Mencari Kudapan Petang di Secret Recipe
10:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas solat Jumaat, Encik Suami bawa jalan-jalan cari makan nasi kerabu di sebuah gerai berhadapan dengan Masjid Al-Raudhah. Kemudian kami singgah Secret Recipe cari kudap-kudapan. Bolehlah buat minum petang.
Teringin juga makan-makan di sini tapi pengalaman lalu banyak kali mengecewakan kerana banyak menu yang tidak ada. Jadi, kalau hendak makan kami lebih suka masuk ke SR Tawau.
Selain Hokkaido Baked Cheese Tart, Amie terpandang Lamb Pie dan Chicken Pie. Agak lama juga Amie ternanti-nanti hendak makan Lamb Pie SR. Kiranya rezekilah kali ini datang, ada pula Lamab Pie yang dicari-cari. Sayang sedikit, rasanya tidak seperti dahulu. Kurang berasa lada hitamnya, dan makin sedikit pula intinya terutama potongan lamb. Setelah sekian lama hingga memakan tahun mencari Lamb Pie di SR, rasanya cukuplah pencarian untuk kali ini.
Sebiji Hokkaido bakes Cheese Tart berharga RM7.70 sen. Beli lima dapat 1 percuma. Jadi semuanya 6 biji.
| Carrot Slice |
Tidak ketinggalan, beli kek kegemaran Amie iaitu kek lobak merah. Suka kacang-kacangnya.
| Lemon Madu Pahit Manis |
Sampai rumah, berehat dahulu. Selepas asar masuk dapur, minum petang bersama Encik Suami. Encik Suami makan Chicken Pie, Amie makan Carrot Slice dan minum Lemon Madu Pahit Manis.
| Lamb Pie |
| Chicken Pie |
| Kudapan dari SR. |
Amie gunakan Madu Pahit Manis Dr. Bazrul dan tambahkan lemon. Rasa lega kepala dan badan setiap kali hirup secawan Lemon Madu Pahit Manis ini. Madu Pahit Manis Dr. Bazrul ini Amie beli online dengan harga RM170.00 sebanyak 500ml. Encik Suami amalkan minum pagi dan malam. Amie sesekali sahaja apabila teringin.
8 comments
Suka cheese tart ni.. cream cheese cair creamy hehe
BalasPadamSaya suka hokkaido kek ke hape nama nya tp nak makan tu mmg kena order awal sbb dia prepare agak lama haha
BalasPadamLinda pun suka carrot cake SR ni.. memang favourite lah
BalasPadamKek carrot SR sedap! saya pun suka. Jenis-jenis pie tak pernah cuba lagi yang SR punya.
BalasPadamMadu ni boleh tahan juga harganya. Tapi mana-mana madu asli memang mahal harganya kan.
kek carrot tu antara fav sy
BalasPadamdari dulu suka sgt dgn cream cheese dia tu
ngammmm sgt sgn kek tu...
Menu makanan sekarang semua dah nama omputih erk
BalasPadamSaya tak pernah cuba pie Secret Recipe ni. Lain kali boleh cari.
BalasPadamHokkaido baked cheese tart memang sedap, pejam-pejam mata makan, nikmat. 😋
Tak pernah lagi mencuba pie SR ni. Teringin juga nak try nanti.
BalasPadam