Sayap Ayam Panggang & Salad Kentang
8:55 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi jenuh tunggu mambang, tapi tak datang-datang. Entah tersangkut di mana sampai tak boleh singgah di LD. Lama juga mambang sembunyi di Tanah Jauhar. Biarlah dia dengan EMAK ANGKATNYA di sanun.
Walaupun tak ada mambang, kita masuk dapur juga. Kita bagi tahu Encik Suami, tak payahlah masak nasi. Selalu nasi tak habis. Masak sikit tak cukup, masak banyak selalu berbaki. Bukan apa. Kadang-kadang Fairuz lambat balik kerja. Katanya sudah makan di luar. Jadi, baki nasi dan lauk terpaksalah masuk peti sejuk. Esoknya kurangkan masak nasi. Ingatkan makan di luar, tapi tiba-tiba muncul di dapur. Terpaksalah dia masak sendiri kalau hendak makan.
Tengah kita sembang dengan Encik Suami sambil menemani Firdaus makan, terdengar ada orang buka pintu pagar. Awal pula Fairuz balik kerja hari ini. Suka sangatlah dua beradik makan petang tadi walaupun tidak ada nasi tapi di atas meja makan ada Sayap Ayam Panggang dan Salad Kentang.
| Sayap Ayam Panggang & Salad Kentang |
| Hidangan Makan Malam |
| Sayap Ayam Panggang Air Fryer |
Sayap ayam ini Amie panggang dalam air fryer gunakan aluminium foil. Suka sangatlah Fairuz dengan Firdaus makan. Kata Fairuz, sayap ayam panggang beginilah yang sedap. Tidak kering. Basah dan juicy.
| Salad Kentang |
Salad Kentang ini Amie buat ringkas sahaja. Rebus kentang Australia putih yang sudah dikupas dan dipotong dadu. Bubuh garam sedikit. Setelah empuk, toskan. Tambahkan sedikit mentega, mayonis dan yogurt. Gaul rata dan taburkan hirisan daun bawang. Sedap betul tengok Fairuz makan sampai licin!
Daun salad ini Amie tambahkan sweet peppers kuning dan oren serta tomato caeri. Amie renjiskan minyak zaitun. Apabila Fairuz dan Firdaus makan, sudah tentulah dicarinya Kewpie Roasted Sesame Dressing.
| Sayap Ayam Panggang & Salad Kentang |
Kiranya inilah hidangan makan malam kami untuk hari ini.
12 comments
Selamat menjamu selera
BalasPadamSedapnya menu amie.
BalasPadamSaya screenshot resep salad kentang itu. Nanti nak buat. Pas belanja dapur, beli sayap lah buat chicken wings grill 😍😍
BalasPadamTerima kasih sis Amie kongsi idea buat salad, nanti boleh juga buat sebab saya pun penggemar salad
BalasPadamkurang karbo malam hari.. bagus ni
BalasPadamsedap nampak sayap ayam tu
BalasPadamTq Kak Amie share. In Sha Allah hidangan ni hinggap di meja makan Sy nanti :D
BalasPadamRindu mau makan sayap ayam....dulu waktu di UMS selalu beli...
BalasPadamBila sebut sayap, terkenang sayap panggang sedap sewaktu berkunjung ke Tenom.
BalasPadamTerima kasih share penyediaan salad kentang tu, saya nak buatlah nanti.
Jauh mambang rajin tu pergi ek. Ikan panggang kalau basah dan juicy tu memang sedap. Kadang bakar dalam air fryer dia jadi kering kan. Boleh guna cara kak Amie ni guna aluminium foil.
BalasPadamAlhamdulillah..seronok tengok orang berselera makan apa yang kita masak. Hilang rasa penat tu kan.
alhamdulillah salad kentang chicken goreng menyelerakan
BalasPadamOo diorang suka sayap ayam panggang yang basah sebab bakar atas aluminium foil. Kat rumah pun panggang camtu juga sebab taknak kotorkan AF bila panggang atas gril.
BalasPadam