Sup Ikan Salmon & Ayam Goreng Daun Kari

7:25 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Menu apa untyk hidangan keluarga di hari minggu?
Amie masak nasi lauk Sup Ikan Salmon dan Ayam Goreng Daun Kari. Sayurnya pula Pucuk dan Bunga Betik Tumis. Dilengkapi dengan sambal cili padi dan telur masin.

Hidangan Tengah Hari / Malam


Nasi Putih

Ayam Tangkap

Ayam Goreng Daun Kari ini Amie ambil inspirasi dari menu Ayam Tangkap, hidangan terkenal di Acheh. Sekembalinya dari Acheh pada September 2025 lalu, Amie cuba masak sendiri. Memang sedap Ayam Tangkap ini. Tadi Amie tercari-cari resipinya dalam entri lepas tapi tak jumpa. Mungkin Amie tidak tulis 'Ayam Tangkap' untuk tajuk entri. Amie pun ingat-ingat lupa bahan perencahnya. Jadi Amie gunakan perencah sendiri untuk memerapnya.  Ayam Goreng Daun Kari  ini jadi rebutan Fairuz dan Firdaus.

Resipi Ayam Goreng Daun Kari
Bahan-bahan:
  • 500 gram daging ayam bahagian sukuan peha - potong kecil
  • 10 tangkai daun kari - lurutkan
  • 1 helai daun pandan - potong kecil
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu besar jintan manis - tumbuk kasar
  • 1 sudu besar ketumbar biji - tumbuk kasar
  • garam / perasa pilihan
  • minyak untuk menggoreng tenggelam
Bahan tumbuk lumat / kisar:
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 cm halia
Cara memasak:
  1. Gaul daging ayam dengan serbuk kunyit, garam, peas asam jawa, jintan manis, ketumbar dan bahan kisar. 
  2. Perap seketika.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan
  4. Sebelum ayam goreng diangkat, masukkan dauk kari dan daun pandan.
  5. Apabila daun kari dan daun pandan berubah warna, angkat bahan gorengan dan toskan.


Lupa pula hendak belah telur masin!


Pucuk dan Bunga Betik Tumis



Resipi Sup Ikan Salmon ini Amie reka sendiri. Oleh kerana Encik Suami pesan kurangkan minyak dalam masakan, Amie tidak tumis bahan perencah sebaliknya Amie rebus semuanya. Seperti biasa, Amie akan masukkan tomato dan rebus terlebih dahulu bersama lobak merah sehingga tomato lembut dan mengeluarkan rasa sedikit masam manis serta warna. Untuk mengekalkan rasa manis ikan, Amie hanya bubuh sedikit sahaja pes asam jawa.

Resipi Sup Ikan Salmon
Bahan-bahan:

  • 2 kepingan ikan salmon - potong ikut citarasa
  • 2 biji tomato - potong 8
  • 1/2 batang hirisan lobak merah
  • 3 tongkol putik jagung - belah dua
  • 1 batang saderi - potong kecil
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 700 ml air
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Jerang air dalam periuk.
  2. Masukkan bahan tumbuk, tomato dan lobak merah serta saderi.
  3. Biarkan sehingga mendidih lobak merah empuk dan tomato lembut.
  4. Masukkan pes asam jawaikan salmon dan putik jagung.
  5. Biarkan masak selama 2 minit sahaja kerana isi ikan salmon lembut dan cepat masak.
  6. Taburkab garam / perasa pilihan.
  7. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

31 comments

  1. menu macam ni memang menyelerakan.

    BalasPadam
  2. Harapnya terhasillah ayam goreng macam Akk utk menu dinner nanti hihi

    BalasPadam
  3. sedap tgk sup ikan salmon..baisa salmon kita grill je

    BalasPadam
  4. sedap semua menu tksh kongsi resipi

    BalasPadam
  5. Boleh reka-reka sendiri resepi ni dah level lain ni!

    BalasPadam
  6. sup ikan salmon ye. tak penah mencuba. selalu masak kari je. tp pucuk n bunga betik tu buat rasa teringin la pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap juga salmon dimasak sup. Bunga betik pahit, tapi orang kata pahit-pahit ubat.

      Padam
  7. Saya ikan salmon tak buat sup tapi grill je. Cantik betul warna-warni masakannya. Nampak menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang biasanya salmon digrill. Selain sup, saya pernah masak asam pedas salmon.

      Padam
  8. Sup kayangan digandingkan dengan sayur kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Menyelerakan! Hirup sup panas-panas.

      Padam
  9. bole la try resepi ayam goreng daun kari tu nanti

    BalasPadam
  10. arwah mama dulu kalau goreng ayam pun gitu bahan-bahannya kecuali takde asam jawa dan daun pandan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arwah MIL mesti bubuh asam jawa sikit sewaktu perap ayam goreng.

      Padam
  11. Alhamdulilah menu yg nampak menyelerakan

    BalasPadam
  12. Ayam tangkap itu menu fav sayaaaa kalah ke restoran Aceh. Apalagi daun karinya suka saya makan begitu saja 😄.

    Aiiih liat sup salmon langsung kepengin saya. Biasa salmon masak grill macam steak. Ternyata menggoda juga dibuat sup begini 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus pun makan daun karinya tu.
      Ya, creativity masak sup supaya Encik Suami tidak jemu dan berselera makan.

      Padam
  13. Sangat2 hebat sajian ..terbaik blog dapur Ami'e

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Alhamdulillah, syukur ya Allah.

      Padam
  14. rare sungguh sup salmon.. selalu masak kari atau grill black pepper je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aoabila kena jaga diet Encik Suami dan kurangkan minyak, maka muncullah sup salmon.

      Padam
  15. Pucuk dan Bunga Betik Tumis tu sedapnya walaupun tak pernah makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pahit tu Mulan, tapi kalau biasa makan tak terasa sangat pahitnya.

      Padam
  16. sihat2 menu ni. ayam tangkap tu, macam version ayam goreng berempah pun iye jugak :D

    BalasPadam
  17. Menarik betul idea Kak Amie buat Sup Ikan Salmon tu. Biasa kita tengok orang grill atau goreng saja, tapi bila buat sup tanpa tumis macam ni, memang nampak lebih sihat dan 'clean'. Sesuai sangat untuk menu diet tapi tetap menyelerakan dengan rasa masam manis tomato tu..Bagus cara Kak Amie sesuaikan masakan untuk kesihatan Encik Suami. Teknik rebus semua bahan perencah sup tu memang cara terbaik untuk kurangkan minyak tanpa korbankan rasa. Kreatif sungguh Kak Amie dalam mempelbagaikan menu supaya tak jemu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe