Pages

Sabtu, 12 April 2025

Melaram Baju Raya Kiriman Notie Blogger Saje Suka-Suka

Bismillahirrahmanirrahim.
16 Oktober 2024 - dapat emel daripada NOTIE BLOGGER SAJE SUKA-SUKA Katanya ada kiriman sepasang kain dari Wafic Collection untuk Amie sempena ulang tahun Amie pada 16 November 2024. Wah, sebulan sebelum sampai tarikh sudah ada hadiah menunggu! Siapalah tak teruja ketika mengantuk dalam mesyuarat dapat emel begitu. Terus celik mata, melihat gambar kain yang dikirim. Kata Notie, dia tak tahu warna kegemaran Amie tetapi dia suka warna kain yang dikirim untuk Amie. Katanya lagi, bolehlah nanti kain itu dibuat untuk baju raya 2025. Alhamdulillah. Alhamdulillah.  Rezeki begini mana boleh ditolak, malah dinanti-nanti ketibaannya!

Amie pula bukan jenis orangnya yang tahan simpan pakaian lama-lama. Siap dijahit, Amie terus simpan dalam beg, takut terpakai pergi ke ladang pula. Akhirnya tibalah masanya untuk dipakai waktu hari raya. Oleh kerana anak-anak sepakat memilih warna biru untuk hari raya pertama, jadi Amie khususkan baju hadiah Notie akan dipakai sewaktu bertandang ke rumah besan kami di Gombak sehari sebelum kami terbang ke LD.

Kita hanya merancang tetapi Allah tetap sebagai perancang. Keluarga besan balik lewat dari Terengganu dan tidak sempat membuat persediaan. Kebetulan pula kami sudah berada di Sepang dan bermalam di sana kerana keesokan paginya akan ke KLIA1. Jadi, tidak jadilah hendak pakai baju itu.

Beberapa hari lepas Encik Suami beritahu, ada jemputan kahwin daripada bekas pekerjanya. Tarikhnya pada 12 April 2025 bersamaan hari Sabtu. Pada hari yang sama, Amie terpaksa turun ke ladang kerana ada program yang wajib disertai dari pukul lapan pagi hingga pukul dua petang.

Walaupun boleh memakai pakaian semi formal tetapi Amie pakai baju kurung lengkap. Pengurus ladang dan beberapa orang rakan tegur : Cantik baju Salami. Warnanya lembut, coraknya nampak menyerlah.

Kita pun suka sangatlah dengar kata-kata itu. Mesti Notie suka kalau dia dengar sama. Sebelum mekap cair, kita pun minta kawan ambilkan gambar untuk kenangan.

Gambar pukul 6:45 pagi.

Program ladang yang dijadualkan berakhir pada pukul dua petang dipercepatkan sehingga tengah hari sahaja. Jadi, Amie bersama Encik Suami serta Firdaus terus menuju ke rumah pengantin. Rasanya, mekap pun belum berapa cair, jadi di tempat letak kereta di tepi kebun kelapa sawit, minta Firdaus tangkap gambar sekali lagi.

Bergambar di tempat letak kereta, tepi jalan kelapa sawit.

Bergambar di pelamin.

Selepas menjamu selera di rumah pengantin, nampak pelamin kosong tanpa mempelai. Mungkin kedua-dua pengantin sedang bertukar pakaian. Amie minta juru kamera tangkap gambar Amie di sini.

Terima kasih Notie.
Mudah-mudahan suatu hari nanti kita dapat bertemu. Orang kata garam di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu juga. Notie di Johor, saya di Sabah, ada jodoh bersua jua. In syaa Allah. Terima kasih kiriman kain yang sangat cantik ini. Mudah-mudahan Allah lipatgandakan rezeki buat Notie. Amin.

13 ulasan:

  1. Nampak ceria kak Amie pakai baju ni. Rezeki dapat kain cantik tu. Semoga dapat berjumpa nanti.

    BalasPadam
  2. warnanya cantik
    bahannya kainnya juga mantap, adem dipakai

    BalasPadam
  3. cantik kainnya warna lembut sesuai dgn amie naik seri jelita

    BalasPadam
  4. wahhhhh cantik sgguh berbunga2 kainnya sama sis amie juga nampak berbungaa berseriii gitu hehehe

    BalasPadam
  5. Sweet color baju bersama yang memakainya 🥰

    BalasPadam
  6. aamiin doanya. Alhamdulillah berseri-seri muka amie bila mengayakan kain tersebut. Nampak lain sungguh dari biasa. Memang nampak berseri lah amie. Insya Allah ada rezeki satu hari nanti kita bertentang mata. Aamiin

    BalasPadam
  7. Cantik baju... Alhamdulillah berseri lagi di lembaran sywal..

    BalasPadam
  8. Kak Amie...sekali pandang macam baju raya SA masa 1st syawal...hehehehe...tapi SA bunga2 kecil la..warna je lebih kurang sama...apapun cantik sangat...Kak Notie..birthday SA bulan 6 tau...hahahahaha

    BalasPadam
  9. Amboi, pasal melaram baju baru, dia la nombor shatu! Heheheh

    BalasPadam
  10. Setelah dijadikan baju kurung, memang langsung terlihat maniiiiis sangat kak. Warna lembut, dan sesuai juga dengan Skin tone kak Amie 👍👍

    BalasPadam