Assalamualaikum rakan-rakan pengunjung yang dihargai. Nampaknya cerita dari dapur Amie masih lagi tentang resepi Nasi Tomato & Ayam Kari Beriani. Oleh kerana talian internet agak baik malam ini, jadi Amie ambil kesempatan ini untuk sambung cerita kelmarin.......he he...heheh kalau resepi kelmarin memang dah basi ye... tapi gambarnya belum basi lagi tau!
Inilah rupa Nasi Tomato yang sangat sedap itu. Pengalaman pertama dalam hidup Amie memasak nasi berperisa tidak lain dan tidak bukan iaitu Nasi Tomato. Makcik Amie ajar masak nasi ini dan digandingkan dengan lauk Opor Ayam. Sedapnya masih terasa hingga ke hari ini. Bagaimanapun resepi Amie kali ini diambil dari buku Masakan Tradisi Melayu Johor oleh Noraini Margono. Kita semak resepi asalnya seperti di bawah ini.
Resepi : Nasi Tomato
Sumber : Buku Masakan Tradisi Melayu Johor
Chef : Noraini Margono
Bahan A
3 mangkuk beras basmathi
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar puri tomato - boleh tambah untuk menghasilkan warna yang lebih menarik dan rasa yang lebih sedap.
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
1 biji limau nipis
1/2mangkuk kacang peas
Bahan B
2 ulas bawang putih - kisar
2 ulas bawang merah -hiris
4cm halia - kisar
rempah penumis - bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih
Bahan C
3 1/2 gelas air
2 helai daun pandan
1 batang serai - ketuk
1 sudu besar garam
Cara:
1. Rebus kesemua bahan C dalam periuk.
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam kuali. Tumis semua bahan B hingga garing.
3. Setelah garing, masukkan puri tomato, gaul rata dan kemudian masukkan beras dan gaul hingga beras berkilat.
4. Setelah bahan C mendidih, masukkan susu dan akhir sekali jus limau nipis.
5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras. Kacau rata dan tutup periuk.
6. Apabila air sudah kering, kacau nasi, kemudian tutup periuk rapat-rapat.
7. Setelah nasi masak, masukkan kacang peas. Gaul rata dan angkat untuk dihidangkan.
P/S: Amie masak ikut cara Amie iaitu dengan memasak cara kukus. Jadi hasilnya memang nasi sedang elok, tidak lembik dan tidak keras sebab mengembang bersama wap kukusan.
Nasi Tomato boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk pilihan sendiri. Amie pilih lauk Ayam Kari Beriani. Resepi asalnya ialah Ayam Rendang Berempah. Memandangkan prosesnya agak panjang seperti merebus terlebih dahulu daging ayam dan kemudian digoreng pula, lepas itu ditumis........ jadi Amie ambil idea bahan yang digunakan iaitu rempah beriani, dan rempah karinya sahaja. Amie tambah puri tomato dan beberapa biji tomato. Amie tidak gunakan santan atau pun susu cair. Resepi begini memang Amie biasa masak untuk membuat kuah mee kari.
Resepi : Ayam Kari Beriani
Sumber : Amie
Bahan:
600 gram daging ayam - potong 8 bahagian
4 biji ubi kentang - belah 2
2 pelepah daun kari
2 helai daun pandan
4 biji tomato - cincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah beriani
1 sudu teh serbuk kunyit
rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
minyak
garam / bahan perasa - pilihan
Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1.5cm halia
400ml air
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar bersama daun pandan dan rempah 4 sekawan hingga wangi.
2. Masukkan tomato cincang dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kunyit, daun kari, rempah kari dan rempah beriani - Amie tidak bancuh dahulu rempah kari. Gunakan api perlahan supaya rempah tidak hangus.
4. Masukkan sedikit air dan puri tomato. Kacau sebati.
5. Masukkan daging ayam dan gaul rata. Tambah sedikit air dan biarkan kuah mendidih.
6. Masukkan ubi kentang dan kacau sekali-sekala sehingga ubi kentang dan daging ayam empuk. Jangan lupa masukkan garam & perasa / gula.
7. Angkat dan hidangkan.
Amie suka masak kari berkuah pekat. Jika suka kuah yang lebih cair, bolehlah tambah air atau santan.
Hidangan Nasi Tomato lengkap dengan Ayam Kari Beriani dan Acar Mentah.
Jom makan sama-sama........ dah kenyang nanti ikut Amie jalan-jalan ye.... kita ronda-ronda rumah kawan-kawan. Rindu sangat nak menziarah rakan blogger sebab dah beberapa hari terperuk di dapur....
akak..saya memang menunggu resepi nasi tomato ni..nampa sedap betul....hehehhe
BalasPadamEmmmm...menu lengkap yg sedapppp...leh join makan sekali ke..:D
BalasPadamSenang masak nasi yg set macam ni sebab tak pening kepala fikir lauk yg lain..
BalasPadamlapar la plak tgk set nasi tomato nii..sedapnyaa sambil hulur pinggan hihii
BalasPadamkak, saya suka nasi tomato...tgk menu akak ni menyelerakan:)
BalasPadammenggodalah sangattt
BalasPadamtgok nasi amie yg cantik ni.. nampak sebutir- sebutir..
BalasPadamKak Zai suka makan nasi tomato ianya tak muak lagi sedap digandingkan pulak dengan ayam kari beriani,marvellous...
BalasPadamCantik nasi Amie tu, ummi ambik sepinggan ni.. hikhik!
BalasPadam