Mendaki ke Gua Hira

8:20 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Gua Hira  ialah sebuah gua yang terletak di atas sebuah gunung bernama Jabal Nur, kira-kira dua batu dari Makkah.  Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian setinggi 600 meter menuju ke Gua Hira perlu melalui jalan di lereng-lereng bukit yang kering dan berbatu. Maka setiap pendaki hendaklah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Gua Hira merupakan tempat Rasulullah SAW  menerima wahyu yang pertama daripada Allah Taala melalui Malaikat Jibrail. Di gua ini  Rasulullah SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah selama tiga tahun. Baginda juga selalu ke sini untuk  menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada ketika itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat  serta dosa-dosa besar.

Google : Gua Hira

Warna putih-putih kecil ialah jemaah umrah yang sedang mendaki Jabal Nur.


Kami menaiki van melalui jalan yang curam dan selekoh tajam untuk sampai ke kaki gunung. Di sini kami dapat merasakan setiap pemandu yang membawa penumpang  memang mempunyai keberanian yang tinggi membawa kenderaan melalui jalan yang curam dan sempit ini.


Pemandangan sebelah kiri simpang jalan menuju ke Jabal Nur.

Pemandangan dari kanan simpang jalan.

Pemandangan di kanan simpang jalan.

Gambar atas dan bawah: Para pendaki yang baru turun dari Gua Hira.


Encik Suami bersedia untuk mendaki bersama jemaah umrah yang lain.


Amie bersama beberapa rakan yang lain tidak mendaki sama. Kami duduk sahaja di sebuah gerai makan di hadapan simpang jalan. Walaupun hanya duduk di situ, tetapi mata tidak sunyi dari memerhatikan kenderaan berulang-alik menurunkan penumpang yang hendak mendaki Jabal Nur.


Memang nampak sesaklah simpang jalan ini. Sudahlah jalannya sempit, kenderaan tidak berhenti datang dan pergi.


Sempat juga melihat perlanggaran dua buah kereta di hadapan mata! Sebuah kereta warna hitam dan sebuah kereta warna putih. Ingatkan akan berlaku pergaduhan, tetapi apabila keluar kedua-dua pemandu, mereka bercakap-cakap sebentar dan kemudian masing-masing meninggalkan kawasan tersebut.

Malam sudah menjelma!

Apabila menoleh arah Jabal Nur, warna putih di atas sanun ialah cahaya lampu suluh yang dibawa pendaki.

Encik Suami sudah sampai ke bawah. Pendakian naik dan turun mengambil masa selama lebih kurang satu jam.

Antara gambar yang dapat Encik Suami rakam semasa mendaki Jabal Nur menuju ke Gua Hira.





Encik Suami dapat masuk ke Gua Hira.


Pemandangan sekitar Kota Makkah dari Jabal Nur.


Kongsi info cara wahyu diturunkan (Sirah Teragung Muhammad SAW):

  • Melalui Malaikat Jibrail (wahyu al-Jali):
    i)   Jibrail berbentuk asal. Dua kali Rasulullah SAW melihat Jibrail dalam kewujudan asalnya.

    ii)  Jibrail menyerupai salah seorang sahabat Nabi SAW : Dihyah al-Kalbi, yang berwajah rupawan.

    iii) Jibrail hadir tetapi tidak kelihatan dan kehadirannya diketahui dengan bunyi loceng. Cara ini yang paling berat dihadapi Rasulullah SAW.

  • Allah SWT berbicara secara langsung dari balik tabir:
    Allah berkomunikasi langsung dengan Rasulullah SAW ketika baginda terjaga seperti pada Isra' dan Mikraj.

  • Bisikan di dalam hati:
    Rasulullah SAW bersabda : Jibrail meniupkan wahyu ke dalam jiwaku bahawa suatu jiwa tidak akan pernah mati sehingga rezeki dan ajalnya telah dipenuhi. Oleh kerana itu, hendaklah kalian takut kepada Allah dan perbanyakkan memohon doa.

  • Ilham:
    Al-Qurtubhi berkata bahawa wahyu itu adalah ilham. Dan Rabbmu mengilhamkan kepada lebah. (QS. an-Nisa(4):68)

  • Mimpi ketika tidur:
    Rasulullah SAW pernah bermimpi melihat kaum muslimin akan memasuki Masjidil Haram dengan aman dan rambut mereka dicukur habis.
Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

17 comments

  1. KAmie tak.mendaki? Kenangan paling berharga dpt msk gua Hira , tp.ms sy dan group.naik tak.ramai . Alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Tentu pengalaman berharga dapat mendaki Gua Hira.. sejak kecil selalu baca kisahnya.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah suami kak Amie berpeluang sampai ke Gua Hira.

    Cantik pemandangan kota Mekah dari Jabal Nur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jurufoto professional datang ke sini, memang pandai cari sudut yang menarik kan Ujie.

      Padam
  4. teringin nak naik tp apakan daya dah smpi tapi x de rezeki naik ke atas

    BalasPadam
  5. un belum pernah daki lagi. Tengok tinggi dan curam takut pula tidak mampu.

    BalasPadam
  6. Sayapun belum pernah daki. Tengok tinggi dan curam rasa tidak mampu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau naik mungkin saya boleh, tapi kalau turun tu....aduhai rasanya lutut setua saya tak mampu.

      Padam
  7. Satu pengalaman paling berharga buat suami Kak Amie ye.SA dapat hiking gunung2 jer..bestnya kalau dapat daki gua hira ni...pemandangan tu cantik betul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang biasa hiking tak ada masalah daki ke Gua Hira'.

      Padam
  8. Bercahaya view dari Gua Hira' tu. Ramai juga yang berniaga atas tu ya.

    BalasPadam
  9. subhanallah.. terigin nak ke sini kak

    BalasPadam
  10. Subhanallah..
    Tempat suci tempat turunnya wahyu..
    Semoga ada rezeki saya dan rakan lain ke sana satu masa nanti

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe