Beli Nablus Pure Olive Oil Soap di Golden Bazzar

9:34 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Dari Kompleks Bukit Zion, bas membawa kami ke Golden Bazzar. Langit mendung menurunkan lagi rintik-rintik hujan.

Apa ada di Golden Bazzar?
Jom kita tengok.



Amie tidak sempat ambil banyak gambar di sini kerana sibuk memilih fridge magnet serta souvenir lain untuk keluarga dan kawan-kawan. Jual beli dalam bentuk mata wang USD. Harga yang ditawarkan memang standard untuk harga pelancong.


Pelbagai gambar berbingkai yang cantik-cantik dijual di sini.


Kami dihidangkan dengan segelas teh herba panas. 






Cantik bentuk karpet bulat ini.






Dalam banyak-banyak barangan di sini, Amie tumpukan perhatian ke arah barangan penjagaan diri terutama yang berasaskan minyak zaitun

Sabun minyak zaitun beraroma.


Di bahagian bawah sekali itulah sabun minyak zaitun yang Amie cari!

Ini dia sabun minyak zaitun yang Amie maksudkan iaitu Nablus Pure Olive Oil Soap.


Kebetulan waktu itu ada potongan harga jika beli sekotak besar. Jadi tanpa fikir dua kali Amie beli sekotak yang mengandungi enam keping sabun minyak zaitun. Setiap keping seberat 125 gram. 

Sebenarnya, masih teringat rasa terkilan sewaktu beli sabun minyak zaitun di Sepanyol. Belum puas pakai tapi sabun sudah habis.... ahaks! Jadi, sampai di Golden Bazaar memang terus beli. Biar menyesal beli, jangan menyesal sebab tak beli!

Harga sekotak besar 40 USD bersamaan RM180.00.


Alhamdulillah. Berbaloi sangat beli Nablus Pure Olive Oil Soap. Walaupun sabun ini boleh digunakan untuk wajah dan badan, tetapi Amie hanya gunakan untuk bahagian muka sahaja. Amie pun tak pasti sekeping sabun ini boleh tahan berapa bulan sebab sudah lebih dua bulan Amie pakai, tapi luaknya hanya sedikit. Puas hati gunakan di wajah kerana tidak menjejaskan kulit, malah kulit sentiasa rasa lembap!

Oh, sabun ini sabun asli minyak zaitun, tanpa sebarang aroma!

12 comments

  1. Wow nice. Simple je skincare nya.

    BalasPadam
  2. so far mcm mana dgn kulit muka kak amie lps pakai sabun ni? byk tak perubahan?

    BalasPadam
  3. Nampak menarik dan ekslusif souvenirs yg dijual di sini... Mesti banyak khasiat sabun ni kan. Olive ni bagus utk apa² saja In Sha Allah

    BalasPadam
  4. sabun terbaik pelbagai guna tu mahal harganya

    BalasPadam
  5. Belum pakai lagi sabun yang kak amie bagi tu sayang nak guna.

    BalasPadam
  6. Packaging dia swmua nampak exclusive..memang sesuai untuk dijadikan buah tangan...

    BalasPadam
  7. Bagusnya, sabun tanpa pewangi dan organik.

    BalasPadam
  8. ingat kan tak puas pakai sebab apa.. rupanya sebab dha habis...mesti seronok pakai tu, sampai beli banyak terus

    BalasPadam
  9. Rambang mata tengok semua souvenirs nya. Memang best sabunnya ye Amie buat kulit halus dan lembap begitu ke? Berbaloi beli banyak sekaligus udah alang-alang ada sale dan Amie pun memang pakai

    BalasPadam
  10. Aiiiih saya pun akan tergoda jika melihat body care dari olive oil nih kak 😍😍😍Krn khasiat nya memang baguus sangat di kulit .

    BalasPadam
  11. Alang² jalan jauh dan khasiatnya bagus, beli bagi puas hati.

    BalasPadam
  12. Memang banyak barang penjagaan badan berasaskan minyak zaitun kan, bestnya kalau dapat beli banyak2

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe