Melaram Baju Raya Kiriman Notie Blogger Saje Suka-Suka
2:42 PTGAmie pula bukan jenis orangnya yang tahan simpan pakaian lama-lama. Siap dijahit, Amie terus simpan dalam beg, takut terpakai pergi ke ladang pula. Akhirnya tibalah masanya untuk dipakai waktu hari raya. Oleh kerana anak-anak sepakat memilih warna biru untuk hari raya pertama, jadi Amie khususkan baju hadiah Notie akan dipakai sewaktu bertandang ke rumah besan kami di Gombak sehari sebelum kami terbang ke LD.
Kita hanya merancang tetapi Allah tetap sebagai perancang. Keluarga besan balik lewat dari Terengganu dan tidak sempat membuat persediaan. Kebetulan pula kami sudah berada di Sepang dan bermalam di sana kerana keesokan paginya akan ke KLIA1. Jadi, tidak jadilah hendak pakai baju itu.
Beberapa hari lepas Encik Suami beritahu, ada jemputan kahwin daripada bekas pekerjanya. Tarikhnya pada 12 April 2025 bersamaan hari Sabtu. Pada hari yang sama, Amie terpaksa turun ke ladang kerana ada program yang wajib disertai dari pukul lapan pagi hingga pukul dua petang.
Walaupun boleh memakai pakaian semi formal tetapi Amie pakai baju kurung lengkap. Pengurus ladang dan beberapa orang rakan tegur : Cantik baju Salami. Warnanya lembut, coraknya nampak menyerlah.
Kita pun suka sangatlah dengar kata-kata itu. Mesti Notie suka kalau dia dengar sama. Sebelum mekap cair, kita pun minta kawan ambilkan gambar untuk kenangan.
Gambar pukul 6:45 pagi. |
Bergambar di tempat letak kereta, tepi jalan kelapa sawit. |
Bergambar di pelamin. |
Mudah-mudahan suatu hari nanti kita dapat bertemu. Orang kata garam di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu juga. Notie di Johor, saya di Sabah, ada jodoh bersua jua. In syaa Allah. Terima kasih kiriman kain yang sangat cantik ini. Mudah-mudahan Allah lipatgandakan rezeki buat Notie. Amin.
13 comments
Nampak ceria kak Amie pakai baju ni. Rezeki dapat kain cantik tu. Semoga dapat berjumpa nanti.
BalasPadamCantik baju warna soft je.
BalasPadamwarnanya cantik
BalasPadambahannya kainnya juga mantap, adem dipakai
Lawa 👍🏻
BalasPadamcantik kainnya warna lembut sesuai dgn amie naik seri jelita
BalasPadamauchhh... sweet 🥰
BalasPadamwahhhhh cantik sgguh berbunga2 kainnya sama sis amie juga nampak berbungaa berseriii gitu hehehe
BalasPadamSweet color baju bersama yang memakainya 🥰
BalasPadamaamiin doanya. Alhamdulillah berseri-seri muka amie bila mengayakan kain tersebut. Nampak lain sungguh dari biasa. Memang nampak berseri lah amie. Insya Allah ada rezeki satu hari nanti kita bertentang mata. Aamiin
BalasPadamCantik baju... Alhamdulillah berseri lagi di lembaran sywal..
BalasPadamKak Amie...sekali pandang macam baju raya SA masa 1st syawal...hehehehe...tapi SA bunga2 kecil la..warna je lebih kurang sama...apapun cantik sangat...Kak Notie..birthday SA bulan 6 tau...hahahahaha
BalasPadamAmboi, pasal melaram baju baru, dia la nombor shatu! Heheheh
BalasPadamSetelah dijadikan baju kurung, memang langsung terlihat maniiiiis sangat kak. Warna lembut, dan sesuai juga dengan Skin tone kak Amie 👍👍
BalasPadam