Makan Nasi Goreng Udang di Pasar Malam Sandakan
9:25 PGJadinya, kami ziarah sahajalah di rumahnya. Kebetulan hari Isnin, permohonan cuti peristiwa di ladang kami diluluskan. Jadi kami pun ambil keputusan sambung bermalam lagi di Sandakan. Kali ini Encik Suami setuju sangat kami menginap di Hotel Elopura. Bersebelahan sahaja pun dengan Ormond Hotel.
Selepas daftar masuk Hotel Elopura kami ziarah ibu mentua adik ipar. Baru teringat, tarikh ketika itu pada 12 Julai 2026. Seminggu kemudian ibu mentua adik ipar kembali ke pangkuan-Nya. Innalillahiwainnailaihiraajiuunn.
Pada petang kami ziarah arwah ibu mentua adik ipar, anak buah kami Haziq bawa kami makan di Pasar Malam di Sandakan tapi tak ingat apa nama pasar malam itu. Adik ipar, iaitu ayah kepada Haziq minta Haziq bawa kami ke gerai makan kegemarannya. Katanya Nasi Goreng Udang di situ sedap.
Kami ikut sajalah. Walaupun banyak gerai dan banyak menu yang ditawarkan, tapi kami terus masuk ke gerai Nasi Goreng Udang.
| Nasi Goreng Udang |
- 2 Nasi Goreng Udang
- Bakso
- Bihun Sup Ayam
- Sup Tulang
- Coto Makasar
- Minuman
| Firdaus : Bakso |
| Encik Suami - Bihun Sup Ayam |
| Amie : Coto Makassar |
| Sup Tulang |
| Kopi 0 |
| Nasi Goreng Udang |
12 comments
Setimbun nasi goreng udang dan udangnya. Ini barulah namanya Nasi Goreng Udang. Sy teringin sangat nak rasa Coto Makassar tu.
BalasPadamsepinggan nasi goreng boleh kongsi 3 orang..
BalasPadamInnalillahiwainnailaihiraajiun,,salam takziah..memang nampak sedap semuanya tu..
BalasPadaminnalillahiwainnailaihirojiun takziah amie n fmili dapnya nasi goreng udang
BalasPadamPenuh pinggan nasi goreng udangnya tu.
BalasPadamSetimbun nasi goreng tu, memang tak mampu nak habiskan sekali hadap. Kopi o tu pun kenapalah nampak sedap sangat 😅
BalasPadamTakziah buat adik ipar Kak Amie dan seluruh keluarga mereka.
Bukan setakat udang, daging pun nampak banyak porsi yang diberi.
BalasPadamPuas hati tu.. penuh sepinggan.
BalasPadamBila lah nak dapat makan coto makassar tu.
Ni kalau saya pun tak boleh habiskan. Memang banyak betul nasi goreng udang tu.
BalasPadamNasi goreng udang nampak sgt sedap, klu saya selalu order nasi goreng seafood, ada udang + sotong
BalasPadamSalam takziah. Mujur sempat ziarah di Sandakan. Btw, nampak sedap betul Nasi Goreng Udang pasar malam tu!
BalasPadamBanyak betul nasi gorengnya tu. Makan kongsi dua orang pun boleh kenyang tu. Nasib baiklah bungkus bawa balik hotel. Firdaus makan habis tak ada pembaziran berlaku. Menu sup-sup berkuah tu semua nampak sedap. Nampak mangkuk tu kecil ke atau isinya yang banyak entah.
BalasPadam