Resepi Nasi Tomato & Ayam Kari Beriani

8:46 PTG

Assalamualaikum rakan-rakan pengunjung yang dihargai. Nampaknya cerita dari dapur Amie masih lagi tentang resepi Nasi Tomato & Ayam Kari Beriani. Oleh kerana talian internet agak baik malam ini, jadi Amie ambil kesempatan ini untuk sambung cerita kelmarin.......he he...heheh kalau resepi kelmarin memang dah basi ye... tapi gambarnya belum basi lagi tau!


Inilah rupa Nasi Tomato yang sangat sedap itu. Pengalaman pertama dalam hidup Amie memasak nasi berperisa tidak lain dan tidak bukan iaitu Nasi Tomato. Makcik Amie ajar masak nasi ini dan digandingkan dengan lauk Opor Ayam. Sedapnya masih terasa hingga ke hari ini. Bagaimanapun resepi Amie kali ini diambil dari buku Masakan Tradisi Melayu Johor oleh Noraini Margono. Kita semak resepi asalnya seperti di bawah ini.

Resepi   : Nasi Tomato
Sumber : Buku Masakan Tradisi Melayu Johor
Chef     : Noraini Margono

Bahan A
3 mangkuk beras basmathi
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar puri tomato - boleh tambah untuk menghasilkan warna yang lebih menarik dan rasa yang lebih sedap.
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
1 biji limau nipis
1/2mangkuk kacang peas

Bahan B
2 ulas bawang putih - kisar
2 ulas bawang merah -hiris
4cm halia - kisar
rempah penumis - bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih

Bahan C
3 1/2 gelas air
2 helai daun pandan
1 batang serai - ketuk
1 sudu besar garam

Cara:
1. Rebus kesemua bahan C dalam periuk.
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam kuali. Tumis semua bahan B hingga garing.
3. Setelah garing, masukkan puri tomato, gaul rata dan kemudian masukkan beras dan gaul hingga beras berkilat.
4. Setelah bahan C mendidih, masukkan susu dan akhir sekali jus limau nipis.
5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras. Kacau rata dan tutup periuk.
6. Apabila air sudah kering, kacau nasi, kemudian tutup periuk rapat-rapat.
7. Setelah nasi masak, masukkan kacang peas. Gaul rata dan angkat untuk dihidangkan.

P/S: Amie masak ikut cara Amie iaitu dengan memasak cara kukus. Jadi hasilnya memang nasi sedang elok, tidak lembik dan tidak keras sebab mengembang bersama wap kukusan.

Nasi Tomato boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk pilihan sendiri. Amie pilih lauk Ayam Kari Beriani. Resepi asalnya ialah Ayam Rendang Berempah. Memandangkan prosesnya agak panjang seperti merebus terlebih dahulu daging ayam dan kemudian digoreng pula, lepas itu ditumis........ jadi Amie ambil idea bahan yang digunakan iaitu rempah beriani, dan rempah karinya sahaja. Amie tambah puri tomato dan beberapa biji tomato. Amie tidak gunakan santan atau pun susu cair. Resepi begini memang Amie biasa masak untuk membuat kuah mee kari.



Resepi : Ayam Kari Beriani
Sumber : Amie

Bahan:
600 gram daging ayam - potong 8 bahagian
4 biji ubi kentang - belah 2
2 pelepah daun kari
2 helai daun pandan
4 biji tomato - cincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah beriani
1 sudu teh serbuk kunyit
rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
minyak
garam / bahan perasa - pilihan

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1.5cm halia
400ml air

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar bersama daun pandan  dan rempah 4 sekawan hingga wangi.
2. Masukkan tomato cincang dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kunyit, daun kari, rempah kari dan rempah beriani - Amie tidak bancuh dahulu rempah kari. Gunakan api perlahan supaya rempah tidak hangus.
4. Masukkan sedikit air dan puri tomato. Kacau sebati.
5. Masukkan daging ayam dan gaul rata. Tambah sedikit air dan biarkan kuah mendidih.
6. Masukkan ubi kentang dan kacau sekali-sekala sehingga ubi kentang dan daging ayam empuk. Jangan lupa masukkan garam & perasa / gula.
7. Angkat dan hidangkan.

Amie suka masak kari berkuah pekat. Jika suka kuah yang lebih cair, bolehlah tambah air atau santan.



Hidangan Nasi Tomato lengkap dengan Ayam Kari Beriani dan Acar Mentah.


Jom makan sama-sama........ dah kenyang nanti ikut Amie jalan-jalan ye.... kita ronda-ronda rumah kawan-kawan. Rindu sangat nak menziarah rakan blogger sebab dah beberapa hari terperuk di dapur....

9 comments

  1. akak..saya memang menunggu resepi nasi tomato ni..nampa sedap betul....hehehhe

    BalasPadam
  2. Emmmm...menu lengkap yg sedapppp...leh join makan sekali ke..:D

    BalasPadam
  3. Senang masak nasi yg set macam ni sebab tak pening kepala fikir lauk yg lain..

    BalasPadam
  4. lapar la plak tgk set nasi tomato nii..sedapnyaa sambil hulur pinggan hihii

    BalasPadam
  5. kak, saya suka nasi tomato...tgk menu akak ni menyelerakan:)

    BalasPadam
  6. tgok nasi amie yg cantik ni.. nampak sebutir- sebutir..

    BalasPadam
  7. Kak Zai suka makan nasi tomato ianya tak muak lagi sedap digandingkan pulak dengan ayam kari beriani,marvellous...

    BalasPadam
  8. Cantik nasi Amie tu, ummi ambik sepinggan ni.. hikhik!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe