Set Sarapan Western

9:25 PG

Salam pagi Isnin dan selamat bercuti. Tentu ramai yang sudah merancang untuk beraktiviti bersama keluarga pada hari ini. Seawal pukul 6 pagi tadi, setelah sekian lama tidak menjenguk pasar, Amie bersama suami mengambil masa selama 1 jam lebih meronda pasar Lahad Datu...... melihat peraih menurunkan sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya di pasar borong. Nampaknya hanya beberapa lori ikan sahaja yang menurunkan ikan tuna di pasar tapi kami tidak singgah membeli kerana pada sebelah pagi tidak banyak jenis ikan yang boleh dipilih. Kami pulang ke rumah ketika matahari sedang elok memancarkan cahayanya dari arah Laut Sulu. Pagi ini, Amie seperti biasa menghidang mana yang patut untuk alas perut kami sekerluarga.


Menu pagi ini ialah Set Sarapan Western. Inilah menu yang paling mudah dan ringkas. Keluarkan beberapa keping roti, panaskan kacang  panggang, goreng telur mata kerbau dan ada tambahan jagung manis rebus. Jagung manis ini baru dibeli dipasar dan memang segar!

Menu: Set Sarapan Western
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan: 
3 keping roti Gardenia
3 sudu makan kacang panggang
1 biji telur
3 batang sosej
2 batang jagung manis 
butter, strawberry jam, apricot jam, marmalade dan lain-lain pilihan jem

Cara:
1. Rebus jagung manis dengan sedikit garam hingga masak.
2. Celur sosej.
3. Goreng telur mata kerbau.
4. Panaskan kacang panggang.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama roti panggang.



Dan juga secawan teh 'o' lemon panas.

15 comments

  1. Salam Maal Hijrah buat Kak Amie sekeluarga.

    Wahhhh semua orang cuti, jelesssnya...Sue juga yang kena datang keje ngan mood yang separuh2....hu hu hu hu hu..Nilah nasibnya bila keje ngan kompeni komunis....waaaaaa.....amponnn bosss jangan marahhhh...

    Bestnya pepagi gini duk bermalas-malasan melayan roti ngan kacang panggang..simple tapi sedap niiii

    BalasPadam
  2. Salam maal Hijrah...
    uishhh...sedap tu bekfes ala² western sekali sekala...terasa mcm dok Hollywood kunun² jer...

    BalasPadam
  3. kadang kala tekak nak rasa menu omputeh khen ngeee...
    sedap nasik lema daun pisang tue

    BalasPadam
  4. Sedapnya kak, sy mkn nasi lemak pg ni hihi

    BalasPadam
  5. Sue,
    salam maal hijrah...
    uisshhh...kompeni komunis manalah pulak dia jadi tali barutnya ni... hi hi hii kelakar betullah Sue... pepagi buat orang ketawa dekah2...kah kah...kkkkaahh

    Ummiakid,
    salam maal hijrah....
    ha ha hahhh...dok Hollywood ye... takpe..dok Datuwood je...

    Lady Ayu,
    sesekali nak juga layan menu gini... tapi memang tak tolak nasilemak ye Ayuuu...

    Aju,
    nasi lemak beli je ni...

    BalasPadam
  6. Cantiknya pinggan mangkuk Kak Amie tu!jeles I!hehehe sori komen keluar tajuk ya :)

    BalasPadam
  7. anak2 mmg suke sarapan camni.. klau saya mmg rasa tak 'puas' mkn.. hihihi..

    BalasPadam
  8. Assalam..kalau anak2 kite mesti yg pertama jadi pilihan ati.Tp kalau mama ngan abah mesti pilihan no.2 eheh perut kampung mesti nk mkn nasi gak kih3..

    nmpk sedaplah bf western tuh..

    BalasPadam
  9. Sarapan pilihan ummi jugak yang western ni Amie, kena dengan teh panas pulak tu, pergh!

    BalasPadam
  10. Selamat pagi Kak Amie...agaknya blm terlambat lagi Rahel sampai kean...jadi hidangan sarapan ala western tu masi ada lagi kan...

    BalasPadam
  11. salam kak amie..ye la tu, kalau dah nama pun tekak melayu ni..nasi lemak jugak yg lagi sedap..heheh

    BalasPadam
  12. Amie..itu pasti..nasi lemak memang tak boleh ditinggalkan..

    BalasPadam
  13. Salam maal hijrah kak...apapun menu nasi lemak daun pisang x boleh tinggal...hihii

    BalasPadam
  14. Ixora,
    he he.... teringat gambar pinggan tersusun di blog Ixora...

    dZana,
    tekak kita tekak zaman lain dari anak-anak ye dZana...

    Lina-pg,
    ke mana pun pergi kalau ada nasi lemak...memang itu dulu yang kita pilih..

    BalasPadam
  15. Ummi,
    wah! Ummi...sama-sama tukar mata biru kejap kita ye...

    Rahel,
    ada...terutama kacang panggang tu... ada lagi dalam tin.. he heheh panaskan je...

    Pen Biru,
    betul tu... itulah jati diri kita yang sebenar ye..

    Ena,
    kalau dah bungkus dalam daun pisang....mmmm..lupa yang lain!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe