Beli Nablus Pure Olive Oil Soap di Golden Bazzar
9:34 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dari Kompleks Bukit Zion, bas membawa kami ke Golden Bazzar. Langit mendung menurunkan lagi rintik-rintik hujan.
Apa ada di Golden Bazzar?
Jom kita tengok.
Amie tidak sempat ambil banyak gambar di sini kerana sibuk memilih fridge magnet serta souvenir lain untuk keluarga dan kawan-kawan. Jual beli dalam bentuk mata wang USD. Harga yang ditawarkan memang standard untuk harga pelancong.
Pelbagai gambar berbingkai yang cantik-cantik dijual di sini.
Kami dihidangkan dengan segelas teh herba panas.
Cantik bentuk karpet bulat ini.
Dalam banyak-banyak barangan di sini, Amie tumpukan perhatian ke arah barangan penjagaan diri terutama yang berasaskan minyak zaitun.
| Sabun minyak zaitun beraroma. |
| Di bahagian bawah sekali itulah sabun minyak zaitun yang Amie cari! |
| Ini dia sabun minyak zaitun yang Amie maksudkan iaitu Nablus Pure Olive Oil Soap. |
Kebetulan waktu itu ada potongan harga jika beli sekotak besar. Jadi tanpa fikir dua kali Amie beli sekotak yang mengandungi enam keping sabun minyak zaitun. Setiap keping seberat 125 gram.
Sebenarnya, masih teringat rasa terkilan sewaktu beli sabun minyak zaitun di Sepanyol. Belum puas pakai tapi sabun sudah habis.... ahaks! Jadi, sampai di Golden Bazaar memang terus beli. Biar menyesal beli, jangan menyesal sebab tak beli!
| Harga sekotak besar 40 USD bersamaan RM180.00. |
Alhamdulillah. Berbaloi sangat beli Nablus Pure Olive Oil Soap. Walaupun sabun ini boleh digunakan untuk wajah dan badan, tetapi Amie hanya gunakan untuk bahagian muka sahaja. Amie pun tak pasti sekeping sabun ini boleh tahan berapa bulan sebab sudah lebih dua bulan Amie pakai, tapi luaknya hanya sedikit. Puas hati gunakan di wajah kerana tidak menjejaskan kulit, malah kulit sentiasa rasa lembap!
Oh, sabun ini sabun asli minyak zaitun, tanpa sebarang aroma!
12 comments
Wow nice. Simple je skincare nya.
BalasPadamso far mcm mana dgn kulit muka kak amie lps pakai sabun ni? byk tak perubahan?
BalasPadamNampak menarik dan ekslusif souvenirs yg dijual di sini... Mesti banyak khasiat sabun ni kan. Olive ni bagus utk apa² saja In Sha Allah
BalasPadamsabun terbaik pelbagai guna tu mahal harganya
BalasPadamBelum pakai lagi sabun yang kak amie bagi tu sayang nak guna.
BalasPadamPackaging dia swmua nampak exclusive..memang sesuai untuk dijadikan buah tangan...
BalasPadamBagusnya, sabun tanpa pewangi dan organik.
BalasPadamingat kan tak puas pakai sebab apa.. rupanya sebab dha habis...mesti seronok pakai tu, sampai beli banyak terus
BalasPadamRambang mata tengok semua souvenirs nya. Memang best sabunnya ye Amie buat kulit halus dan lembap begitu ke? Berbaloi beli banyak sekaligus udah alang-alang ada sale dan Amie pun memang pakai
BalasPadamAiiiih saya pun akan tergoda jika melihat body care dari olive oil nih kak 😍😍😍Krn khasiat nya memang baguus sangat di kulit .
BalasPadamAlang² jalan jauh dan khasiatnya bagus, beli bagi puas hati.
BalasPadamMemang banyak barang penjagaan badan berasaskan minyak zaitun kan, bestnya kalau dapat beli banyak2
BalasPadam