Makan Tengahari di Restoran Sidah Syeksyen 7 Shah Alam & Persiapan Majlis

8:55 PTG

Makan masakan kampung memang tidak pernah menjemukan. Ada sahaja menu yang memikat selera. Sayangnya tak bolehlah nak pilih semua yang kita suka. Perut kita ada hadnya untuk diisi... ahaks! Nanti ambil banyak, tak habis dimakan, membazir pula.

Sehari sebelum majlis resepsi Abang Farid, sempat jugalah kami jalan-jalan di Shah Alam dan singgah makan di Restoran Sidah di Seksyen 7. 


Kalau bawa Fairuz makan, memang kita pun ikut berselera melihat dia makan!


Melihat begitu banyak lauk-pauk, akhirnya inilah pilihan kami.


Lama sungguh tak sedut sipuk masak lemak! Tiba-tiba terjumpa pula di sini.


Nampak gulai kawah sedang menggelegak dalam kawah besar, tidaklah lepaskan peluang begitu sahaja. Ambil juga semangkuk kecil. Sedap sangat kuahnya bila tumpah ke atas nasi!


Kita pilih ikan keli goreng, kerabu kacang botol, seketul pegedil kentang dan sambal belacan (dalam bekas kecil). Kerabu kacang botol tu terasa daun kencurnya tau! Kalau tak silap dicampur dengan hirisan daun pegaga.
 

Kita singgah makan di sini selepas susun atur sedikit persiapan untuk majlis Abang Farid yang akan diadakan keesokan harinya.


Terima kasih anak-anak buah, adik dan kakak-kakak kita yang ringan tulang bantu siapkan kudap-kudapan. Kita sangat hargai kerjasama keluarga membuat persiapan majlis termasuklah menyusun doorgift dan bunga telur.

Waktu itu memang sentiasa rasa gundah kerana bimbang memikirkan SOP yang sentiasa berubah. Maklumlah sebelum itu majlis akad nikah hanya boleh dibuat di pejabat agama, dan hanya pengantin lelaki, pengantin perempuan serta wali sahaja yang dibenarkan masuk. Kita pun pasrah saja. Seminggu sebelum majlis, kami dimaklumkan akad nikah boleh dilakukan di masjid dan hanya 6 orang sahaja boleh berada di dewan nikah termasuk pasangan pengantin. 




Sebahagian doorgift untuk tetamu yang sangat terhad jumlah jemputannya. Maklum sahajalah kena patuhi SOP dan jemputan hanyalah terdiri daripada keluarga terdekat pengantin perempuan dan keluarga terdekat pengantin lelaki sahaja.


Doa kesyukuran dibuat di rumah, tetapi kami tidak mengundang dan menerima tetamu. Kami hantar bungkusan makanan berisi nasi ambeng, buah dan minuman kepada jiran tetangga dan saudara mara yang ada di sekitar Bukit Hijau dan Bukit Kucing.


Walaupun buat majlis kecil-kecilan dan tertutup tapi Bonda kita berkali-kali mengingatkan supaya jangan lupa sediakan bunga telur!



17 comments

  1. Alhamdulillah...yang penting urusan akad nikahnya berjalan lancar. Walimah nya tu, sekadarnyalah sebab kita pun masih berada dalam suasana pandemik..

    BalasPadam
  2. Lebat bunga pahar tu, Kak Amie. Kalau pergi pengantin, suka sangat jika dihulur setangkai, hihi.

    Alhamdulillah, ramai yang membantu mempermudahkan urusan, tentunya atas kebaikan Kak Amie juga yang tak pernah berkira tenaga membantu orang lain, insyaAllah.

    BalasPadam
  3. Anak sedara CP kenduri hari tu kami buat pack macam tu juga. Edarkan ke rumah jiran.

    BalasPadam
  4. Seksyen 7 tempat yang dikenang. Rumah sewa zaman study UiTM Shah Alam. Situ dah makin meriah banyak kedai makan. Seronok bawa orang yang berselera makan ni. Kita terikut ikut berselera. Sedapnya siput sedut. Macam macam menu sedap kak Amie pilih.
    Memang risau fikir majlis masa covid ni. tidur malam pun tak lena. Syukurlah semua dah selamat.
    Bestnya dapat bungkusan nasi ambeng tu. Lain dari yang lain Kak Amie. Cantik bunga telur. Ye, bunga telur jangan dilupakan.

    BalasPadam
  5. Pertama kali terima menantu, pertama kali buat jamuan ikut SOP. Segala-galanya perlu dibuat secara berhati-hati dan berhemah.
    Apapun alhamdulillah majlis berjalan lancar.

    BalasPadam
  6. terus rasa lapar perut nengok semua menu akak tu... lama dana tak makan tengahari kat kedai, sedap nengok kerabu tu kak...

    sedapnya nengok nasi ambeng tu kak oi.... dana paling suka nasi ambeng ada mee goreng gitu... terus lapar perut ni... kul 12.30 wajib makan lunch ni

    BalasPadam
  7. wah nasi ambeng bestnya. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna dengan bantuan saudara mara.

    BalasPadam
  8. Bunga telur tu umpama benda wajib dalam majlis perkahwinan. Kalau takde bunga telur rasa hambar je majlis. Bunga rampai pun dah ramai orang tak buat

    BalasPadam
  9. wah gulai kawah, siput sedut dengan kerabu kacang botol aduhaiii masakan kampung ni. yummy eh lapor le perut tenguk menu amie sekeluarga makan.

    BalasPadam
  10. Memang menyelerakan betul lauk-lauk kampung di meja Kak Amie tu ;)
    Kalau pergi kenduri kahwin dapat bunga telur, rasa special sangat.

    BalasPadam
  11. terliur tengok nasi ambeng tu kak Amie. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan kerjasama keluarga. Bunga telur tu wajib kan, kalau tak rasa tak meriah

    BalasPadam
  12. Sedapnya Nasi Ambeng..
    Memang nampak berselera Fairuz makan..Fuad pun nampak makin sihat senang hati tu..Abang Farid ngan Daus pula macam diet.Eh,mak dengan bapa pengantin pun berseri2 menerima menantu.Alahamdulillah,semoga semuanya diberkati Allah

    BalasPadam
  13. Suka tengok Fairus tu makan, nampak sedap menu2 masakan di restoran Sidah tu ya, nanti nak juga try makan kat situ. Dekat dah dengan rumah.

    BalasPadam
  14. bunga telur tu tradisi kite, takde bunga telur tu macam tak lengkap perkahwinan.

    BalasPadam
  15. Selamat menerima ahli keluarga baharu, Kak Amie. Tahniah buat pasangan mempelai!

    BalasPadam
  16. banyaknya lauk pauk yg ada dkt situ. syu mesti akan ambil ikan keli jgk kalau ada..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe