat Masin Goreng!
Sup Ekor kegemaran ramai! |
Petang itu Abang Farid bersama Fairuz mencari minuman kotak laici, buah kundur dan teh krisantimum, kordial F&N Anggur dan ais batu dan berdozen-dozen aie mineral. Terima kasih anak-anak kerana tidak berkira menyumbangkan tenaga dan wang ringgit untuk melancarkan urusan menyantuni tetamu Nenda.
Kata Abang Farid, tak perlulah bancuh minuman. Tuang saja air dari kotak dan bubuh ais. Sebenarnya menjelang tengah hari, Fairuz sudah bancuh empat botol sunquick pelbagai perasa termasuk lemon, limau mandarin, mangga dan oren untuk tetamu. Tak perasan pula semuanya sudah habis. Mujurkan anak-anak sepantas kilat ke kedai mamak di hujung kampung mencari keperluan untuk minuman tetamu.
Malam itu, ada dua trip tetamu datang berkunjung. Amie sudah terlelap di bilik ketika mereka datang! Encik Suami dan anak-anak pula yang menjadi tuan dapur!
Sedap sup ekor...
BalasPadamSup ekor makan dengan telur dadar memang sedap. Selalunya gitu la memang mencari nasi juga.
BalasPadamSedap tu makan sup selepas seharian makan rendang.
BalasPadamMacam arwah abah saya dulu, raya pertama malam dah masak sayur bening.
masuk petang je mesti dah boring makan rendang, lemang. sedapnya makan sup ekot dgn telur dadar. pastu ikan bawal emas tu nampak sedap betul! lama tak makan ikan bawal
BalasPadamNasi tetap menjadi pilihan juadah ye.. Mengancam tengok sup ekor tu.. berganding pula dengan ikan sepat masin.. pergh!! Mantap gitu..
BalasPadamPada Sha lebih mudah begitu, air kotak dan ais.. Lebih cepat dan ringan kerja bila tetamu datang berkunjung tanpa henti..
Nikmat betul dapat nasi tengahari raya. Memang tak lalu dah nak makan ketupat lemang. Lauk pun kena ada lauk lain selain rendang. Memang berseleralah bonda makan dengan sup panas dan ikan masin. Bukan selalu dapat makan hidangan air tangan kak Amie.
BalasPadamBagus betul masing-masing pantas buat kerja. Tetamu datang pun bukan sikit-sikit. Ber trip trip tu.
Sedapnya sup ekor. Molek betul anak-anak cekap dan berbesar hati membantu
BalasPadamwahhhhh sedapnya sup ekor & nasi putih! syukur anak2 lelaki cekap urus di dapur..
BalasPadamNasi putih dengan sup ekor + telur dadar memang combo lengkap sedap.
BalasPadamApapun tetap memilih nasi wlau di hari raya...sedap plak nampak sup ekor tu
BalasPadamSelalu ramaaaai nampaknya tamu yg DTG ke tempat kakak yaaa. 😍❤️❤️❤️. Sampai habis banyak aneka jenis minuman. Tp artinya rezeki memang jika rumah ramai dengan tetamu.
BalasPadamSup buntut kami sebutnya. Inj juga fav saya kak 😍😍😍😍😍. Dulu asisten masak saya sering buat. Tp sejak dia resign, saya blm pernah buat sendiri. 😅.