Makan-Makan di Hotplate Cafe & Catering Ayam Penyet Esteler, Bandar Sri Perdana, Lahad Datu.
12:48 PTG
Bila dah seringkali buat entri tempat makan yang kami kunjungi, sesekali nak buat juga paparan tempat makan-makan di kawasan kediaman kami. Kali ini Amie berkesempatan mengunjungi Hotplate Cafe & Catering Ayam Penyet Esteler. Dekat saja tempatnya. Kalau jalan kaki dari rumah kami pun boleh, hanya perlu lintas jalan dan kemudian menapak lagi dalam 200 atau 300 meter. Tempat ini Fuad dan Encik Suami yang pilih sebab katanya di situ ada dua pilihan tempat makan. Boleh pilih nak makan duduk di kerusi menghadap meja dan satu lagi duduk bersila.
Fuad order Nasi Ayam Penyet. Biasalah bujang satu tu... suka cari tempe! adalah sekeping kecil tempe dan tauhu goreng dalam hidangannya tu.
Selalunya sambal nasi ayam penyet pedas menyengat. Tapi tak pula terdengar rungutan tentang itu... sesuailah barangkali dengan seleranya.
Ada sekeping keropok papadom dalam hidangan Nasi Ayam Penyetnya tu...
Ini pesanan Fairuz... Nasi Goreng Lalap. Nampaknya Fairuz seoranglah di antara anak-anak kami yang boleh makan sayur. Memang selalu sangatlah Fairuz suka 'mencari" nasi lalap kalau dibawa ke tempat makan!
Biasanya kalau di tempat lain ada dua ketul ayam goreng dalam hidangan nasi lalap, tapi kali ini diletak seketul besar, sama saiz macam ayam penyet juga! Dah dapay ayam goreng saiz besar, duduk dendiamlah dua bujang kami tu makan!
Encik Suami pula berminta pesan Nasi Goreng USA.
Mana-manalah asalkan menepati selera.
Kita pun tak dengar sebarang komen daripada Encik Suami. Lapar sangat kot masa makan tu sampai tak boleh bersuara...ahaks!
Ingatkan hanya hidangan ayam penyet sahaja yang ada, tapi western food pun ada juga! Bila teringat hasrat hati nak buat lamb chop asyik tak kesampaian, kita pun order sajalah di sini. Bolehlaaa... kalau nak special kenalah buat sendiri...
Minuman yang dipesan. Coconut shake pun ada. Yang kita nak rasa sudah tentulah cendol. Kita order cendol tapai pulut. Harganya RM5.00.
Oh! Tiba-tiba kita rindu sangat nak makan cendol di kampung kita! Kita rindu nak menyendol dan nikmati coconut shake di Teluk Kemang!
Inilah tempatnya. Bukan ayam penyet saja yang ada, ikan penyet, udang penyet, sotong penyet pun ada! Harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan adalah harga mampu bayar untuk orang kebanyakan.... RM61.50 sen. Kalau sesat di Lahad Datu, bolehlah singgah sini.
0 comments