Sup Ayam Pencen
9:53 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pada suatu petang, tak ingat apa nama harinya.... ahaks! Seperti biasa balik dari ladang tentulah penat dan hendak ngorok. Jadi, minta khidmat bakti slow cooker untuk renih dengan wap setengah ekor ayam pencen yang dibelah empat. Kita masukkan sebiji bawang besar belah empat, tujuh ulas bawang putih masukkan bulat-buat, white fungus, cendawan shiitake, lobak merah, kurma merah dan hirisan halia muda. Tekan butang 'high" dan kita tinggalkan untuk merehatkan diri.
Selepas solat asar kita pun masuk dapur semula sebab aroma Sup Ayam Pencen sudah memanggil-manggil. Cukuplah tiga jam dalam slow cooker dan ayam tua yang keras kematu tadi sudah empuk sempurna. Kita tambahkan perasa sahaja dan tak sabar dengan hirup kuahnya yang manis-manis manja oleh kurma merah.
| Sup Ayam Pencen |
| Sup Ayam Pencen resipi janaan AI. |
Kita dah selalu sangat kongsi resipi Sup Ayam Pencen sampai orang jemu....hiks! Kali ini minta kawan kesayangan ramai , ChatGPT untuk jana infografik resipi Sup Ayam Pencen. kalau ada salah silap, maafkanlah dia sebb dia pun banyak kawan lain nak dilayan.
| Sup Ayam Pencen |
11 comments
Saya pernah makan sekali jer ayam pencen, itu pun masa zaman kecil dulu. Nampak sedap, sup yang kak Amie masak ni. Nak masak pun senang, lebur semua dalam slow cooker ye, kak.
BalasPadamSenang masak dalam slow cooker, masuk sekali harung. Kita boleh berehat.
PadamTak payah masukkan air ye Kak Amie? Menarik betul buat sup ayam macam ni 😃
BalasPadamMesti masuk air tapi jumlah air tak berkurang selama mana kita masak. Air jadi wap untuk bagi masak ayam tu.
Padamamie masak macam dekat restoran...nampak mengiurkan
BalasPadamAlhamdulillah. Masak camoak-campak dan tinggalkan.
PadamTadi nampak macam SA masak sup kaki ni lagi lah ayam pencen buat masak ungkep pun sodap.
BalasPadamSedappnya hirup kuah panas2 tu
BalasPadamSedapnya sup
BalasPadamLamanya tak masak sup ayam pencen, suka betul sup ayam pencen ni dia punya bau sup dia sedap betul
BalasPadamsedap nampak sup ayam pencen lama juga ambil masa masaknya
BalasPadam