Makan Roti Cicah Hummus di Mashawi Restaurant
5:52 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita sewaktu sampai di Kota Kinabalu, pada mulanya hendak bermalam di Gardens Condominium tetapi Fairuz dan Haziq sibuk hantar ikan di sekitar Kota Kinabalu. Oleh kerana kunci dibawa mereka dan sebelah malam baru balik, jadi kami terus menuju ke Tanjung Aru dan menginap di Seapark Condotel. Keesokan paginya, Amie akan terbang ke Kuala Lumpur, dan memudahkan Encik Suami hantar ke lapangan terbang sebab jaraknya agak dekat.
Hummus & Roti |
Apabila sudah sampai di Tanjung Aru, sudah tentulah kami tidak lepaskan peluang jalan-jalan cari makanan Arab di Mashawi Restaurant. Selepas solat maghrib, kami menuju ke restoran yang tidak sampai tiga minit pemanduan dari Seapark Condotel.
Firdaus : Teh O Ais |
Ketika kami sampai, hujan masih turun. Alangkah nikmatnya di kala suhu dingin, dapat minuman panas. Jadi kami pun memesan teh Arab. Puaslah berdua dengan Encik Suami minum bercawan-cawan teh aroma pudina yang sangat sedap itu!
Teh Arab |
Firdaus : French Fries |
Amie : Hummus & Roti |
Hummus merupakan salah satu makanan dari Timur Tengah yang diperbuat dari kacang kuda dan bijan ditambah minyak zaitun dan lemon.. Hummus kelihatannya seperti bubur, dan untuk hidangan yang kami pesan ini, di atas hummus dibubuh daging kisar. Ada kepingan roti yang agak nipis dan masih panas. Memang sedaplah dapat cicah roti dengan hummus. Sudahlah di luar hujan! Kami di dalam restoran makan roti panas cicah hummus dan diselang-seli dengan menghirup teh Arab beraroma pudina!
Tidak lama kemudian, datang pula Turkish Pide Pizza! Ini pizza kegemaran Amie, dan tak akan lepas peluang makan pizza topping beef & lamb kalau datang ke Mashawi Restaurant!
Turkish Pide Pizza. |
Encik Suami tidak kenyang kalau tidak jumpa nasi. Kali ini Encik Suami makan Nasi Arab Ikan. Eh, ikan bolu pula yang dihidangkan!
Nasi Arab Ikan. |
Ikan Bolu Goreng |
Sewaktu makan pizza, tiba-tiba teringat Fairuz yang masih berada di Papar kerana menghantar bekalan ikan. Amie telefon kalau Fairuz ada masa untuk singgah di Seapark Condotel. Bolehlah makan Turkish Pide Pizza. Fairuz kata, selepas pukul 10 malam mereka akan sampai. Amie minta bungkus lebihan pizza dan memesan satu lagi pizza untuk dibawa pulang.
Firdaus bergambar dengan unta di Mashawi Restaurant. |
Turkish Pide Pizza untuk Fairuz. |
Turkish Pide Pizza |
Mashawi Restaurant Tanjung Aru |
Hidangan makan malam untuk Fairuz dan Haziq. |
Turkish Pide Pizza kegemaran keluarga! |
14 comments
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamwow bikin terliur semua...pizanya unik kak amie...dan nasi arab ikan is my favourit dish....tak lupa teh arab....yummy sekali ^^
BalasPadamSedap pizzanya Mbul. Itu sebab kalau ke Kota Kinabalu, kami mesti singgah sini dan makan Turkish Pide Pizza.
PadamNampaknya setiap kali ke KK kak Amie sekeluarga makan Pide Pizza.
BalasPadamKalau saya ada ke KK, pasti akan cuba cari masa ke restoran ni. Nak merasa jugak Pide Pizza.
Setakat ini, memang Turkish Pide Pizza sangat sedap bagi saya Ujie.
PadamUnik piza tu bila berbentuk panjang.
BalasPadamWahhh.. tengahari dan malam Firdaus pesan fries.
Ya, bentuk pizzanya memang panjang.
PadamItulah Firdaus, kalau tak ada fries memang dia tak tahu nak pesan makanan apa.
Aduh.. lama tak masuk restoran arab.. kecur tengok apa yg dihidangkan di meja Kak Amie tu.
BalasPadamCepat cari restoran arab SK. Nanti ngences pulak!
PadamNikmat sekali sepertinya semua yang dihidangkan. Baru tahu ada pizza seperti itu....
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamBiasanya pizza bentuknya bulat kan.
Rupanya suami tidak ikut ke semenanjung. Puan Amie pergi seorang.
BalasPadamYa, balik sendiri.
Padam