Ibis Style Sepang KLIA
10:13 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sabtu - 5 September 2026 - Abang Farid hantar kita ke Ibis Style Sepang KLIA. Bukan setakat hantar, tapi temankan bermalam di situ bersama Aseeyah dan Hamzah. Selepas solat subuh, Abang Farid hantar Amie ke KLIA1 untuk penerbangan ke Tawau menaiki pesawat Batik Air.
Memandangkan Amie keluar awal pagi, jadi Abang Farid akan kembali semula ke hotel. Kata Aseeyah, sewaktu Amie hendak tinggalkan bilik penginapan Hamzah mesti dibangunkan. Katanya takut nanti Hamzah tercari-cari waktu bangun tidur.
![]() |
| Google - Kedudukan Ibis Style Sepang KLIA dekat dengan KLIA1. |
![]() |
| Ibis Style Sepang KLIA |
Pada mulanya Abang Farid hendak tempah Sama-Sama Hotel tetapi pada ketika itu harga naik setinggi kayangan untuk satu malam mencecah RM1149.00 jadi Amie cadangkan carilah hotel lain yang tidak jauh dari KLIA1. Akhirnya dapatlah tempat bilik penginapan di Ibis Style Sepang KLIA dengan harga RM426.00 termasuk sarapan.
![]() |
| Welcome Drink |
![]() |
| Bilik-bilik hotel terletak di paras bawah. |
![]() |
| Lorong mrnuju kr bilik penginapan kami - 3025. |
Hamzah dengan patung harimau dan beruang. Dia pilih sendiri di LOTUS. Tok Mi tukang bayar.
Susun atur di dalambilik agak berbeza berbanding tempat penginapan lain yang pernah kami datanagi sebelum ini. Barangkali untuk menjimatkan ruang, dalam barisan yang sama terletak meja bulat dan kerusi, mini peti sejuk dan di atasnya tersedia aiir minuman serta gelas dan juga penapis air. Di sebelahnya lagi bersambung dengan meja sinki.
![]() |
| Kelengkapan mandian disediakan di bahagian luar dekat sinki. |
![]() |
| Sinki di bahagian luar bilik air. |
![]() |
| Di bawah meja sinki, ada sterika dan papannya sekali. |
![]() |
| Pemandangan di kolam renang ketika senja menjelma. |
Abang Farid ajak makan di tempat kegemarannya. Ke mana lagi kalau bukan di nando's KLIA2.





















9 comments
Ibis Style ni di mana² konsepnya moden kan. Mak datukkkk, terkejut baca harga Sama Sama Hotel tu, hihihi. Untunglah Hamzah, ada tok mommy belanja anak patung omey.
BalasPadamMungkin waktu tu mysim cuti, jadi memang naiklah harganya.
PadamHarga Sama2 Hotel tu memang macam tu la kak Amie, sama2 buat kita terkejut hehe. Minggu lepas kakak dan mak saya bermalam di Aerotel di KLIA2 sblm bertolak ke Jeddah utk menunaikan umrah. Harga semalam dalam RM500+ termasuk sarapan pagi sbb skrg ada promo Malaysia Truly Asia. Kalau penerbangan awal pagi, lebih mudah menginap di Aerotel sebab hotel transit ni betul2 dalam KLIA2.
BalasPadamSebelum ini sudah empat kali menginap di Sama-Sama Hotel dapat harga bawah RM600.00. Dapat diskaun dari harga asal mungkin bukan musim puncak. Senang menginap di situ sebab mudah urusan nak terbang.
PadamPernah bermalam di Aerotel, tapi cukuplah sekali itu sahaja...tak boleh tidur!
Alhamdulillah dapat bilik di sini, dapatlah berehat sebelum terbang keesokan harinya Kak Amie ye... Lawa gambar senja tepi kolam tu
BalasPadamOooo... semuanya biliknya kat ground floor ye
BalasPadamMenariknya welcome drink tu. Fresh je dapat minum tu.
BalasPadamIbis antara hotel yang SA suka...pernah menginap di Melaka dan KL
BalasPadamCantiknya juga hotel ni kak... sama-sama tu mahai betul dah macam harga tiket lak ya
BalasPadam