Makan Nasi Lauk Sayur Petola Masak Lemak Putih & The Gang!

8:04 PTG

Bila dikenang zaman kanak-kanak dan dunia remaja di kampung, rasa teringin kembali ke saat itu... namun apakan daya! Semuanya hanya tinggal kenangan.... sebenarnya memang mustahil kita akan kembali ke waktu itu, cuma rasa rindu yang menggamit membuatkan kita seakan-akan masih berada di ketika itu! Waduh! Mahalnya harga sebuah memori.... padahal kita banyak simpan memori... beribu-ribu, pahit, manis, getir semuanya ada. Dan ingin rasanya kukatakan... memori itu seumpama masakan juga... ada rasa dan terangkum dalam sebuah perasaan pula!

Oleh kerana daku ini anak kampung, asal dari kampung jadi hasil masakan yang diolah tidak dapat lari dari unsur-unsur kampung! Eh...! Dengan kata lain yang lebih halus dan puitis.... kampung itu daku tukar menjadi desa he hehheheh.... desa yang dipenuhi pokok getah, itu dulu! Sekarang desaku... alahai, tak biasa pulak berdesa-desa ni, elok sebut kampung sajalah... kampungku sekarang ini penuh dengan pokok kelapa sawit! 

Rutin harian penduduk kampung, sebelah paginya menoreh getah manakala sebelah petang pula bagi yang mempunyai kebun (rata-rata memang mempunyai kebun selain kebun getah) akan turun membersihkan tanam-tanaman seperti ubi kayu, pisang, keledek, jagung dan segala macam lagi. Laaa... apasal pulak cerita pasal pokok getah, kelapa sawit dan yang tak berkaitan dengan gambar yang ditayang kat atas tu....

Terlalu panjanglah pulak induksi setnya nih! Mukadimahnya tu nak dikaitkan dengan masakan yang terhidang tapi berbelit-belit pulak ke sana ke mari... cuma nak cerita pasal petola! Siapalah yang tak tahu petola. Kalau kami pergi ke kebun di sebelah petang, Ayahanda dan Bonda sibuk bersihkan tanaman, Amie pulak dengan kakak dan kadang-kadang adik, sibuklah pulak petik segala sayur yang boleh diangkut bawa balik! Paling seronok kalau dapat petik kacang sepat, kacang botol, dan entah apa lagi kacang yang Bonda tanam.... seingat Amie kacang parang pun ada. Kacang hijau pun ada... ha kacang hijau ni memang Ayahanda tanam sendiri dan kami dapat makan hasilnya.... stop! Noktah sampai sini saja, nanti objektif untuk cerita tentang sayur petola tak tercapai!
 
Bonda kami dan juga bonda-bonda orang lain di kampung kami dan juga di kampung-kampung orang lain memang cukup kreatif ketika mengolah masakan. Tak perlulah sediakan bahan yang pelbagai, cukuplah sekadar untuk kelengkapan lauk pauk makan nasi, maka jadilah hidangan yang sangat menyelerakan! Kalau kita sekarang ni nak masak boleh tengok resepi di majalah, buku masakan atau internet, tapi bonda-bonda kita masak saja apa yang ada, hasil air tangan mereka tak mungkin kita dapat lupakan sepanjang hayat!

Petola! Ya petola... sayur inilah satu-satunya sayur yang Amie suka makan selain kacang sepat! Entah apa istimewanya berbanding kacang panjang atau kacang bendi, sayur petola ini sangatlah sedap kalau Bonda masak lemak! Masak lemak putih aje tau! Tak bubuh kunyit! Bila ada petola hasil tanaman sendiri, sudah tentulah kita boleh pilih buah yang diingini, petola yang masih muda! Petola muda bertemu dengan santan kelapa.... aduhai! Ada rasa manisnya walaupun Bonda tidak bubuh gula dalam masakan. Lepas tu... kalau ada ikan goreng lagilah tak sabar nak makan, tapi kami hanya ada ikan kering. Itu pun dah cukup menyelerakan. Tambah lagi dengan sambal belacan! Terima kasih Bonda! Terima kasih bergunung-gunung tingginya!
 
Walaupun air tangan Bonda tidak semeriah seperti yang daku hidangkan, tapi kemeriahan kami menikmatinya ketika itu tiada tolok bandingnya! Betapa tidak? Selesai makan sekeluarga, yang tinggal hanya tulang ikan saja! Dan aroma masak lemak santan putih masih terhidu di dapur walaupun semuanya sudah 'selesai'!

Ohhh... Mak! Hari ini orang masak Sayur Petola Masak Lemak Putih. Orang masak macam Mak juga... kan Mak suka masak lemak putih. Mak masak apa saja bahan yang ada. Tak usahlah cerewetkan Mak. Mak masak tak bubuh cili, tak pedas sebab semua adik-beradik nak makan, termasuk adik-adik yang kecik-kecik.
Dulu, kalau Mak masukkan ikan bilis sebagai perencahnya, itu kira bonus dalam masakan! Hari ini orang masukkan hati & mempedal ayam Mak.

Bahan-bahan:
1 batang sayur petola - buang kulit dan potong serong
600ml santan sederhana  (tak terlalu cair & tak begitu pekat)
1/2 batang lobak merah - potong nipis
10 batang kacang buncis - hiris serong
10 kepingan tempe yang telah direbus hingga empuk
1 cawan suhun yang telah direndam
2 keping hati ayam & 4 keping mempedal ayam - rebus hingga empuk dan toskan
1 batang serai
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 biji bawang merah - tumbuk
10 biji cili padi minyak
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Masukkan santan di dalam periuk bersama serai, bawang putih dan bawang merah tumbuk.
2. Kemudian masukkan hati dan mempedal ayam serta tempe dan lobak merah.
3. Biarkan kuah mendidih dengan api perlahan.
4. Masukkan pula suhun bersama kacang buncis dan petola.
5. Kacau selalu supaya tidak pecah santan, dan kemudian tambahkan garam / perasa pilihan.
6. Setelah kacang buncis berubah warna, dan petola juga kelihatan layu, padamkan api dapur.


Dah siap pun Sayur Petola Masak Lemak Putih. Amie hidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan. He he heheh... kita bercerita ni macamlah kita sorang aje yang ada Mak ye.... sebenarnya dah tak sabar menanti hari nak balik kampung! Dan satu lagi, segala apa yang Amie tuliskan ini selain dikongsi bersama rakan-rakan yang sudi datang, Amie harap anak-anak kami akan membacanya jua suatu hari nanti sebagai kenang-kenangan!


5 comments

  1. huhuu..rindu jgk nk kembali ke zaman dahulu..terliurnya tgk petola msk lemak putih akak..sedapp dan akan terlebih sedapp kalau air tgn mak kat kg pulak yg bt kan ~~ ^_^

    BalasPadam
  2. Memang mengimbau kenangan masa kecik. Arwah mak BC selalu jugak masak sayur lemak petola makan dengan ikan goreng. Enak.

    Tetiba pepagi ni teringat P.Ramlee dalam filem Ahmad Albab....sayur pelato, pelato lah hehehe.

    BalasPadam
  3. berselera betul kita tgk lauk yg amie sediakan ni... mmg boleh bertambah berkali2 ni...

    BalasPadam
  4. Kombinasi yang menyelerakan!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe