Kuih Bakar Pandan Berempah
6:33 PTG
Jom minum petang dengan sepotong Kuih Bakar Pandan Berempah.. Sebenarnya tak cukup sepotong pun....hiks! Kalau boleh satu acuan tu nak makan seorang...ngeh..ngehhh! Sebab apa tamak sangat? Sebab rasanya yang sangat sedaplah! Lagilah kalau dibiarkan , bakar sebelah malam dan makan esok pagi....walaaaa!
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan jika tidak suka manis
2 cawan santan pekat
4 biji telur ayam gred A
15 helai daun pandan - kisar dengan 1 cawan air - perah / tapis
untuk dapatkan 1 cawan jus pandan
½ sudu kecul serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu besar parutan kulit limau purut
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak sapi - oleskan
dalam acuan persegi 9” x 9” atau
acuan pilihan masing-masing
bijan secukupnya
Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200'C. Sediakan 4 buah acuan bahulu
kemboja.
2. Kacau gula bersama telur hingga larut.
3. Masukkan santan, jus pandan
bersama telur dan adun sebati.
4. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, serbuk kulit kayu manis
dan parutan kulit limau purut. Kacau rata.
4. Tapiskan adunan supaya tepung tidak berketul dan kulit limau
purut dapat diasingkan.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 15
minit.
6. Keluarkan acuan berisi adunan kuih tadi dan taburkan bijan secara
merata di atasnya.
7. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 50 -60 minit atau
sehingga kuih masak dan berkerak.
2 comments
wow..tengok gambar pun dah nampak sedap. Menyelerakan.
BalasPadamlapik daun pisang tu yg lebih wangi sedap,, ngences dibuatnya
BalasPadam