Umrah Ke-2 - Miqat di Hudaibiyah

9:37 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Perkataan Hudaibiyah sudah tentu bukan sesuatu yang asing didengar, kerana dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah kita telah mempelajari tentang Perjanjian Hudaibiyah ini.

Pada hari Selasa bersamaan 03 Januari 2023, kami membuat lawatan ke Masjid Hudaibiyah dan niat ihram dari sana untuk umrah kedua. Jaraknya terletak lebih kurang 26 kilometer dari Masjidil Haram.

Sebelum itu, mari kita kenang kembali tentang Perjanjian Hudaibiyah pada bulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah (Mac 628 Masihi) yang ditandatangani antara pihak Musyrikin Makkah dengan Rasulullah SAW. Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian tersebut ditandatangani 

Rasulullah bersama-sama 1400-1500 orang Islam Madidah menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka Urwah bin Mas’ud At Thaqafi datang menemui Rasulullah SAW untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Makkah. Setelah Urwah pulang ke Makkah dan memberitahu niat dan tujuan Rasulullah SAW dan pengikutnya datang untuk mengerjakan umrah maka pihak Quraisy tidak membenarkan mereka masuk ke Kota Makkah. Maka, Rasulullah  SAW menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk berunding dan menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar kepada "Baiah Ar Riduan" untuk menuntut bela atas kematian Uthman bersama-sama Rasulullah SAW di bawah sebatang pokok. Apabila kaum Quraisy terdengar tentang baiah tersebut, kaum Quraisy menjadi takut dan telah menghantar utusan mereka iaitu Suhail bin ‘Amru untuk membuat perjanjian damai. Maka termeterailah Perjanjian Hudaibiyah


Isi Perjanjian Hudaibiyah:
  • Gencatan senjata selama 10 tahun.
  • Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
  • Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
  • Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
  • Kedua-dua pihak dibernarkan membuat perundingan dengan mana-mana pihak.

Bagaimanapun perjanjian ini dilihat tidak adil dan berat sebelah oleh pengikut Rasulullah SAW. Orang yang paling keras membantah ialah Sayyidina Omar Al Khattab sehingga beliau ditenangkan dan diterangkan oleh Rasulullah SAW sehingga akhirnya Sayyina Omar menerima hakikat yang mereka mesti kembali ke Madinah dan datang pada tahun hadapan. Sebagai seorang Rasul dan utusan Allah,Nabi Muhammad SAW membuat keputusan dipandu oleh wahyu dari Allah SWT dan baginda mempunyai pandangan yang jauh dan penuh hikmah. Ketika hampir tiba di perbatasan Madinah, Allah SWT telah menurunkan ayat dari Surah Al Fath memberitahu tentang kemenangan Islam yang hampir tiba dan pada tahun hadapan Rasulullah SAW dan pengikutnya memasuki Kota Mekah dengan aman tanpa tentangan dan korban jiwa di kedua-dua belah pihak.


Hikmah Perjanjian Hudaibiyah:
  • Berkembangnya syiar Islam.
  • Kehidupan masyarakat aman dan damai.
  • Pengiktirafan Rasulullah SAW dan negara Islam di Madinah.
  • Membuka jalan kepada pembebasan Makkah daripada Musyrikin Quraisy.
  • Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.
Tapak asal Masjid Hudaibiyah


Kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan Masjid Hidaibiyah sedang dilaksanakan.

Walaupun dihalang oleh pagar bertutup, tapi kita berusaha juga untuk tangkap gambar kesan-kesan tapak asal masjid melalui celah-celah pagar.


Jemaah umrah memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh Ustaz Ali Amin mengenai Perjanjian Hudaibiyah.


Kesan Perjanjian Hudaibiyah
  • Rencana utama: Pembukaan Kota Makkah ( bermaksud pembebasan Kota Makkah daripada pengaruh, amalan & cengkaman jahliyah. Sebelum Makkah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah).

  • Musyrikin Quraisy semakin lemah.
  • Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju.
  • Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah 
  • Rasulullah mengajar umatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
  • Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.
Sumber : Makkah Towers Group 271222

Bergambar di tapak asal Masjid Hudaibiyah. Langit biru dihiasi awan putih bersih.
Sumber : Makkah Towers Group 271222


Suasana di sekitar masjid.

Apa benda ni?



Pintu masuk ke musolla lelaki.

Kami menunaiksan solat fardhu asar dan solat sunat ihram di Masjid Hudaibiyah. Kemudian bas bergerak meninggalkan tempat bersejarah ini untuk membawa kami kembali ke kota Makkah. 
Untuk niat ihram kali ini, kami ada dua pilihan sama ada niat ihram untuk diri sendiri atau badal. Badal maksudnya mengganti. Misalnya Amie niatkan umrah kali kedua ini untuk arwah Ayahanda.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT


12 comments

  1. Terima kasih sebab sertakan sejarah sekali.

    BalasPadam
  2. kak amie tak makan nasi arab lauk unta ke di Miqat Hudaibiyah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datang melawat sekejap saja ke sini, untuk niat ihram.

      Padam
  3. Bagus info tentang Perjanjian Hudaibiyah ni, Kak Amie. Mengingatkan semula sejarah perjanjian dan banyak juga info lain yg Kak Amie kongsikan. Bagus utk dibaca oleh mereka yg bakal melakukan ibadah umrah nanti.

    BalasPadam
  4. suka baca ulasan kak amie sebab boleh belajar / ingat kembali sejarah zaman Rasulullah SAW.

    BalasPadam
  5. teringat masa sekolah dulu, memang ada soalan-soalan kesan perjanjian hudaibiyah ni..macam tu la jawapan-jawapannya...

    BalasPadam
  6. Seronok membaca Sejarah dan catatatn cikgu.Malangnya saya banyak tertinggal seminggu dua ini tidak sempat menjengah

    BalasPadam
  7. Teirma kasih atas info ni kak amie..seronok baca siap ada sejarah

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah bertambah ilmu.
    Tajuk Perjanjian Hudaibiyah ni sekarang sekolah rendah sudah diajar. Teringat masa buat revision dengan Wafi.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe