Lidah Goreng Cili
9:43 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pernah tak makan lauk ikan sardin dalam tin yang ditumis dengan cili hijau? Amie suka betul lauk yang satu ini, hasil air tangan Bonda. Ada aroma yang tersendiri ketika mengunyah hirisan cili hijau. Dulu-dulu, apa sahaja lauk yang dihidangkan dan dimakan bersama adik-beradik memang semuanya licin tak tinggal bekas. Berbeza betul dengan anak-anak sekarang. segala perencah atau aksesori lauk terbiar begitu sahaja. Itulah bezanya, mungkin dahulu bahan agak terhad tetapi sekarang, melimpah ruah sampai tak termakan.
Amie kongsikan menu Lidah Goreng Cili. Maksudnya, cili hiris. Bukan sahaja cili hijau, tapi Amie tambahkan cili merah dan cili putih. Kesemuanya dihiris kasar-kasar.
Olahannya pun tidak sesukar mana. Masukkan sahaja lidah lembu dalam slow cooker. Tekan butang high, biarkan selama tiga jam. Tidur-tidur dulu, lembutlah lidah dan bolehlah kupas kulitnya sewaktu masih hangat. Nanti apabila sudah sejuk, susah hendak asingkan kulit sebab sudah melekat.
Untuk resipi ini, tiada kesalahan bahan dan arahan memasak yang dijana oleh ChatGPT. Semuanya betul dan lengkap. Jangan lupa lada putih atau lada hitam tumbuk! Itulah rasa sedap yang sesungguhnya!
| Lidah Goreng Cili |
| Resipi Lidah Goreng Cili jnaan AI |
| Lidah Goreng Cili |
Ada yang takut dan geli melihat menu lidah lembu. Biarlah. Biarkan sahaja. Tinggalkanlah. Selera masing-masing tidak sama. Yang penting Fairuz dan Firdaus makan sahaja tanpa banyak songel. Kita sudah selalu pesan, kalau rasa boleh diterima tekak, makanlah. Kalau sebaliknya, diam-diam sahajalah. Tinggalkan, ada pilihan lauk lain. Jaga mulut jangan menghina makanan. Ikut perlakuan Rasulullah SAW. Mulut itu dijaga supaya nanti kalau ke rumah orang, melihat makanan terhidang yang tidak biasa kita nampak atau makan, jaga mulut jangan sampai terlepas kata. Jaga adab ya anak-anak. Terutama sewaktu menghadiri rumah terbuka raya... ahaks!
10 comments
sedapnyaaa sardineee....
BalasPadamYa, terutama yang ayam brand.
PadamIni menu yang tak pernah dana masak, sebab tak tahu Edy makan ke tak... kang kita masak makan sendiri je heheheh
BalasPadamSelera masing-masing kan.
PadamSardin kalau tumis simple-simple pun sedap. Tambahan lagi ada cili hiris tu, ada rasa pedas-pedas menyengat sikit.
BalasPadamAda betulnya juga tu kak Amie. Dulu mak masak mesti habis dimakan. Licin!
Lama jugak tu ye nak masak lidah lembu ni macam nak masak dagingnya juga, ambil masa lama. Kalau tak tahu ni nampak macam daging biasa je.
Betul tu, selera masing-masing.
Kalau rebus biasa atau guna pressure cooker tak lama nak empuk. Ni sebab masak slow-slow guna slow cooker sambil tidur-tidur hihihii.
Padamsedapnya menu lidah...biasa mkn kt kedai siam je area umah...lidah masak merah
BalasPadamIkutkan hati malas nak masak, tapi nak makan, tapi tak ada yang jual. Kalau ada, beli jew saja bila teringin kan.
PadamFirst time tau org makan lidah ni masa lepas kahwin. Makan di kedai dan adik ipar order lidah masak merah. Terkejut juga. Cuba sepotong tapi tak bolehlah nak "pergi" lagi dah.
BalasPadamTak apa, orang lain boleh 'pergi'.
Padam