Christian Quarter Baitulmaqdis: Di Sebalik Dinding Batu Holy Sepulchre

4:11 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Amie tidak menyangka, dalam tempoh yang begitu singkat dan kawasan yang begitu sempit, begitu banyak pengetahuan dapat dikutip. Setiap gerbang, setiap dinding batu kapur, setiap ruang dan setiap lorong seolah-olah menyimpan cerita yang tersendiri. Terima kasih yang tidak terhingga buat Mr. Hassan yang sentiasa berusaha menerangkan setiap tempat lawatan yang kami jejaki.

Pagi yang masih dingin itu dengan matahari yang memancar kelam, waktu sudah menghampiri angka 10:00 pagi. Kini kami berada di kawasan Christian Quarter, menuju ke Holy Sepulchre, menempuh jarak yang hanya dihitung dengan langkah kaki sahaja.

Gambar dari entri Lorong-Lorong Muslim Quarter Yang Membuka Pintu Syukur. Di belakang ialah kubah Church of the Holy Sepulchre.

Google : Church of the Holy Sepulchre

Gambar di atas merujuk kepada kompleks Church of the Holy Sepulchre iaitu Gereja Makam Suci atau Gereja Kebangkitan di Kota Lama Baitulmaqdis. Ia berada dalam Christian Quarter. Gereja ini dianggap sebagai tempat suci utama Kristian yang menggabungkan dua lokasi penting dalam tradisi Kristian: Golgotha / Calvary, tempat Jesus disalibkan, dan makam yang dipercayai sebagai tempat beliau dikebumikan dan kemudian dibangkitkan.

Amie pinjam gambar dari Mr. Google sebab tidak dapat cari sudut yang sesuai untuk ambil gambar. Apabila berada di atas bangunan batu atau berjalan di lorong-lorong sempit memang sukar untuk fokus satu-satu tempat disebabkan baru pertama kali sampai dan juga tidak begitu pasti tempat-tempat penting yang perlu dirakam.

Apabila bercerita tentang Church of the Holy Sepulchre, sudah tentu teringat kembali kisah Khalifah Umar di sini: Lapisan-Lapisan Sejarah di Lorong-Lorong Baitulmaqdis

Selepas menerima kunci kota, Umar melawat Gereja Holy Sepulchre. Ketika waktu solat tiba, Sophronius menjemput beliau bersolat di dalam gereja. Umar menolak dengan sopan. Baginda berkata bahawa jika beliau bersolat di dalam gereja, orang Islam pada masa hadapan mungkin menjadikannya alasan untuk menuntut gereja itu sebagai masjid. Sebaliknya, baginda keluar dan bersolat di kawasan berhampiran. Di situlah kemudiannya dibina Masjid Omar.

Para pelancong dari negara lain sedang memasuki lorong memnuju ke Church of the Holy Sepulchre.

Christian Quarter tidaklah seluas yang dibayangkan. Lorong-lorongnya sempit, dinding-dindingnya dibina daripada batu kapur, dan jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain boleh ditempuh dalam beberapa minit. Namun di sebalik ruang yang kecil itu, tersimpan sejarah yang begitu besar.

Sebahagian daripada bahagian luar Church of the Sepulchre.

Bangunan batu yang menjulang dengan gerbang dan lengkungan berukir itu ialah sebahagian daripada kompleks Gereja Makam Suci. Seni binanya memperlihatkan lapisan sejarah yang panjang. Gereja asal dibangunkan pada zaman Maharaja Constantine pada abad ke-4 dan kemudiannya mengalami kemusnahan, pembinaan semula dan pengubahsuaian berulang kali. Jadi, apabila kita berdiri di hadapannya, sebenarnya kita sedang melihat sebuah bangunan yang menyimpan sejarah lebih daripada 1,600 tahun.

Bahagian luar bangunan yang sedang dipulihara.


Ini juga sebahagian daripada Church of the Holy Sepulchre. Kelihatan jelas kerja pemuliharaan pada bahagian atas bangunan.

Batu-batu besar berwarna keemasan dan gerbang yang penuh ukiran menjadikan tempat ini sangat istimewa. Puan mungkin perasan bahawa bangunannya kelihatan seperti berlapis-lapis dan tidak seragam. Itu kerana kompleks ini melalui pelbagai zaman pembinaan dan pembaikan.

Pintu dan Gerbang Batu Lama.

Bahagian ini menunjukkan seni bina lama gereja dengan lebih dekat. Tiang marmar, ukiran ibu tiang (capital), gerbang separuh bulat dan batu-batu besar semuanya memperlihatkan usia dan sejarah bangunan ini. Di sebalik dinding batu yang kelihatan sederhana, tersimpan seni bina yang begitu kaya. Setiap gerbang, tiang dan ukiran seakan-akan menjadi saksi kepada perjalanan panjang sejarah Baitulmaqdis.



Di hadapan pintu gerbang ini Mr. Hassan membawa kami menelusuri sejarah Church of the Holy Sepulchre.


Peserta rombongan memberi sepenuh perhatian penerangan yang disampaikan oleh Mr. Hassan.

Mosaik tentang pengebumian Jesus.

Sekarang kami melepasi gerbang pintu gereja. Mata tertumpu kepada lukisan mosaik. Mosaik ini menggambarkan peristiwa selepas penyaliban, termasuk persiapan jasad Jesus untuk dikebumikan. Ia berkait rapat dengan kisah dalam Yohanes 19:38–42, yang menceritakan bagaimana Joseph dari Arimathea meminta jasad Jesus daripada Pilate. Joseph bersama Nicodemus kemudian mengambil jasad itu, membalutnya dengan kain linen bersama rempah-rempah dan meletakkannya di dalam sebuah makam.


Pada mulanya Amie menyangka mosaik ini hanyalah sebuah lukisan atau gambar. Setelah diterangkan oleh Mr. Hassan, barulah faham perkara sebenar.

Stone of Anointing

Batu panjang berwarna kemerahan ini ialah Stone of Anointing, atau Stone of Unction -  Batu PengurapanIa terletak tidak jauh dari pintu masuk gereja. Dalam tradisi Kristian, di sinilah jasad Jesus diletakkan dan disiapkan untuk pengebumian selepas diturunkan dari salib. Di belakang batu inilah terdapatnya mosaik yang menggambarkan peristiwa tersebut.


Di dalam kompleks Church of the Holy Sepulchre, Mr. Hassan membawa kami menjejak tempat yang dalam tradisi Kristian dikenali sebagai Golgotha atau Calvary iaitu tempat Jesus dipercayai disalibkan. Amie tidak sempat ambil gambar Golgotha / Calvary. Di sini, batu-batu tua bukan sekadar menjadi dinding, tetapi seakan-akan menjadi saksi bisu kepada kisah yang telah diceritakan selama berabad-abad.

Menurut kisah dalam Injil, Jesus dibawa ke tempat yang dikenali sebagai Golgotha dan disalibkan di situ. Selepas kematiannya, jasadnya diturunkan dari salib dan disiapkan untuk pengebumian. Dalam tradisi Kristian, makamnya dipercayai berada tidak jauh dari tempat penyaliban tersebut. Sebab itu kompleks Church of the Holy Sepulchre begitu penting: ia merangkumi beberapa lokasi yang dalam tradisi Kristian dikaitkan dengan penyaliban, kematian, pengebumian dan kebangkitan Jesus.

Bagaimana pun, ini adalah tradisi dan kepercayaan Kristian mengenai lokasi tersebut. Dari sudut sejarah moden, lokasi tepat penyaliban dan makam Jesus tidak dapat dibuktikan secara mutlak.

Tulisan Yohanes 19:38-42

Yohanes 19:38–42 pada bahagian bawah tulisan. Petikan itu merujuk kepada pengambilan jasad Jesus, pengurapan dan pengebumiannya. Ayat terakhirnya menceritakan bahawa di tempat Jesus disalibkan terdapat sebuah taman dan di dalam taman itu ada sebuah makam baharu yang belum pernah digunakan.

Lorong dan tangga dalam gereja.

Suasana di dalam gereja agak suram, jadi tidaklah dapat merakam banyak gambar yang jelas. Agak bingung juga melhat pelbagai ikon di dalam gereja.

Ikon Keagamaan

Ini ialah salah satu daripada banyak ikon yang menghiasi ruang dalaman gereja. Kehadiran ikon, lampu minyak dan lilin sangat ketara dalam bahagian gereja yang berada di bawah pengaruh tradisi Kristian Timur.

Sekarang kami berada di ruang Chapel of St, Helena. Kelihatan tiang batu besar, lengkungan rendah, lampu gantung dan ikonografi Kristian Timur.Chapel of St. Helena, yang terletak di bahagian bawah Church of the Holy Sepulchre. Chapel ini mempunyai kaitan dengan tradisi bahawa Helena, ibu Maharaja Constantine, datang ke Baitulmaqdis untuk mencari peninggalan yang berkaitan dengan penyaliban Jesus. lampu-lampu kecil yang menyala memberikan suasana yang sangat hening dan penuh penghormatan dalam tradisi Kristian.

Lampu-lampu kecil yang menyala.



Pintu Kayu Lama

Pintu ini juga berada dalam kompleks gereja. Yang menarik ialah bagaimana pintu kayu itu kelihatan sangat sederhana berbanding kemegahan bahagian-bahagian lain. Dinding batu di sekelilingnya pula memperlihatkan lapisan usia bangunan.


Altar - tempat penghormatan dengan lilin.

Rotunda dan Aedicule

Kini kami berada di Rotunda (Anastasis), ruang berbentuk bulat di bawah kubah besar Church of the Holy Sepulchre. Struktur kecil yang kelihatan di sebelah kanan ialah Holy Aedicule, iaitu binaan yang menaungi makam yang secara tradisi Kristian dipercayai sebagai makam Jesus. Aedicule berada di tengah-tengah Rotunda

Ruang Ibadat dengan Ikon dan Lilin.

Gambar ini pula memperlihatkan dengan jelas kekayaan seni bina dan tradisi Kristian Timur dalam gereja, menggambarkan suasana ibadat.

Kelihatan ikon, lampu minyak, lilin dan hiasan yang sangat terperinci. Church of the Holy Sepulchre dikongsi dan diurus oleh beberapa tradisi Kristian, termasuk Greek Orthodox, Armenian Apostolic dan Roman Catholic, dengan bahagian serta hak penggunaan yang tersusun melalui aturan Status Quo.


Ruang tinggi dengan gerbang dan tiang.


Semakin jauh melangkah, semakin terserlah bahawa Gereja Makam Suci bukan hanya sebuah gereja, tetapi sebuah kompleks sejarah yang berlapis-lapis. Gerbang, tiang dan ruang-ruangnya membawa kami daripada satu zaman kepada zaman yang lain sesuai dengan usianya yang melebehi 1600 tahun.

Pintu Keluar

Dari ruang yang redup dan hening, kami melangkah keluar. Cahaya siang menyambut kami semula, seolah-olah mengingatkan bahawa perjalanan di Kota Lama Baitulmaqdis masih belum selesai.

Menara Gereja

Sebaik melangkah keluar dari gereja, sempat merakam gambar di atas  Gambar tersebut  ialah bell tower Church of the Holy Sepulchre, iatau menara loceng gereja.

Menara ini berada pada bahagian selatan kompleks dan merupakan salah satu ciri yang boleh membantu mengenal pasti gereja tersebut dari luar. Sumber rujukan mengenai gereja turut menyenaraikan bell tower abad ke-12 sebagai sebahagian daripada struktur utama kompleks.

Jadi gambar ini rasanya sangat sesuai dijadikan gambar penutup lawatan  kami di Church of the Holy Sepulchre.

Kembali ke lorong pasar.

Nah, di sinilah perjalanan kami berubah suasana!

Selepas keluar dari gereja, kami kembali ke lorong-lorong Kota Lama yang dipenuhi kedai. Barang-barang yang digantung di atas kepala dan lorong batu yang sempit itu sangat tipikal suasana pasar di Christian Quarter.

2 comments

  1. Cantiknya langit biru terang tanpa awan tu.
    Luas dan besar betul bangunan ni bila masuk ke ruang kubah besar tu. Ruang dalam dipenuhi cahaya yang malap-malap je.
    Mereka juga ada pemahaman yang berbeza ye.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah berpeluang menyusuri lorong berlapis sejarah warisan zaman

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

RESIPI AMIE - SAJI - OGOS 2017

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2015

RESIPI AMIE - AROMA - JANUARI 2013

RESIPI AMIE - AROMA - MEI 2014

RESIPI AMIE - JELITA - DISEMBER 2014

RESIPI AMIE - SAJI - MEI - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - JULAI 2015

RESIPI AMIE - IBU & ANAK - JULAI 2015

RESIPI AMIE - SAJI -OGOS - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2016

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2017

RESIPI AMIE - SAJI - FEBRUARI 2017

RESIPI AMIE - SAJI - JANUARI 2017

RESIPI AMIE -SAJI - MEI 2016

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Switzerland ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe