Kesan Darah Rasulullah SAW Setelah Cedera Dalam Perang Uhud

9:25 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebaik sahaja selesai solat di Masjid Ijabah, kami dibawa melawat di jajaran Bukit Uhud. Menurut Ustaz Ali Amin, di situ terdapat kesan darah Rasulullah SAW akibat tercedera dalam Perang Uhud. 

Menurut Ustaz Ali Amin, kerajaan Arab Saudi sedang berusaha untuk mendapatkan pendapatan negara dari pelbagai cabang ekonomi. Pelancaran Saudi Vision 2030 pada April 2016 menekankan tiga teras iaitu:
  • mengukuhkan status negara sebagai nadi utama dunia Islam dan dunia Arab
  • menjadi kuasa besar pelaburan dunia
  • mengubah Arab Saudi sebagai hub yang mengubungkan tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah
Dan antara cabang ekonomi yang ingin dicapai ialah dengan menjadikan negara pengeluar minyak ini sebagai destinasi pelancongan paling poplar di dunia.

Maknanya, Arab Saudi sudah tidak bergantung sepenuhnya kepada hasil minyak semata-mata!


Di sana-sini kelihatan kerja-kerja pemuliharaan dan pembaikan sedang dijalankan khususnya di tempat-tempat bersejarah. Antaranya ialah kesan sejarah Perang Uhud. Di jajaran Bukit Uhud inilah, dikatakan terdapat kesan darah Rasululullah SAW. Peristiwa ini merupakan sejarah hitam kekalahan pertama tentera  Islam di tangan tentera kafir Quraisy.

Kerja pemiluharaan sedang giat dijalankan.


Sirah Teragung Muhammad SAW, halaman 345:
Dalam peperangan ini, Rasulullah SAW mengalami kecederaan dan luka parah, terjatuh ke dalam lubang, kepalanya luka, giginya patah dan pada bahagian wajah darah mengalir dengan laju. 

Dalam keadaan sedemikian, ramai sahabat yang melindungi Rasulullah SAW dengan tubuh mereka. Mengapakah para sahabat Rasulullah SAW sanggup mengorbankan nyawa  demi membela dan menyelamatkan Rasulullah SAW dari dihujani anak panah dan lontaran batu? Mereka berjuang dengan semangat yang membara demi melindungi nyawa Rasulullah SAW tanpa menghiraukan riisiko yang ada.  

Dari manakah sumber pengorbanan yang menakjubkan itu? Itulah kekuatan iman dan tauhid. Itulah bentuk kesetiaan dan ketaatan penuh kepada pemimpin yang berjuang di jalan-Nya. Kekuatan seperti inilah yang membuatkan umat Islam berjaya pada masa lalu.



Tempat kesan darah Rasulullah SAW sudah dipagar, dan tidak dapat dilihat dari luar pagar. Untuk melihat tempat tersebut, seseorang perlu memanjat batu untuk melihat di sebalik  tembok!


Encik Suami dengan sabar menanti giliran berdiri di atas longgokan batu untuk merakam tempat kesan darah Rasulullah SAW di sebalik tembok.


Mari kita lihat antara hasil tangkapan Encik Suami tadi.


Inilah tempat sahabat-sahabat membawa Rasulullah SAW yang tercedera.



Dan, gambar di bawah inilah yang dikatakan kawasan kesan darah Rasulullah SAW.

Atas : Gambar dari HP Encik Suami
Bawah : Gambar yang terdapat di dinding penghadang (kerja-kerja pemuliharaan).
Kata Encik Suami, kesan darah tersebut ditutup dengan batu (dua batu kecil).

Gambar kesan darah Rasulullah SAW.


Ketika ini jam menunjukkan angka 9:30 pagi tetapi matahari sudah memancar terik.


Seorang wanita memanggil salah seorang jemaah wanita dan menghulurkan satu bekas berisi kurma.


Wanita tersebut masuk semula ke dalam rumahnya, dan beberapa saat kemudian muncul lagi dengan sebekas kurma yang lain.


Alhamdulillah. Rezeki Allah.
Semoga tambah rezeki wanita ini.


Walaupun sudah dua kali hulurkan bekas berisi kurma, namun wanita ini menyuruh anak lelakinya membawa sebekas kurma lagi untuk kami.


Akhirnya kami makan kurma bersama-sama jemaah umrah lain yang baru sampai ke sini.


Barangkali buah kurma dari kebun sendiri, sebab nampak agak berbeza dengan buah kurma yang pernah kami jumpa dan beli. Rasanya lebih lunak, manis seakan madu. Sayangnya, tak tahu apa nama jenisnya.

Tiba-tiba rindu rasa kurma ini!


Di mana sahaja tempat lawatan yang kami singgahi, sekiranya ada ais krim Encik Suami akan belikan kita.


Ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas, memang sedap sangatlah dapat basahkan tekak dengan aiskrim!

Aiskrim Coklat Vanilla



Ketika ini memang terlupa Madinah sedang musim sejuk kerana panas matahari menghilangkan segala kedinginan di awal pagi. 


Kami berpeluang menikmati pemandangan di sekitar jajaran Bukit Uhud. Langit tidak sepenuhnya biru kerana terdapat sedikir awan tipis. Kami melalui kawasan perumahan masyarakat Arab Madinah. Bentuk luaran rumah di sini sama sahaja, tidak berbumbung dan seperti kotak dengan warna batu dan pasir yang senada.


Menurut Ustaz Ali Amin, kita tidak tahu sama ada penghuninya berharta atau sebaliknya jika hanya melihat keadaan luar rumah mereka. Untuk mengetahuinya, kenalah masuk ke dalam melihat suasanya yang sebenar.




Gambar-gambar rumah yang Amie tangkap ini letaknya di sebelah jajaran Bukit Uhud. Terbayang kehidupan di zaman Rasulullah SAW: Ada golongan Muhajirin dari Makkah dan golongan Ansar, penduduk Madinah.

Sumber : Jemaah Umrah Sabah

7 comments

  1. Nampak segar kurmanya. Baik sungguh dia beri makan kurma sedap.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Subhanallah ..
    maha suci Allah dengan kekuasaanNya kesan darah tersebut masih boleh dilihat umat Muhammad s.a.w

    BalasPadam
  4. alahaiiiii baiknya dia... npak sgt dia suka memberi dan menggembirakan oeg ramai yg dtg ziarah

    BalasPadam
  5. menimbau perintiwa bersejarah perang uhud

    BalasPadam
  6. Bila mutawif bercerita peristiwa perang uhud Allahuakbar rasa sedih mendengar perjuangan mereka sehingga syahid. Kesan darah tu takde pulak kami di perlihatkan.

    BalasPadam
  7. Masih kekal ye kak amie kesan darah Rasullullah tu...nak sangat tengok tapi di tutup dengan batu bgi mengekalkan untuk tujuan pemuliharaan ye..nampak sedap kurma dan aiskrim tu..murah rezeki wanita yang memberi kurma tu kak amie...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe