Sup Rawon - Masakan Klasik Seawal Abad ke-10!

9:52 PTG

Petang tadi hujan sebelum tiba waktu berbuka puasa. Seperti kelmarin, alam menjadi kelam dan gelap menyelubungi persekitaran. Kalau tak buka lampu hood dapur, memang tak nampaklah rupa sebenar ayam kicap yang sedang dimasak! Mood untuk ambil gambar pun semakin menjauh apabila tidak ada sejalur cahaya pun dari luar sebab matahari sudah ditutup awan kelabu!
Tidak ada entri juadah berbuka puasa untuk hari ini. 
Jom kita jalan-jalan cari makan di tempat lain. Kita singgah di beberapa tempat makan di Jawa Timur, khususnya Surabaya yang terkenal dengan hidangan sup rawon. Sup rawon ialah sup daging yang menggunakan buah keluak atau buah kepayang sebagai perasa utama dan memberikan warna gelap kuah sup.
Katanya, sup rawon ialah masakan tertua di Indonesia. Masakan klasik ini wujud seawal abad ke-10!


Sewaktu berada di Surabaya, kami singgah di Pondok Tempo Doeloe Masakan Indonesia, sebuah restoran atau rumah makan yang terkenal di situ. Restoran ini merupakan salah satu cawangan selain Pandaan, Sidoarjo, Gresik, Jakarta, Jogja, Semarang, Malang, Bali, Batam dan Bekasi. 
Apabila terpandang menu rawon, Amie pun terus buat pesanan. Rawon ialah daging sapi atau lembu, dan kita boleh pilih bahagian yang kita suka.  Amie pilih rawon dengkul atau sapi/lembu bahagian lutut!

Sup Rawon Dengkul

Ini dia Rawon Dengkul tiba di meja Amie. Kuahnya yang gelap itulah adanya campuran buah keluak atau buah kepayang di dalamnya.


Rawon Dengkul tidak hadir bersendirian. Ia diikuti dengan sambal dan taugeh kontot atau taugeh tanpa ekor yang rangup berlemak!


Tidak ketinggalan, sekeping keropok turut mengiringinya.

Sup Rawon Dengkul ini dimakan bersama nasi. Memang sedaplah sebab bahagian lutut lembu  dimasak hingga lembut! Terasa kenyal-kenyal gitu. Ratah begitu saja pun sedap.

Sup Rawon Dengkul



Beberapa hari kemudian kami singgah makan di Resto Bu Atik pula. Sekali lagi Amie memesan sup rawon. Kali ini tidak ada bahagian yang boleh dipilih. Jadi, terima sajalah sup rawon yang dihidangkan.

Sup Rawon Daging Sapi

Beginilah rupa sup rawon daging sapi di Resto Bu Atik.


Sup rawon ini diiringi dengan sambal dan juga taugeh tanpa ekor yang rangup berlemak dan sekeping tempe goreng.


Hidangannya lebih kurang dengan sup rawon di Pondok Tempo Doeloe. Bezanya hanya keropok dan tempe goreng.

Malam terakhir di Surabaya, kami menginap di Bekizaar Bussiness Hotel, Varna Curture Hotel Soerabaian yang banyak memaparkan kesan-kesan sejarah kolonial Belanda sebagai hiasan dalamannya. Sekali lagi Amie sempat mencicipi sup rawon di sini.


Seperti biasa, sup rawon dihidangkan bersama nasi putih, sambal, taugeh tanpa ekor dan keropok dan di sini ditambah dengan hirisan timun, tomato serta salad. Kalau di pondok Tempo Doeloe, Amie merasa sup rawon dengkul, di Resto Bu Atik pula dihidangkan sup rawon daging sapi. Di hotel ini Amie minta sup rawon bahagian ekor sapi.

Sup Rawon Ekor Sapi


Selain mencicipi sup rawon di Surabaya, Amie pernah makan juga di Lapangan Terbang Sultan Aji Muhamad Sulaiman Sepinggan sebelum berangkat terbang dari Kalimantan Utara ke Kalimantan Timur.

Sup Rawon Daging Sapi.

Kali ini Amie hanya mahu makan sup rawon sahaja tanpa nasi. Nampaknya di kesemua tempat sup rawon yang Amie kunjungi, memang taugeh tanpa ekor sentiasa menjadi teman setia hidangan sup rawon!

Sup Ekor Sapi

Ini bukan sup rawon ya. Nampak kuahnya lebih jernih berbanding kuah sup rawon yang gelap dek buah keluak. Ini sup ekor biasa. Kami singgah  di Rumah Makan Tahu Sumedang dalam perjalanan dari Balikpapan menuju ke Samarinda sewaktu berkunjung ke Kalimantan Timur. Dan di sini Amie pesan sup ekor!

Sekian.
Cerita-cerita tentang sup rawon!

13 comments

  1. Sini pun agak mendung bila petang. mood ambil gambar pun kelaut juga, sama! Comel pulak tengok taugeh kecik kecik macam tu. Pekat betul ye kuah Sup Rawon Daging Sapi dia.

    BalasPadam
  2. Samalah di terengganu. Petang je mendung dan hujan. Pakej dengan kilat guruh.
    Nampakkkk sedapppp, tapi dulu dulu saya pergi Indonesia, tak boleh nak telan masakan orang sana, tak tahu lah kenapa hahaha. Rugi kan kak amie, pergi negara orang tapi tak boleh nak rasa masakan mereka hehehe

    BalasPadam
  3. susah juga nk proses buah kepayang utk dibuat sup kan

    BalasPadam
  4. Telan air liur pulak tgk gamba akak awal pagi cenggini.. hihi

    BalasPadam
  5. woww. menarik. terliur pulakk :)

    BalasPadam
  6. Haha sayang2 buah kepayang..mabuk kepayang..nampak sedap sup2 tu Amie..taugeh tanpa ekor tu pertama kali akak tgk..

    BalasPadam
  7. tak pernah sampai ke surabaya lagi. klu sampai nnt boleh lah cube sup rawon ni

    BalasPadam
  8. Ingatkan cikgu masak sup rawon tu...hihihi

    BalasPadam
  9. Throwback cerita travel rupanya. Tak pernah makan sup rawon ni. Hanya pernah pergi Aceh. Takde pulak nampak sup rawon ni dalam menu

    BalasPadam
  10. memang gelap macamtu ye kak? dana pernah nampak kat ig pelakon indonesia yang jual sup rawon memang nampak gelap... terpikir camne la rasanya...

    BalasPadam
  11. Ya allah..terliurnya la SA ngan sup rawon ni..fav SA jugak ni...

    BalasPadam
  12. sedapnya nmpk sup rawon. kena cuba satu hari nnti

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe