Nasi Bukhari Ayam Panggang

3:00 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam terakhir di Madinah, kami sempat makan malam di Al Farez Restaurant. Restoran ini terletak di bahagian belakang Royal Al-Andalus Hotel. Kami memilih Nasi Bukhari, sejenis nasi beraroma yang terkenal di Arab Saudi, Afghanistan dan Pakistan. Nasi Bukhari tidak didatangkan sekali dengan lauk kerana pelanggan boleh memilih lauk yang disukai. Kami hendak makan Nasi Bukhari dengan Ayam Panggang. Ada dua saiz ayam panggang iaitu seekor dan setengah ekor. Kami beli setengah ekor.

Amie memang tak boleh nampak kebab! Jadi memang tunjuklah satu set kebab. Kali ini kebab jenis panjang, dan bukan bentuk patty seperti di Zaitoon Restaurant. Tak tahulah apa nama sebenar kebab di Al Farez Restaurant, sebab pelayan restoran terus ambil resit bayaran makanan yang kami pesan sewaktu menghantar makanan ke meja kami.

Konsep makan di sini pun sama saja seperti di tempat lain. Pesan makanan, ambil resit dan cari tempat duduk. Nanti akan datang pelayan restoran, minta resit kita dan hantar makanan ke meja kita. Sayangnya, kita tak dapat ambil gambar resit, dan terlupa nama makanan serta harganya. Apabila tulis entri, hanya berpandukan gambar sahaja. 

Nasi Bukhari Ayam Panggang dan Set Kebab.



Al Farez Restaurant terletak di tingkat atas. Di bawahnya ada Toko Sulawesi Makassar. 


Ramai sungguh jemaah dari Indonesia membeli-belah di Toko Sulawesi Makassar.

Al Farez Restaurant.


Nasi Bukhari.

Ayam Panggang.

Set Kebab


Apabila selimut (roti) diangkat, nampaklah kebab sedang berbaris di bawahnya. Kali ini Amie pilih kebab daging pula.


Ada dua jenis roti pula dihantar ke meja kami. Yang pertama, dua keping dalam set kebab. Yang kedua, agaknya dihantar bersama ayam panggang. Jadinya, Ayam panggang tersebut boleh dimakan bersama nasi dan juga roti!


Jom makan.


Encik Suami tidak tinggal dengan botl air zamzamnya.

Bismillah.


Amie pilih jus delima. Memang puas hati minum, tapi perut tak puas! Puas hatinya sebab jus delima semata-mata, tanpa tambahan gula atau air atau ais. Yang tak puasnya sebab tak cukup minum segelas! Encik Suami pula memilih jus lemon. Dan memang rasa 'masam' sungguhlah minumannya!


Ada pelbagai jenis pencuci mulut dan jus buah dijual di sini.


Boleh beli jus buah yang digemari dan bawa pulang ke hotel.

Alhamdulillah.

Sedih jew renungannya malam itu. Mudah-mudahan kita akan dapat kembali leagi ke Kota Bercahaya ini pada masa akan datang.

.Pemandangan dari belakang hotel kami.


Encik Suami tertarik dengan bas dua tingkat dan bahagian atasnya terbuka. Sempat Encik Suami menjenguk di kaunter jualan tiket.

Kaunter jualan tiket bas.

Pemandangan sebahagian Taiba Mall berhadapan Royal Al-Andalus Hotel, tempat kami selalu singgah makan di Chicken Mexixan, Chicken Hat dan Zaitoon Restaurant.

Pemandangan di perkarangan Masjid Nabawi melalui Pagar 335, sudah tentu sentiasa dalam ingatan.


In syaa Allah, mudah-mudahan kita akan jejak lagi ke sini.

Pintu masuk Royal Al-Andalus Hotel

Sudah tentulah akan teringat-ingat  shawarma, dan juga pelbagai jenis jus buah yang selalu diborong di sini.
Ketika ini jam sudah menunjukkan angka 10:00 malam. Suasana kelihatan lengang ketika kami tiba di lobi hotel dan tidaklah perlu berbaris menunggu masuk lift.


Menuju ke bilik 920.
Selamat berehat.


Sebahagian jemaah umrah yang menyertai perjalanan dari Masjid Nabawi ke Masjid Quba'.

Sebelum tidur, Amie sempat buka HP dan terpandang gambar yang dikongsi oleh jemaah umrah. Mereka berada di Masjid Quba setelah berjalan sejauh tiga kilometer dari Masjid Nabawi, dan berpeluang solat maghrib dan isya' di sana.

In syaa Allah, ada peluang dan rezeki untuk kami merasai pengalaman ini.

Sewaktu hayat Rasulullah SAW masih ada, baginda seringkali mengunjungi Masjid Quba' iaitu masjid pertama yang dibina setelah ketibaan baginda bersama para sahabat dari Makkah ke Madinah. Baginda akan berjalan kaki dan kadang-kadang berkenderaan ke Masjid Quba' pada hari Sabtu, Isnin dan Khamis.
Semasa pemerintahan Raja Salman, baginda memerintahkan agar dibina laluan pejalan kaki dari Masjid Nabawi ke Masjid Quba'.
Oleh kerana kaki Encik Suami yang luka akibat terbelah oleh batu tajam sewaktu mendaki Bukit Sai'la menuju ke Gua Sajadah masih belum sembuh sepenuhnya, jadi kami tidak dapat menyertai aktiviti tersebut.
Mudah-mudahan, suatu waktu yang lain kami akan datang lagi dan dapat menurut jejak Rasulullah SAW berjalan kaki dari Masjid Nabawi ke Masjid Quba' untuk menunaikan solat. Amin.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

19 comments

  1. Pure sgt jus delimanya kak... rasa mcm nasi beriani jugak ke nasi bukhari ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, jus delima tanpa campuran air, gula dan ais. Diletak dalam peti sejuk saja.
      Nasi bukhari tak sama rasa macam nasi beriani. Agaknya sudah biasa makan nasi beriani, jadi rasa nasi bukhari lebih sedap pulak... ahaks!

      Padam
  2. kecur mulut saya baca jus lemon tak boleh nak bayang masamnya...jusnya pula memang tak ada gula ye..biasa guna sehiris pun dah masam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang masam rasanya, tapi masih boleh diminum. Encik Suami tak dapat habiskan sebab katanya masam sangat.

      Padam
  3. Teringin plak SA minum juice tu...nampak sedap betul..bagai terasa2 di tekak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada beza jus buah di sini dengan jus buah di tempat kita SA. Di tempat kita mesti ada campura gula, air dan ais.

      Padam
  4. amboiiii kuning betul nasi bukhari nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kuning warnanya nasi bukhari masakan pakistan.

      Padam
  5. waahhhh.... sexy dan menggoda ayamnya tu. saya memang suka ayam panggang berbanding ayam goreng ke..gulai ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam panggang di sini semuanya dibuang kulit!

      Padam
  6. Seorang ambil satu dish jadi dua2 boleh merasa makanan berlainan.
    Sempat tak Cikgu Amie makan makanan di hotel yang selalu ramai tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempat juga makan sesekali di hotel kalau waktu tak ramai orang. Kalau nampak tak ada meja kosong memang kami cari tempat makan di luar.

      Padam
  7. kebab tu tindan macam tu je ye..senang nak makan, cubit-cubit je..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang macam tu kebabnya, letak atas kepingan roti lepas tu tutup dengan roti lagi.

      Padam
  8. Banyak juga nasi. Boleh habis ke?
    Harap dapat singgah lagi Masjid Nabawi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan nasi berdua. Nasi bukhari habis tapi roti tak habis.

      Padam
  9. Terliur tengok kebab Kak Amie tu. Ayam panggangnya pun… 🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput Farrah.
      Memang sedap semuanya. Entah bila akan dapat makan di sini lagi.

      Padam
  10. ayam panggang dia tu menarik betu lah.... kebab tu sedapnya kak oi... air delima mesti sedap kan nampak pekat

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe