Makan Soto Pagi & Petang di Warung Soto Ori Kanang Bukit Cherakah

7:27 PTG

Kalau balik kampung memang tak lengkap kalau tak singgah Warung Soto Ori Kanang Cawangan Bukit Cherakah. Ketika kami sampai, kira-kira pada pukul 10 pagi, warung baru sahaja bersedia untuk menerima pelanggan.

Kenapa mesti singgah sini untuk menikmati soto? Sudah tentulah ada keistimewaannya yang tersendiri yang menyebabkan Warung Soto Ori Kanang tetap di hati. Pelanggan yang datang memang tak putus-putus, dan warung sentiasa penuh.

Soto Ayam


Soto Ori Kanang tidak menghidangkan sambal kicap sebagai pelengkap rasa, sebaliknya dihidangkan sambal cili padi warna hijau. Amie tak ambil gambarnya pula. Amie rasa cili padi tersebut direbus atau dikukus terlebih dahulu. Memang inilah sambal yang disajikan sejak dahulu lagi.


Ketika ini hanya Amie dan Encik Suami sahaja jalan-jalan cari makan. Selepas itu kami bergerak menuju ke Kuala Selangor untuk mencari barang-barang yang diperlukan bagi melengkapi keperluan majlis resepsi Abang Farid di Shah Alam.


Encik Suami pula memesan rojak mi sebagai alas perut. Sebelah petangnya pula, sekali lagi kami mengunjungi Warung Soto Ori Kanang. Fuad dan Fairuz turut serta. Kononnya mereka akan bersama Encik Suami ke Puncak Alam untuk mendobi pakaian, tetapi tersinggah ke sini pula!

Kebetulan pula ada rakan-rakan sekolah yang ingin Amie temui. Jadi, seperti biasa kami sepakat lepak di Warung Soto Ori Kanang.



Fuad makan mi rojak. Dia terpengaruh dengan cerita Encik Suami tentang keenakan mi rojak ayam. Fairuz mula meminta soto ayam. Rasanya Fairuz minta dua mangkuk soto ayam!



Nona Manis Durian

Sementara itu, seorang demi seorang kawan-kawan sampai:
  • Didi
  • Rosmah
  • Zehan
  • Jaliah
Rosmah bawa Nona Manis Durian hasil air tangannya. Terima kasih Ros. Sedap sangat Nona Manis Duriannya.


Jom menyoto lagi!

Dan basahkan tekak dengan ais mangga.

Gambar kenangan : Kanang (Zainal), Awe, Amie, Rosmah, Zehan & Didi.
Jaliah sudah pulang lebih awal.


Amie, Kanang & Awe


Kanang dan Awe sekelas dengan Amie sewaktu bersekolah rendah. Kanang kehilangan isteri akibat penyakit kanser, dan Awe pula kehilangan suami buat selama-lamanya juga disebabkan sakit. Kedua-duanya bertemu jodoh beberapa tahun lepas dan sama-sama mengusahakan perniagaan soto warisan keluarga Kanang. Moga mereka sentiasa sihat dan rezeki mereka terus bertambah. 

22 comments

  1. Aameen. InshaAllah makanannya direview sedap tu, jadi lapar duk baca hehe. Seronoknya jumpa, kawan masa sekolah rendah. Nona manis durian tu pun menyelerakan..

    BalasPadam
  2. Ala masa study UiTM Shah Alam dulu tak tahu pulak kewujudan warung soto ni. Pernah jugak beberapa kali pergi Bukit Cerakah tu. Ni entah bila nak pergi Shah Alam. Sedap sotonya tu. Penuh mangkuk! Tak kurang hebatnya rojak mi tu. Fav gak rojak mi. Amboii Fairuz bermangkuk makan soto. Berselera makan soto sedap.

    Alhamdulillah kalau dah jodoh tak kemana :)

    BalasPadam
  3. Menarik juga kisah pertemuan jodoh mereka ya, yang satu mati istri, yang lsin mati istri.

    BalasPadam
  4. Rojak mi dia perghhh meriah nya kak hahaha...

    BalasPadam
  5. Seronoknya dapat berkumpul dengan kawan-kawan sekolah. Mesti banyak hal dibualkan.
    Menarik kisah jodoh mereka berdua.

    BalasPadam
  6. uihh nampak menyelerakan.. boleh try ni. check waze dalam 13.8 km je

    BalasPadam
  7. ALHAMDULILLAH DAPAT BERTEMU RAKAN2 LAMA DI KAMPUNG

    BalasPadam
  8. semua makananya nampak menyelarakan kak...soto, rojak mee itu pun aduh menggoda patut lah terpengaruh dua beradik tu dari nak mendobi jadi makan dulu...

    kalau dah jodoh ye kak, best betul kedai makan kawan akak tu...

    BalasPadam
  9. sedap nampaknye soto tu. teringin pulak rasanya...

    BalasPadam
  10. seronok kak Amie dapat balik kampung ya. Dapat jumpa kawan-kawan dan makan yang sedap-sedap. Semoga ukhuwah terus berpanjangan

    BalasPadam
  11. Oh pengusaha soto itu rakan sekelas Puan Amie waktu sekolah rendah. Senang jumpa di gerai.

    BalasPadam
  12. wahh makan fav tuu..
    siapa nk cantikkan dinding kat rumah ke or kt kedai boleh klik dibawah ni
    hiasan dinding
    geometry art
    Islamic art background

    BalasPadam
  13. 카지노사이트 The post is written in very a good manner and it contains many useful information for me.

    BalasPadam
  14. 카지노사이트 At this moment I am going to do my breakfast, once having my breakfast coming again to read further news.

    BalasPadam
  15. 스포츠토토 I feel like I’ve got useful information from your blog. I feel good. There are lots of useful information on my site. If you have time, please visit once.

    BalasPadam
  16. I enjoyed over read your blog post. Your blog have nice information, I got good ideas from this amazing blog. I am always searching like this type blog post.
    토토사이트

    BalasPadam
  17. Aduh.. Ais mangga tu menggugat jiwa sungguh..

    BalasPadam
  18. Masa kak amie post kat FB SA SAMPAI TERLIUR2 TAU...NAMPAK SEDAP BETUL, MEMANG AKAK BALIK KG KALI NI JJCM BETUL KAN

    BalasPadam
  19. mesti sedap soto tu, sampai 2 kali kak amie mkn..hehe

    BalasPadam
  20. Sedapnya soto dia penuh macam-macam. Tapi kalau layan dengan sambal kicap lagi pergh kut. Orang johor tak tinggal sambal kicap

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe