Hai senangnya dalam hati..... akhirnya dapat juga masak sotong sumbat setelah beberapa hari asyik tertunda-tunda untuk membuatnya kerana kekangan masa. Dari pagi hingga tengahari kami terlibat dengan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Anak sulung Amie, Mohd. Faridzuan dapat 6 anugerah termasuk 3 mata pelajaran terbaik Tingkatan 4, Anugerah NILAM, Penyertaan ke Pesta Pantun Peringkat Daerah, dan juga Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2010. Adiknya pula, Mohd. Fuad dapat juga naik ke pentas untuk menerima 2 anugerah termasuk Anugerah Pelajar Terbaik Tingkatan 1 Tempat Ketiga. Pukul 12 tengahari balik ke rumah hantar anak-anak, dan tidur beberapa minit untuk mendapat tenaga sebelum kembali semula ke sekolah kerana pada pukul 2 petang ada mesyuarat guru. Amie bersama seorang rakan lewat sedikit pulang kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan, dan menjelang pukul 6 petang, kami pulang. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dipertengahan jalan sehingga terpaksa pasang lampu kenderaan. Sambil mendengar rancangan ADILA, Amie pandu perlahan-lahan...... bersama linangan air mata.... h huhuhuuuu... leleh lagi! Adalah kisah yang menyentuh hati dalam ADILA! Sampai depan pagar rumah, hujan masih lebat.... Amie duduk diam-diam dalam kereta, masih khusyuk mendengar celoteh ADILA...... sebenarnya malas nak turun sebab tak bawa payung, nanti basah kena hujan. Tiba-tiba anak-anak menerpa keluar bukakan pintu pagar, apalagi ..... masuklah. Itu cerita sepanjang hari, sekarang kita cerita tentang opor sotong sumbat pula.....
Amie masak ikut buku resepi Kompilasi Masakan Makanan Laut. Bagaimanapun ada sedikit ubahsuai, misalnya dalam resepi tersebut tiada lada tapi Amie masukkan lada, dan juga perahan air limau nipis. Kelmarin Amie masak brengkes ikan belawis aroma ketumbar, hari ini Amie masak opor sotong aroma jintan pula. Jom tengok resepinya.
Sumber : Kompilasi Masakan Makanan Laut
Resepi : Opor Sotong Sumbat
Penyelenggara: Patonah Chai Choh
Bahan-bahan:
1 kg sotong putih - cabut kepala dan bersihkan
100 gram isi ikan - Amie gantikan dengan 4 biji ubi kentang - rebus, lenyek dengan lada putih tumbuk dan sedikit serbuk pati ikan bilis
20 gram kerisik
500ml santan - Amie gunakan 150ml santan pekat
1 sudu serbuk pati ikan bilis - pilihan Amie
minyak
1 biji limau nipis - ambil jusnya - pilihan Amie
Bahan kisar:
10 biji lada merah - pilihan Amie - dalam buku resepi tiada penggunaan lada
4 biji bawang merah
2 batang serai
2 cm lengkuas
4 biji buah keras
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh jintan manis
Cara:
1. Celur sotong seketika dan toskan.
2. Masukkan ubi kentang lenyek ke dalam sotong dan tutup sotong dengan kepalanya, sematkan lidi supaya tertutup kemas.
3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga naik minyak.
4. Masukkan sotong diikuti dengan santan.
5. Masukkan kerisik dan gaul rata.
6. Setelah agak pekat masukkan serbuk pati ikan bilis.
7. Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis.
8. Potong-potong dan hidangkan. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.
.....Amie makan begitu saja .....
Wokey.... kawan-kawan, sampai di sini dulu pertemuan kita untuk kali ini. Amie kena tidur awal sebab esok ada mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah, walaupun sebenarnya esok kami cuti peristiwa, sekolah cuti sehari..... dan sudah janji dengan si bongsu untuk masakkan bekalannya ke sekolah..... kenalah kotakan janji kita.... Terima kasih kepada yang sudi singgah, insya-Allah Amie akan datang berkunjung ke rumah kawan-kawan semula sebab tak tahan godaan dengan pelbagai aroma yang menggoda selera! Assalamualaikum.....



