Petang tadi hujan sebelum tiba waktu berbuka puasa. Seperti kelmarin, alam menjadi kelam dan gelap menyelubungi persekitaran. Kalau tak buka lampu hood dapur, memang tak nampaklah rupa sebenar ayam kicap yang sedang dimasak! Mood untuk ambil gambar pun semakin menjauh apabila tidak ada sejalur cahaya pun dari luar sebab matahari sudah ditutup awan kelabu!
Tidak ada entri juadah berbuka puasa untuk hari ini.
Jom kita jalan-jalan cari makan di tempat lain. Kita singgah di beberapa tempat makan di Jawa Timur, khususnya Surabaya yang terkenal dengan hidangan sup rawon. Sup rawon ialah sup daging yang menggunakan buah keluak atau buah kepayang sebagai perasa utama dan memberikan warna gelap kuah sup.
Katanya, sup rawon ialah masakan tertua di Indonesia. Masakan klasik ini wujud seawal abad ke-10!
Sewaktu berada di Surabaya, kami singgah di Pondok Tempo Doeloe Masakan Indonesia, sebuah restoran atau rumah makan yang terkenal di situ. Restoran ini merupakan salah satu cawangan selain Pandaan, Sidoarjo, Gresik, Jakarta, Jogja, Semarang, Malang, Bali, Batam dan Bekasi.
Apabila terpandang menu rawon, Amie pun terus buat pesanan. Rawon ialah daging sapi atau lembu, dan kita boleh pilih bahagian yang kita suka. Amie pilih rawon dengkul atau sapi/lembu bahagian lutut!
Sup Rawon Dengkul |
Ini dia Rawon Dengkul tiba di meja Amie. Kuahnya yang gelap itulah adanya campuran buah keluak atau buah kepayang di dalamnya.
Rawon Dengkul tidak hadir bersendirian. Ia diikuti dengan sambal dan taugeh kontot atau taugeh tanpa ekor yang rangup berlemak!
Sup Rawon Dengkul ini dimakan bersama nasi. Memang sedaplah sebab bahagian lutut lembu dimasak hingga lembut! Terasa kenyal-kenyal gitu. Ratah begitu saja pun sedap.
Sup Rawon Dengkul |
Beberapa hari kemudian kami singgah makan di Resto Bu Atik pula. Sekali lagi Amie memesan sup rawon. Kali ini tidak ada bahagian yang boleh dipilih. Jadi, terima sajalah sup rawon yang dihidangkan.
Sup Rawon Daging Sapi |
Beginilah rupa sup rawon daging sapi di Resto Bu Atik.
Sup rawon ini diiringi dengan sambal dan juga taugeh tanpa ekor yang rangup berlemak dan sekeping tempe goreng.
Hidangannya lebih kurang dengan sup rawon di Pondok Tempo Doeloe. Bezanya hanya keropok dan tempe goreng.
Malam terakhir di Surabaya, kami menginap di Bekizaar Bussiness Hotel, Varna Curture Hotel Soerabaian yang banyak memaparkan kesan-kesan sejarah kolonial Belanda sebagai hiasan dalamannya. Sekali lagi Amie sempat mencicipi sup rawon di sini.
Seperti biasa, sup rawon dihidangkan bersama nasi putih, sambal, taugeh tanpa ekor dan keropok dan di sini ditambah dengan hirisan timun, tomato serta salad. Kalau di pondok Tempo Doeloe, Amie merasa sup rawon dengkul, di Resto Bu Atik pula dihidangkan sup rawon daging sapi. Di hotel ini Amie minta sup rawon bahagian ekor sapi.
Sup Rawon Ekor Sapi |
Selain mencicipi sup rawon di Surabaya, Amie pernah makan juga di Lapangan Terbang Sultan Aji Muhamad Sulaiman Sepinggan sebelum berangkat terbang dari Kalimantan Utara ke Kalimantan Timur.
Sup Rawon Daging Sapi. |
Kali ini Amie hanya mahu makan sup rawon sahaja tanpa nasi. Nampaknya di kesemua tempat sup rawon yang Amie kunjungi, memang taugeh tanpa ekor sentiasa menjadi teman setia hidangan sup rawon!
Sup Ekor Sapi |
Ini bukan sup rawon ya. Nampak kuahnya lebih jernih berbanding kuah sup rawon yang gelap dek buah keluak. Ini sup ekor biasa. Kami singgah di Rumah Makan Tahu Sumedang dalam perjalanan dari Balikpapan menuju ke Samarinda sewaktu berkunjung ke Kalimantan Timur. Dan di sini Amie pesan sup ekor!
Sekian.
Cerita-cerita tentang sup rawon!
Sini pun agak mendung bila petang. mood ambil gambar pun kelaut juga, sama! Comel pulak tengok taugeh kecik kecik macam tu. Pekat betul ye kuah Sup Rawon Daging Sapi dia.
BalasPadamSamalah di terengganu. Petang je mendung dan hujan. Pakej dengan kilat guruh.
BalasPadamNampakkkk sedapppp, tapi dulu dulu saya pergi Indonesia, tak boleh nak telan masakan orang sana, tak tahu lah kenapa hahaha. Rugi kan kak amie, pergi negara orang tapi tak boleh nak rasa masakan mereka hehehe
susah juga nk proses buah kepayang utk dibuat sup kan
BalasPadamkecur tgk sedappppnya
BalasPadamTelan air liur pulak tgk gamba akak awal pagi cenggini.. hihi
BalasPadamwoww. menarik. terliur pulakk :)
BalasPadamHaha sayang2 buah kepayang..mabuk kepayang..nampak sedap sup2 tu Amie..taugeh tanpa ekor tu pertama kali akak tgk..
BalasPadamtak pernah sampai ke surabaya lagi. klu sampai nnt boleh lah cube sup rawon ni
BalasPadamIngatkan cikgu masak sup rawon tu...hihihi
BalasPadamThrowback cerita travel rupanya. Tak pernah makan sup rawon ni. Hanya pernah pergi Aceh. Takde pulak nampak sup rawon ni dalam menu
BalasPadammemang gelap macamtu ye kak? dana pernah nampak kat ig pelakon indonesia yang jual sup rawon memang nampak gelap... terpikir camne la rasanya...
BalasPadamYa allah..terliurnya la SA ngan sup rawon ni..fav SA jugak ni...
BalasPadamsedapnya nmpk sup rawon. kena cuba satu hari nnti
BalasPadam