Hari Ulang Tahunku & Wedding Anniversary
10:45 PG
Sekadar untuk kenang-kenangan....
Sebenarnya tak merancang untuk menyambut ulang tahun.... tak berapa sihat 2-3 hari. Entah bagaimana, hasil 'cucukan' keluarga belah Encik Suami, maka jadilah sambutan yang seadanya di rumah kami.... tanpa persiapan yang sepatutnya.
Persiapan menjelang pukul 6.00 petang. Gagahkan juga turun ke dapur sediakan mana yang patut. Selepas Isya' siaplah serba sedikit.... mee goreng, kentang panggang, air buah, nasi putih..... dan menu utamanya sudah tentulah BBQ ayam, sosej dan seafood.... BBQ pilihan paling mudah, sebab hanya perlu sedia bahan, yang nak makan panggang sendiri... bukan orang lain pun.... sanak sedara sendiri he hehehe.... yang penting meriah & kenyang!
Yang bestnya... dapat kek coklat strawberry.... terima kasih daun keladi buat Lina, anak buah kami sebab sponsor kek ini! Tahun depan hantar lagi ye Lina... kih kihhhh.
Doa dibaca.... kata Encik Suami, sempena ulang tahun Amie pada 16 November dan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-20 pada 18 November - esok - sambut sekali harung!
Pelan-pelan je kita buat kerja, ambik gambar pun sikit-sikit. Suka tengok gambar ni.... makan di ruang terbuka..... Kita sibuk di dapur sampai keluar peluh... alhamdulillah, nampaknya demam semakin pulih.
12 comments
Assalamualaikum Amie. Didoakan semoga Allah kurniakan kebaikkan hidup didunia dan akhirat pada Amie, suami dan anak2 ... Happy birthday & Happy Anniversary to you!
BalasPadamZanita,
BalasPadamwaalaikumussalam.... amin... amin ya Allah, sama-samalah kita mendapat kebaikan hidup di dunia dan akhirat.
Assalamualaikum amie slmt hari lahir dan slmt ulang thn perkahwinan juga Uj ucapkan...semoga sentiasa berada dibwh rahmat Allah....amin...
BalasPadamSelamat ulangtahun kak amie... juga selamat ulangtahun perkahwinan... semoga berbahagia dan berkekalan selamanya... in sha allah...`
BalasPadamBarakallah kak mie..semoga di paringi waras kabehe...
BalasPadamSelamat Hari Lahir Amie, Dimurahkan lagi rezeki, diberi kesihatan yang baik dan ditetapkan Iman ... Dan Selamat Ulang tahun perkahwinan, moga berpanjangan hingga ke JANNAH. Aminnn.
BalasPadamslmat ulgthun dn hppy anvsry kak..moga demm tu cepat kebah..:)
BalasPadamTahniah Amie. Selamat hari lahir buat Amie dan selamat ulang tahun perkahwinan buat Amie dan suami. Semoga berbahagia bersama selamanya. Aamiin.
BalasPadamUmie Jazz,
BalasPadamwaalaikumussalam.... terima kasih... amin ya Allah.
Cheq Sue,
terima kasih... terima kasih... in shaa Allah Taala... amin.
Zuraidah,
terima kasih...
Faudziyah,
BalasPadamterima kasih... in shaa Allah... amin ya Allah.
Zila,
terima kasih... dah beransur shat... alhamdulillah.
MamaFami,
terima kasih... mudah-mudahan... amin ya Allah.
tahniah & selamat hari lahir kak amie. bahagia sampai syurga
BalasPadamFazian,
BalasPadamterima kasih... amin ya Allah.