Cerita Dari Sana & Cerita Dari Sini
5:08 PTGAlhamdulillah, Encik Suami selesai menjalani angiogram jantung untuk melihat keadaan saluran darah serta mengesan penyempitan atau penyumbatan pada arteri koronari pada pukul tiga petang bersamaan hari Isnin 19 Oktober 2026. Fuad mengambil cuti pada hari Isnin untuk menemani Fairuz. Farid pula mengambil cuti kecemasan pada Selasa untuk mengikuti perbincangan dengan doktor.
Hasil ujian yang dijalankan, Encik Suami menghadapi masalah injap jantung tersumbat iaitu dua injap sebelah kiri dan satu injap di sebelah kanan. Bagaimanapun proses memasukkan stent atau spring jantung yang berupa tiub kecil berbentuk jejaring (mesh) tidak dapat dimasukkan ke dalam arteri koronari yang sempit atau tersumbat disebabkan salur darah yang sudah keras menyukarkan belon atau stent untuk dikembangkan dengan sempurna.
Dalam perbincangan pada hari Selasa, doktor pakar bedah beritahu akan buat scan jantung dahulu samada sesuai atau tidak untuk buat pembedahan. Kalau sesuai, pembedahan akan dibuat satu kali sahaja untuk pastikan darah boleh mengalir ke tiga-tiga ruang jantung. Doktor pakar jantung dan doktor bedah akan memutuskan tarikh pembedahan dalam tempoh dua minggu.
Pada hari Khamis 22 Oktober 2025, doktor pakar bedah menerangkan prosedur pembedahan dan risiko yang dijangkakan. Jawapan samada setuju atau sebaliknya mesti daripada pesakit dan bukannya waris. Jadi, Encik Suami menyetujuinya. Memandangkan akibat masalah jantung turut mempengaruhi fungsi buah pinggang, jadi doktor mengingatkan salah satu risikonya ialah pesakit akan menjalani dialisis seumur hidup! Allahu Akbar.... mudah-mudahan dipermudah sepanjang urusan pembedahan.
Sekarang Amie faham masalah jantung yang tersumbat kerana tidak mampu mengepam oksigen dan darah ke seluruh tubuh turut mempengaruhi fungsi ginjal sehingga tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.
Menurut doktor pakar bedah, pihak HUKM akan menguruskan pembedahan Encik Suami tetapi bukan di HUKM. Encik Suami dijangka akan menjalani pembedahan di Hospital Serdang - Hospital Sultan Idris Shah.
![]() |
| Hamzah bersama Tok Ba. |
![]() |
| Tahniah Firdaus! |
Coretan dari tuan rumah yang semakin hari semakin rasa sepi!


18 comments
Semoga prosedur jantung suami Kak Amie berjalan dgn lancar dan tak buah pinggang suami akak baik2 aje. Tahniah jugak buat Firdaus terima anugerah kecemerlangan koko 👍🏻
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan pembedahan En Majid nanti, dan diberi kesembuhan hendaknya 🤲🏻
BalasPadamAlhamdulillah berkat nak bantu Fairuz, Fuad dapat kenaikan pangkat. Mudah-mudahan rezeki Fairuz lebih baik berkat jaga Babah nya aamin
Tahniah Firdaus! Semoga terus cemerlang 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Semoga dipermudahkan urusan pembedahan En. Majid.
BalasPadamInsyaallah Fairuz akan dapat kerja yang lebih baik nanti asbab menjaga babah. Tahniah buat Fuad atas kenaikan pangkat juga buat Firdaus yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kehadiran penuh.
Semoga dipermudahkan urusan pembedahan suami kak Amie.
BalasPadamTahniah kenaikan pangkat Fuad & terima anugerah Firdaus.
Semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh
BalasPadamDari penjelasan kak Amie saya jadi ada bayangan masalah jantung encik suami . Jadi saluran darah yang sudah keras membuat ga mungkin untuk dimasukkan stent ya kak. Seram juga membayangkannya 😔
BalasPadamSaya doakan yang terbaik untuk suami kakak. Semoga saja resiko dialisis tidak terjadi yaa.
Untuk Fairuz, semoga Allah ganti dengan pekerjaan yang jauh lebih baik ☺️
Congrats buat daus . Hebaaat adik. Saya sukaaa baca cerita ttg anak2 kak Amie, karena dari situ terlihat sangat mereka ini baik Budi semua , saling support saat ada saudaranya yang terkena cobaan.
Kami pun dah seminggu lebih berulang ke HUKM sekarang sebab adik no2 ada surgery brain tumor 28/10 ni.
BalasPadamMoga dipermudahkan segala urusan buat suami Kak Amie dan cepat sembuh sepenuhnya
BalasPadamAllahuakbar, kesiannya Fairuz. Semoga Allah gantikan pengorbanan Fairuz dengan pekerjaan yg lebih baik selepas babah sembuh. Kita doakan En Majid akan beransur sihat selepas pembedahan dan keluarga Kak Amie dipermudahkan segala urusan, Amiiinnn YRA.
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan pembedahan suami Amie nanti.
BalasPadamSemuga lah permudahkan urusan pembedahan enche Majid Dan risiko dialisis dijauhkan. Tak pe fairuz InsyaAllah berkat membantu baba Allah kurniakan rezeki kerja yang lebih baik. Dan tahniah juga buat Fuad Dan Firdaus. Amie take care ok. Semuga Allah permudahkan urusan amie. Aamiin
BalasPadamWah tahniah buat anak baik ni Firdaus, teruskan kejayaan ini. Saya di portugal sekarang..Esok last day ..balik ke Malaysia malam esok..
BalasPadamMoga rawatan dimudahkan buat suami yang dikasihi, banyakkan doa dan mohon pada Allah kesembuhan..
BalasPadammoga suami amie selamat menjalani pembedahan n sihat sediakala alhamdulillah ditemani anak2 soleh tiasa jaga kebajikan n cucu comel penghibur sunyi...tahniah firdaus moga sukses seterusnya
BalasPadamSekarang kalau pembedahan jantung memang akan dibuat di hospital serdang kak kalau direfer dari HKL, kalau swasta memang boleh ke IJN cuma bayaran agak kayangan jugak la. Moga dipermudahkan semuanya buat suami akak, dan moga pembedahan ini berjaya tanpa ada gangguan pada buah pinggang. Insyallah. Kesian fairuz kene buang kerja, nasib abang-abang ada untuk membantu. MOga Fairuz akan dapat kerja lain dengan segera.
BalasPadamsemoga pembedahan suami cikgu amie berjalan lancar dan diberikan kesembuhan
BalasPadamSukur semua berjalan lancar...
BalasPadamTahniah untuk Daus juga
Semoga dipermudahkan urusan pembedahan suami Kak Amie...seram SA dengar bab ni...Bypass la kan...kesian Fairuz..tapi takpe la insyaallah ada rezeki lain nanti...tahniah buat Fuad...
BalasPadam