Pesan Udang Goreng Dapat Pisang Goreng!
12:02 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kalau singgah di Sabah Tea Restaurant di Ladang Teh Kampung Nalapak, Ranau, Encik Suami suka minum kopi. Maklumlah hendak segarkan mata memandu jauh dari Ranau melintasi Telupid hingga ke Lahad Datu. Memandangkan kami hanya akan singgah solat di Telupid, jadi kami bercadang untuk makan tengah hari (nasi) di sini. Sekarang sudah pukul 15:30 petang. Masih adakah nasi untuk kami?
Kami memesan:
- Nasi Putih
- Kari Ikan
- Udang Goreng Salut Tepung
- Kentang Goreng
- Sabah Tea Ice Cream
- Green Tea Latte
- Kopi Tenom
Firdaus dengan Sabah Tea Ice Cream kegemarannya. |
Bukan main manja lagi anak dengan baba. Maklumlah lama ditinggalkan. |
Seteko Kopi Tenom |
Secawan Kopi Tenom untuk Encik Suami. |
Firdaus tuangkan susu ke dalam cawan kopi.
Firdaus : Green Tea Latte |
Firdaus : Kentang Goreng |
Nampaknya anak-beranak ini saling bersuap-suapan! |
Kari Ikan |
Kami memilih Kari Ikan kerana di dalamnya bukan sahaja ada ikan tetapi juga sayur-sayuran seperti terung, kacang panjang dan tomato. Jadi tak perlulah memesan sayur lagi. Hanya kami berdua yang makan nasi.
Udang Goreng Salut Tepung yang kami tunggu, tetapi datang pula pisang goreng. Pelayan yang hantar makanan tunjukkan resit pesanan, bahawa kami minta pisang goreng. Melihat pisang goreng yang comel-comel susunannya, kami pun minta letakkan sahaja pisang goreng itu di atas meja kami. Dan kami minta Udang Goreng Salut Tepung pula. Sementara menunggu udang goreng siap, kami makan pisang goreng dulu.
Ketika menikmati pisang goreng sambil minum kopi, terlupalah seketika akan nasi yang terhidang! Eh, sedaplah pisang goreng yang digoreng sebiji-sebiji ini. Isinya memang ranum, manis, bahagian luarnya pula rangup!
Tiba-tiba datang pelayan restoran yang mula-mula mengambil pesanan kami. Katanya, dia salah tick pesanan. Sepatutnya Udang Goreng Salut Tepung tetapi dia tertanda pisang goreng! Kami kata, tidak mengapa. Kami makan pisang goreng yang dihidang dan rasanya sangat sedap! Masukkan sahaja harganya dalam resit pembayaran. Udang Goreng Salut Tepung itu kami tunggu! Mungkin dia risau kalau kami buat aduan kot.
Sebiji demi sebiji pisang goreng masuk ke mulut. Mungkin pisang emas! |
Setelah habis kami makan pisang goreng, barulah sampai Udang Goreng Salut Tepung. Tidak rugi makan pisang goreng. Kalau ada kesempatan datang ke sini lagi, memang hendak makan pisang goreng sekali lagi!
Udang Goreng Salut Tepung |
Jom makan nasi. |
Akhirnya dapat makan kedua-duanya sekali : Pisang goreng yang comel dan Udang Goreng Salut Tepung. |
13 comments
Baru semalam makan pisang goreng jugak, dah lama tak makan jadi sekali beli tu RM10 terus buat minum petang. Kebetulan suami pun WFH jugak semalam.
BalasPadamlah ingat kan udang salut tepung bertukar menjadi pisang goreng rupanya tersalah tulis pesanan
BalasPadamOlololo.... suap-menyuap pulak! Macam pengantin!
BalasPadamDah lama teringin rasa kopi Tenom, nampak pekat.
BalasPadamPisang goreng tu mereka hidangkan dengan apa? Nampak macam gula atau cream
pisang tu digoreng sebiji sbiji ya, nmpk bulat. Dgn susunanya tu buat menarik selera
BalasPadamtak pe kak. janji bukan ikan goreng. 😁pekena dgn kopi + pisang goreng.. fuhhh mmg mantap👍👍
BalasPadampisang goreng n udang goreng lain rasa tapi mmg sedap
BalasPadampenasaran sama rasa pisang goreng nya. kari ikannya juga, MasyAallah 🤤
BalasPadamdia datang minta maaf sejuk hati ye kak tambah pula pisang gorengnya sedap
BalasPadamWahh, ada pisang goreng, udang goreng dan kari. Lagi lapang hati bila mereka mengakui kesalahan sendiri, kan Kak Amie.
BalasPadamHikmah tersalah tick rupanya memang dah takdirnya rezeki dapat makan pisang goreng yang sedap dan nampak sangat mengiurkan..sini pisang gorengnya bukan sebiji sebiji tapi sebiji dibelah 8🤭
BalasPadamRezeki dapat rasa pisang goreng.
BalasPadamBaguslah buat susulan kalau silap minta maaf.
Bagus pelayan mengaku salah sendiri..takpe..ada lebihan rezeki..udang goreng sedap, pisang goreng pun sedap kan kak
BalasPadam