3 Hari 2 Malam di Lembah Danum
7:55 PTG
Assalamualaikum semua. Nampaknya Amie baru ada kesempatan untuk berkongsi pengalaman seminggu yang lalu semasa Amie dan rombongan pelajar mengikuti Program Khas Pendidikan Alam Sekitar di Pusat Luar Lembah Danum. Memang rasa sangat teruja kerana berpeluang melihat sendiri Hutan Simpan Kerajaan Negeri Sabah yang berstatus Kelas Satu serta dilindungi sepenuhnya daripada aktiviti pembalakan. Perjalanan ke Lembah Danum yang terletak di Hutan Simpan Ulu Segama Malua memakan masa melebihi 2 jam walaupun hanya sejauh 83km dari Lahad Datu kerana terpaksa melalui jalan gravel. Lembah Danum meliputi kawasan seluas 43,000 hektar dan terletaknya sebuah Pusat Pemuliharaan dan Pusat Kaji Selidik Danum.
Peserta yang kami bawa merupakan pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM minggu depan. Mereka sangat teruja dan nampak gembira.... dan mudah-mudahan dengan mengikuti program ini sedikit sebanyak dapat melapangkan fikiran belajar sepanjang tahun dan mengurangkan tekanan menghadapi SPM nanti.
Semakin kami menghampiri Pusat Luar Lembah Danum, semakin banyaklah najis gajah segar yang berlonggok di tengah jalan. Hairan juga, mengapalah membuang di tengah jalan dan bukannya dalam hutan. Melihat betapa banyaknya jumlah najis di sepanjang jalan, Amie dapat bayangkan betapa banyaknya gajah di sini. Spesies gajah yang ada di Lembah Danum ialah gajah pigmi. kami terserempak dengan 2 ekor gajah tapi Amie terlupa untuk menangkap gambarnya.
Selepas melapor diri di tempat penginapan di hostel, kami berjalan menuruni bukit dan menaiki bukit untuk sampai ke Rest House, tempat makan kami selama berada di sini. Rasa sangat nyaman duduk di sini sebab selain warna pohon yang subur menghijau, angin yang bertiup sungguh menyegarkan. Deruan air sungai tambah mengasyikkan suasana.
Selepas lawatan ke pelbagai galeri flora dan fauna, tiba-tiba Amie terpandang pokok hempedu bumi yang maha pahit!!!! Timbul niat jahat Amie untuk mengenakan rakan-rakan guru yang lain..... he hehehhh... cuba lihat kerut muka Cikgu Shoffian di bawah ini.
Amie berikan cabaran supaya Cikgu Shoffian kunyah daun hempedu bumi dan telan. Sekiranya berjaya, Amie akan beri RM2....(Amie gurai saja dengan dia). Memang dia tak tahu daun ini maha pahit, tapi nampak gayanya memang dia ingin menelan, namun akhirnya Cikgu Shoffian memuntahkan kunyahannya. Sekarang dia kenakan pula kepada Cikgu Veera Mahendra Rao dan Cikgu Jill Dewin Gadaun di bawah ini....
Minta maaflah ye kawan-kawan..... Kak Amie saja nak perkenalkan daun hempedu bumi yang ayahanda Amie suka jadikan ubat masa kami kecil dulu. Sesiapa yang tak tahan kepahitannya, janganlah cuba-cuba ye...lama nak hilang pahit dari mulut kita. Jahat betul Amie ye... baru saja sampai Lembah Danum, sudah dera kawan-kawan dengan satu pengalaman pahit!
Jill pun tak sanggup telan!
2 orang pegawai renjer yang bertugas memberi pelbagai maklumat kepada rombongan kami pada hari pertama kami tiba. Pada sebelah malam kami dibawa ke dalam hutan untuk mengenali pelbagai jenis haiwan termasuk katak terbang. Kami bertemu dengan sekumpulan rusa.... kamera Amie tidak sesuai digunakan pada waktu malam, jadi Amie tidak dapat merakam segala yang Amie temui. Tapi yang paling tidak dapat dilupakan tentulah pertemuan kami dengan beberapa ekor pacat! Amie ambil gambar pacat kurus, pacat sedang menghisap darah, pacat yang gemuk kekenyangan darah dan pacat yang kami bunuh dengan garam.... tapi tak mahu masukkan dalam blog sebab Amie geli!!!!!! Eiiiii......!!!!!
Antara anggerik hutan yang sempat Amie temui sepanjang perjalanan ke Self -guided Nature Trail. Waktu ini dapatlah banyak pengetahun tentang pelbagai jenis pokok termasuk melihat sendiri pokok bintangor, tampalang, geronggang, nyatuh, merbau,akasia, belian,tembusu, pokok gaharu, medang dan seribu macam lagi..... terlalu banyak!
Kulat yang Amie temui.
Ini bunga halia hutan.menurut pegawai renjer kami, ada 3 cara halia hutan berbunga iaitu di tanah, di batang dan dipokok.
Kulat begini mempunyai jangka hayat melebihi 6 bulan.
Spesies anggerik juga ke ni....
Suburnya tanah....rebung buluh pun sampai tumbuh bercabang tiga!
Masih lagi Amie menemui kulat.
Ini pokok urat mata beludu. Sekiranya tersesat dalam hutan dan ingin meminta pertolongan, banir pokok ini hendaklah dibalun dengan batang kayu. Wah! Bunyinya memang kuat bergema dalam hutan! Dan oleh kerana kayunya sangat kukuh, sedikit pun tidak tercalar melainkan kulitnya sahaja yang tersiat.
Memang banyak spesies orkid yang ditemui di sini.
Ini batang pokok bersimpul. Menurut pegawai renjer, ia terdiri dari 2 jenis pokok yang berbeza.
Ini pokok pisang ke.... kenapa jantungnya naik ke atas?
Ini akar pokok bersimpul.....
Aktiviti mengenali spesies sungai di Sungai PalumTambun. Peserta dikehendaki mengumpulkan seberapa banyak hidupan air termasukudang, ketam, ikan, serangga-serangga air dan sebagainya.
Aktiviti memerhati burung di sebelah pagi. Lebih 270 spesies burung terdapat di sini. Burung-burungnya cantik dan unik! Sayangnya tak dapat tangkap gambar kerana terlalulah tingginya burung bersembunyi!
Aktiviti memanjat pokok setinggi 40 meter!
Banyak betul gambar kulat yang Amie ambil. Ini gambar terakhir dalam hutan Amie ambil sebab setelah seekor pacat naik ke baju Amie..... baru Amie sedar Amie terkeluar dari 'landasan' perjalanan, kerana asyik membelok masuk hutan tangkap gambar anggerik!
Ada sesiapa tahu lubang apa di atas? Inilah dia lubang tempat 'undur-undur' sejenis binatang kecil yang pernah Amie jadikan permainan bersama kawan-kawan semasa kecil dulu. Kami basahkan hujung benang dan pancing binatang kecil ini. Kami letak atas tapak tangan dan bila bergerak binatang ini undur ke belakang. Itu sebab kami panggil dia undur-undur! Adapun undur-undur ini sedang tidur di dalam lubang masing-masing. Setiaplubang hanya ada satu undur-undur saja!
Sebelum pulang kami guru-guru pengiring mengabadikan lawatan kami dengan menanam sepohon pokok kapur paji sebagai kenang-kenangan. 20 orang pelajar yang lain juga menanam sepohon pokok yang mereka pilih. Kami dikenakan sedikit bayaran untuk aktiviti ini. Jika sesiapa berkesempatan datang ke Lembah Danum dan menginap di hostel, pandang-pandanglah papan tanda di bawah pokok kapur paji yang tertera nama:
Cynthia
Pian
Veera
Jill
Amie
Ini salah sebuah Rest House di sini.... yang sedang meragut rumput itu ialah rusa. Aktiviti terakhir kami pada pagi sebelum pulang ialah trekking ke Coffin itu perjalanan sejauh 2.4km pergi dan balik di dalam hutan ke perkuburan lama. Memang sungguh meletihkan sepanjang 3 hari di sini kerana maa sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti meredah hutan, naik bukit bukau, menyeberang sungai dan sebagainya. Amie sendiri rasa nak tercabut kaki dan pinggang kerana memang terlalu lama tidak mengikuti aktiviti lasak begini! Kami tinggalkan tempat ini dengan seribu kenangan, seribu keletihan dan seribu rasa cemas terutama kerana digigit pacat! Kawan Amie kata... oleh kerana banyaknya pacat di sini, bolehlah kumpul buat serunding!
Selamat tinggal Jambatan Gantung Palum Tambun! Sempat juga Amie tangkap gambar dari belakang... beberapa orang penyelidik dari luar negara sedang menjalankan aktiviti penyelidikan masing-masing. Maklumlah.... Lembah Danum merupakan satu-satunya hutan hujan tropika tertua di dunia! Lembah Danum bukan tempat pelancongan, tetapi tempat penyelidikan.
Selamat tinggal Jambatan Segama.....melintasi jambatan gantung ini bau wangi kerana rupanya ada anggerik hutan tumbuh di atas pokok! Lawatan ini bukan lawatan kerana bersiar-siar tetapi lawatan untuk mengenali flora dan fauna hutan simpan. Amie ingin datang lagi tapi bila memikirkan tentang pacat....... oh! Amie sebenarnya digigit pacat di bahagian lutut. Itupun setelah menyedari stokin Amie banyak darah.... rupanya pacat mati tertekan oleh stokin...eeeiiiii....akhirnya Amie dikurniakan Sijil Pacat dengan bayaran RM5. Sesiapa yang digigit pacat memang boleh daftar nama di kaunter untuk membeli sijil pengesahan bahawa pacat telah menggigit kita! Setakat ini dahululah yang dapat Amie kongsi pengalaman di Lembah Danum. Sebenarnya banyak lagi gambar lain tapi tak tahu mana satu yang nak dipilih.
15 comments
bertuahnya amie dapat menikmati keindaahn alam yg asli.
BalasPadamorkid tu boleh ambik tak?..seronok akak tengok.hai!bila lah boleh lepas ke sabah ni..kalau ke sana akak nak tgk yg asli2 je amie.takmo mutiara2 ni..
Amie bestnya,dapat tengok rusa lagi, tapi ummi pun takut sangat pacat tu..
BalasPadamKak Zai geli sangat dengan pacat boleh panjat pokok walaupun sejujurnya tak pandai memanjat hehehe...
BalasPadamseronok betol dengar cerita kak amie ni. tapi yang paling nostalgia tu pasal undur2. di bawah rumah atok nani ada banyak binatang ni.dulu kami selalu main lumba undur2. siap yang cepat sampai, dia yang menang. lucu sungguh. orang main lumba kuda, kita main undur2...
BalasPadamAmie..kalau acik nampak pacat macam tu..dah melompat2 dah..
BalasPadamtak mau dah pi situ lagi.
acik pun geli sangat ngan pacat ni..
Kak Anim,
BalasPadamikut peraturan memang tak boleh ambil, tapi Amie minta izin minta bunga kantan...boleh pula, tak tahulah kalau orkid...sebenarnya banyak mutiara palsu kak, yang asli tu sebiji kecilpun harga meratus!
Ummi,
rusa jinak tu Ummi..., memang takut pacat!
Kak Zai,
tu yang buat Amie tak mau banyak fikir samada nak datang atau tidak sebab pacat tu.... tapi katanya kalau musim kemarau takde pulak pacatnya...
Nani,
nostalgia zaman kanak-kanak ye... memang dah lama tak nampakundur-undur, hari tu kakak perkenalkan undur-undur kepada rakan dan pelajar...
Acik,
memang Acik....eeeiii..kebetulan tengahmalam anakmurid Amie berteriak dalam hostel kerana baru sedang seekor pacat gemuk ditemui kenyang gigit tenah-tengah dadanya.... ya Allah....sebenarnya kami baru saja pulang dari berjalan malam dalam hutan!
Bila baca ntry dan lihat gmbar2 kak Amie...dah terbayang keseronokan di sana....seronoknya kalau dapat pergi.....tapi bab pacat ni lah yang tak boleh tahan...mmng geliiiii....
BalasPadamSalam Kak Amie,seronoknya dapat masuk hutan
BalasPadamKak Amie.. pembetulan! Saya telan habis sehelai daun hempedu bumi tu.. :P hahaha..
BalasPadamcantiknya tempat ni! tentu seronok..tapi kalo ada pacat, WC memang surrender la..
BalasPadamSalam Cik Amie,
BalasPadamSaya sangat berminat dengan percutian Cik Amie di Lembah Danum.
Bolehkah sekiranya Cik Amie memberi saya no. agensi yang menguruskan percutian ini?
Terima kasih diucapkan!
Astga.. muka mkn daun tu.. >.<
BalasPadamPenderaan.. xD
*huduh nyer muka tgh makan daun pahit tu.. = ='
assalamualaikum cgu Amie
BalasPadamsy tngh mencari2 maklumat pasal lembah danum...dan terus smpai ke blog cgu. Boleh sy tahu ada bnyk tak tmpt utk menginap di situ? kalau x keberatan, boleh kongsi contact info utk tempahan tmpt penginapan yg cgu guna.
terima kasih...
Nor Hashimah,
BalasPadamminta maaf banyak2...sbb tak terbaca pertanyaan yang dkemukakan... masya Allah.... dah 4 tahun berlalu baru terbaca hari ini. Harap maaf! Barangkali sudah terlalu lewat untuk saya balas...
Cheigu,
waalaikumussalam....
saya bagi link untuk maklumat lanjut tentang penginapan di sana ya.
http://www.bestborneo.com.my/lahad-datu/
Berapa harga pakej masuk lembah danun
BalasPadam