Sup Kambing VS Sup Ikan Tenggiri
8:40 PTGJom tengok apa menu Amie kongsikan pada hari ini. Mana tahu boleh dijadikan idea untuk hidangan keluarga atau menu berbuka puasa esok, lusa dan seterusnya.
Amie masak Sup Kambing. Sebenarnya sebelum hari raya puasa tempoh hari, macam-macamlah Amie beli untuk dimasak ketika semua anak menantu beraya bersama. Sayangnya, masa bersama tidaklah lama. jadi, adalah beberapa bahan masakan yang tak sempat diolah kerana waktu itu hampir setiap hari samada siang atau pun malam, ada sahaja jemputan rumah terbuka raya.
Antara bahan yang tak sempat dimasak termasuklah lamb sank yang kononnya Amie hendak jadikan nasi arab lamb shank. Memandangkan sudah hampir menjelang Hari Raya Korban, jadi Amie pun masak sahajalah lamb shank itu. Sekali lagi minta jasa baik slow cooker untuk merenih lamb shank perlahan-lahan sehingga masak sempurna.
Encik Suami pula, awal-awal lagi sudah keluarkan ikan dan sayur sawi! Biasanya kalau melihat Amie sibuk, Encik Suami akan masak sendiri lauk ikan dan sayur rebusnya.
| Hidangan Tengah Hari / Malam / Berbuka |
| Sup Kambing |
| Sup Kambing dengan Roti Panggang. |
| Air Mata Kucing |
| Sup Ikan Tenggiri |
8 comments
Saya LGS buat plan nak ke warung sup kambing langganan saya dj JKT 😄😄❤️. Lihat buatan Kak Amie, memanglah menggoda selera sangaaaat ini.
BalasPadamTp sup ikan pun nampak meriah 😍😍. Ikannya juga tipe yg tebal. Pasti sedap dimakan saat panas
Supkambing ala-ala stew memang sedap Fanny. Meresap segala rasa.
PadamKak Amie nanti dah pencen boleh buka restoran ni, semua hidangan menggoda betul.
BalasPadamSy masak sup ayam semalam. Geng sup jugalah hihi
Hahaa... hobi main masak-masak boleh dimanfaatkan ye PH.
PadamX pernah masak sup kambing, selalu sy masak kari je.. teringin pulak nk try
BalasPadamSedap sup kambing. Cuba ye.
PadamDuh duh duh, bolat2 buah mata kucing tu. Tu buah mata kucing dalam tin atau mata kucing kering, sebab jarang jumpa yang masih bulat elok macam tu. Haa.. setuju dengan Fairuz, sup kambing tak sesuai makan dengan nasi lebih2 lagi teksturnya seperti stew, kan. Sedapnyaaaa.
BalasPadamTu bukan mata kucing. Tu buah longan kering. Mata kucing tu dalam lo han guo, larut dalam air. yang ajdi warna coklat tu.
Padam