Kuih Gunting @ Kerepek Gunting : Kuih raya sepanjang zaman!
3:28 PTG
Siapa tuan punya resepi kuih gunting @ kerepek gunting yang kita makan sejak zaman kanak-kanak lagi? Amie masih ingat lagi kalau sudah di penghujung Syawal, ketika kuih muih tinggal keladak, kalau berkunjung ke rumah jiran, ada segenggam dua kuih gunting dihidang bersama! Biasanya kalau di sekolah, kawan-kawan pasti akan membawa kudap-kudapan ini untuk dimakan waktu rehat! Nampaknya kuih gunting @ kerepek gunting atau ada juga yang sebut biskut gunting ini 'evergreen' sifatnya... sebab kuih ini masih belum dilupakan dari dulu, kini dan harap terus kekal pada masa akan datang! Membuatnya tidaklah sesukar mana, dan bahan-bahan yang digunakan pun bahan biasa yang digunakan untuk masakan harian.
Bentuk kuih gunting pun macam-macam. Ada yang digunting kecil-kecil macam biji-biji kacang, dan biasanya bentuk begini rasanya agak keras! Ada yang digunting nipis dan serong pula. Rasanya pun pelbagai. Ada yang rasa kari, ada yang masin begitu saja. Ada pula yang agak pedas! Pendek kata, apa pun bentuk guntingan dan rasanya, kami tetap menggelarnya kuih gunting! Jadi... siapa tuan punya resepi kuih gunting @ kerepek gunting ini? Entahlah... milik bersama kot sebagaimana hasil warisan budaya yang lain seperti pantun dan gurindam yang tiada nama pengarangnya, sebab dikongsi bersama secara turun-temurun melalui tradisi lisan.
Pagi tadi, semasa sedang mengemas mana yang patut, kami dikejutkan dengan pengumuman melalui pembesar suara yang disampaikan oleh pihak berkuasa supaya mematuhi arahan perintah berkurung! Oleh kerana rumah kami berhampiran dengan jalan utama Lahad Datu - Tawau, jadi memang jelas kedengaran arahan tersebut! Nampaknya kami terpaksa menjalani perintah berkurung mulai 6 petang sehingga 6 pagi sehingga 2 Ogos ini. Terbayanglah suasana raya yang barangkali tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelum ini. Biasanya pada hari Ahad kami akan keluar ke pasar atau pasaraya mencari apa yang patut, tapi hari ini kami lebih selesa duduk di rumah sahaja.
Wokeeeyyy... kita kembali cerita tentang kuih gunting yang Amie buat pagi tadi. Kalau kuih gunting orang lain bentuknya comel je, tapi kuih gunting kita nampak kasar semacam aje, nampak benarlah kemalasannya he hehehhe... tapi dari segi rasa, jangan marah ye kalau Amie kata kuih gunting Amie ini sedap! Terlajak sedap tau!
Jom tengok sukatan dan resepi yang Amie buat seperti di bawah ini.
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
1 cawan bawang merah & putih goreng - hancurkan
1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan tumbuk halus
1 sudu makan jintan manis - ratakan
2 sudu makan serbuk kari - ratakan
2 pelepah daun kari - lurutkan
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI atau garam
1 cawan air
1/2 cawan minyak panas
minyak
Cara:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah bekas / mangkuk.
2. Masukkan bawang merah & putih yang dihancurkan, udang kering tumbuk, jintan manis, serbuk kari dan serbuk pati ayam MAGGI.
3. Tuangkan minyak panas dan gaul rata.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan gaul lagi sehingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat.
5. Biarkan adunan selama 10 minit.
6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut suka dan bulat-bulatkan untuk memudahkan proses mencanai.
7. Taburkan sedikit tepung gandum di tempat untuk mencanai supaya tidak melekat. Canai doh sehingga nipis dan kemudian bolehlah dipotong ikut saiz yang dikehendaki. Anda boleh gunakan pisau yang tajam atau gunting.
8. Taburkan tepung supaya tidak melekat tetapi jangan terlalu banyak supaya hasil gorengan tidak bergelembung.
9. Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kuning keemasan. Jangan lupa masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan aroma.
10. Toskan minyak dan setelah benar-benar sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Awas yaaa.... biar pun rupa Kuih Gunting @ Kerepek Guntingku ini jelek, tapi ada rasa yang tersendiri tau! Kalau tak percaya... boleh cuba! Tapi kalau anak-anak dan suami habiskan sebelum tiba raya, jangan salahkan Amie tau.... ha hahahhaah! Bayangkan... biarpun ringkas dan tak rupawan, tapi kerepek gunting ini mengandungi bahan yang membangkitkan rasa enak seperti bawang merah & putih goreng, udang kering dan juga jintan manis yang mampu menimbulkan aroma yang tersendiri bila dicampur dengan serbuk kari dan digoreng pula dengan daun kari!
27 comments
assalam kak...wah..nggayah iki..arek sebalang gewdi ...hihiii
BalasPadamWah nampak rangup.Banyak resepi guna mentega tapi ni guna minyak.Nak cubala
BalasPadamWah sedapnya.Musim gst ni rasa semua nk buat sendiri.
BalasPadamJom singgah www.ainbeautifulhouse.blogspot .com
Wah sedapnya.Musim gst ni rasa semua nk buat sendiri.
BalasPadamJom singgah www.ainbeautifulhouse.blogspot .com
Nak tumpang tanya resepi.. 1 cawan bawang merah + 1 cawan bawang putih.. atau bawang merah dan bawang putih tu hanya secawan?
BalasPadamAlamak.. faham ke apa soalan sata tu?
Nak tumpang tanya resepi.. 1 cawan bawang merah + 1 cawan bawang putih.. atau bawang merah dan bawang putih tu hanya secawan?
BalasPadamAlamak.. faham ke apa soalan sata tu?
Yun Bo,
BalasPadamcampur..bawang putih + bawang merah jadikan secawan
Saya dah buat kerepek resepi akak.. mmg sedap... 👍 saya bg 5 🌟
BalasPadamSaya dah buat kerepek resepi akak.. mmg sedap... 👍 saya bg 5 🌟
BalasPadamAs salam kak,
BalasPadamSalam kenal. TQ sudi kongsi resepi. Akan dicuba cubaan :D
Mana ada jelek,okey je
BalasPadamAmie masih tinggal di sabah ke
BalasPadamAmie masih tinggal di sabah ke
BalasPadamMana ada jelek,okey je
BalasPadamapa yang menyebabkan kuih gunting sedikit keras ???
BalasPadamJgn lebih air.sbb tu keras
BalasPadamAs Salam..share ye..tq
BalasPadamAs Salam..share ye..tq
BalasPadamNak buat sempena raya 2017.... Minta halal resepi
BalasPadamNk tnye, klo tk.ltk udang kering tk pe ke
BalasPadamMariana,
BalasPadamok jew, lagilah sedap.
Terima ksih.cuma bagaimana nak bagi lembut sikit.
BalasPadamBagaimana untuk melembut kan
BalasPadamBawang merah dan bawang putih tu..kena goreng lepas tu baru hancurkan sis...saya tak berapa faham tentang bawang tu
BalasPadamTq sis resepi tu... buat n menjadi. Sedap.
BalasPadamsalam sis.. sy nak cuba resipi ni minta halal ye
BalasPadamtelor pon xgune ke.. marjerin atau minyak yg lembut ranggup sebenarnye.. saya gune marjerin cam keras sedikit, gigi kena kuat..
BalasPadam