Pages

Isnin, 14 Ogos 2017

Kuih Bakar Pandan Berempah

Jom minum petang dengan sepotong Kuih Bakar Pandan Berempah.. Sebenarnya tak cukup sepotong pun....hiks! Kalau boleh satu acuan tu nak makan seorang...ngeh..ngehhh! Sebab apa tamak sangat? Sebab rasanya yang sangat sedaplah! Lagilah kalau dibiarkan , bakar sebelah malam dan makan esok pagi....walaaaa!



Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan jika tidak suka manis
2 cawan santan pekat
4 biji telur ayam gred A
15 helai daun pandan - kisar dengan 1 cawan air - perah / tapis untuk dapatkan 1 cawan jus pandan
½ sudu kecul serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu besar parutan kulit limau purut
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak sapi - oleskan  dalam acuan persegi  9” x 9” atau acuan pilihan masing-masing
bijan secukupnya

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200'C. Sediakan 4 buah acuan bahulu kemboja.
2. Kacau gula bersama telur hingga larut.
3. Masukkan santan, jus pandan  bersama telur dan adun sebati.
4. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, serbuk kulit kayu manis dan parutan kulit limau purut. Kacau rata.
4. Tapiskan adunan supaya tepung tidak berketul dan kulit limau purut dapat diasingkan.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 15 minit.
6. Keluarkan acuan berisi adunan kuih tadi dan taburkan bijan secara merata di atasnya.
7. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 50 -60 minit atau sehingga kuih masak dan berkerak.


 

2 ulasan:

  1. wow..tengok gambar pun dah nampak sedap. Menyelerakan.

    BalasPadam
  2. lapik daun pisang tu yg lebih wangi sedap,, ngences dibuatnya

    BalasPadam