Spaghetti Ayam
3:44 PTG
Farid suka sangat makan spaghetti tapi Mommynya malas nak masak! Amie perhatikan, setiap kali kami mengunjungi Pizza Hut, memang itulah salah satu menu tambahan yang dipesannya. Amie pun makan juga spaghetti tapi ada syarat.... kuah mesti banyak! Lebih banyak dari sukatan spaghettinya... bagi pinggan banjir dengan kuahnya! Kalau makan di restoran tentulah kuahnya terhad. Eloklah sesekali buat sendiri...boleh makan puas-puas!
Untuk memudahkan penyediaan masakan, Amie gunakan 2 tin sos spaghetti tomato jenama Prego perasa tomato, selasih dan bawang putih. Tak payahlah nak renih lama-lama macam yang selalu kita masak tu. Amie tambahkan daging ayam cincang dan juga cendawan shiitake. Untuk rasa yang lebih enak, jangan lupa tambahkan air rebusan ayam kalau gunakan daging ayam. Kalau gunakan daging, gunalah air rebusan daging.
Satu lagi....
Amie buat kuah rasa pedas! Jadi Amie tambahkan cili kisar dalam masakan ini. Menu ala fusion laaa.... Memang dari dulu kalau Amie buah kuah spaghetti Amie buat yang ada rasa pedas!
Bahan-bahan:
400 gram spaghetti angel hair - rebus hingga masak dan toskan
2 tin sos spaghetti tomato
5 sudu besar cili kisar
1 cawan dada ayam cincang
1 cawan cendawan shiitake cincang
3 labu bawang besar cincang
3 ulas bawang putih cincang
1 cawan air rebusan ayam
4 sudu besar minyak zaitun
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
keju parmesan dan daun selasih untuk hiasan
Cara memasak:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging ayam cincang serta cendawan shiitake. Gaul sebati.
4. Tambahkan air rebusan ayam dan sos spaghetti tomato.
5. Kacau hingga mendidih.
6. Jika perlu sesuaikan rasa dengan garam / gula / perasa pilihan.
7. Jangan lupa taburkan keju parmesan dan daun selasih semasa menghidang.
Saja -saja jew gatai nak tambah ayam goweng....
Jemputlah!
8 comments
adoiiii lapar lah pulak Mie tnegok spaghetti ni macam dah dekat dah dengan mulut ni
BalasPadamhahaha.. sama laa kita kak.. tun pon tumis cili giling bila masak spagetti
BalasPadamSalam Amie
BalasPadamMenyelera sungguh tengok spaghetti ayam tu!
Sama la Amie..klu msk xder pedas..mmg xsyok nak mkn dak?hihihi
BalasPadamKak Noor,
BalasPadamterima kasih sebab lapar tengok spaghetti kita... haaa selalu kak Noor dera saya sampai ngences2 bila sampai dapur kakak ha ha haaa...
Tun Telani,
BalasPadammmm.. kalau dah namanya tekak asia kan Tun...
Kasih @ Zanita,
BalasPadamSaya berselera dengan kuah banjirnya tu hihiiii...
Azatie,
lum cuba masuk cili padi dalam kuah spaghetti... apalah agaknya rasanya nanti ye Tie...
sedapnya.. terliur dah ni...
BalasPadam