Oleh-Oleh Portugal di Tepi Sungai Tagus

12:19 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Berjalan di tepi Sungai Tagus memang ada auranya yang tersendiri. Angin sejuk dari laut, pemandangan Ponte 25 de Abril, jambatan merah yang megah yang berbalam-balam hilang warnanya dilindungi kabus, bunyi ombak yang tenang dan deretan gerai kecil yang penuh warna-warni membuatkan langkah terasa ringan. Ini tempat wajib singgah, bukan sahaja untuk bergambar. Di sinilah kami mengambil kesempatan meninjau gerai kecil warna-warni, memilih oleh-oleh kenangan Portugal daripada magnet azulejos biru putih, patung ayam Galo de Barcelos, hingga beg tangan gabus yang unik. Setiap satu seolah-olah menyimpan cerita kecil tentang Lisbon dan budaya Portugis yang tak mungkin dilupakan.


Mbak Watie mengingatkan kami supaya berhati-hati ketika berada di kawasan ini. Katanya di sekitar Belem terdapat banyak aktiviti pickpocket! Bagaimanapun di Portugal terutamanya di bandar Lisbon, kejadian pickpocket lebih rendah berbanding negara lain di Eropah seperti Barcelona di Sepanyol, Paris di Perancis dan Itali. Teringat tahun 2024. hari pertama sampai di Milan, Itali salah seorang peserta rombongan kehilangan sebanyak RM10,000 dalam bentuk mata wang Euro, USD dan Lira (Turki).

Dan paling buruk kejadian yang menimpa Amie sendiri, kehilangan semua mata wang Lira ketika berada di Turkiye. Boleh baca di sini:


Walaupun berlaku kes pickpocket (pencopet) di Lisbon, terutama di kawasan pelancongan yang sesak, tetapi tidak perlu risau sangat kerana selagi berjaga dan berhati‐hati. Namun begitu sebenarnya malang itu tidak berbau.

Kata Mbak Watie, Lisbon dianggap bandar yang relatif selamat secara keseluruhan, tetapi jumlah pelancong yang meningkat telah menyebabkan lebih banyak peluang kepada pencopet.  Kawasan tumpuan pelancong seperti Baixa, Alfama, Belém, stesen metro yang sibuk, dan Tram‐28 sangat terkenal menjadi hotspot untuk kes‐kes kecil seperti beg dibuka, dompet dan telefon dicuri. Namun begitu jenayah paling kerap berlaku di Lisbon ialah pickpocket atau copet. 

 Pengalaman lalu mengajar kami agar lebih berhati-hati:
  • Gunakan beg yang berzip dan disimpan di depan badan, bukan di belakang.
  • Elakkan simpan barang berharga di poket belakang seluar.
  • Apabila naik tram atau metro yang sangat sesak, pegang beg rapat ke badan.
  • Jangan lalai dengan telefon atau dompet semasa melihat peta atau menu di luar restoran kerana orang boleh menggunakan distraksi. 
  • Simpan pasport, kad kredit tambahan di tempat selamat seperti beg dalam pakaian.


Dari Torre de Belem melalui tepi Sungai Tagus sudah terlihat pemandangan di gerai-gerai cendera kenangan di seberang jalan.



Jom kita dekati gerai-gerai cenderamata ini. Agak-agak ada tak persamaan atau perbezaan dengan gerai cendera mata di tempat kita.

Antara persamaan gerai cendera mata di Portugal dengan negara kita termasuklah:
  • Jual barang kecil sebagai kenangan untuk pelancong.
  • Harganya ada yang murah  seperti keychain dan magnet dan ada juga yang mahal  seperti kraf tangan asli dan pakaian.
  • Barang yang dijual biasanya menggambarkan budaya tempatan sebagai identiti negara.


Perbezaan jenis barang:
  • Di Portugal terdapat  magnet azulejos iaitu jubin biru putih, patung Galo de Barcelos iaitu ayam jantan Portugal, produk gabus seperti beg, topi, dompet, azulejos kecil dan mini botol port wine. Bahan dan rekaannya lebih banyak gunakan gabus atau cork, kerana Portugal pengeluar terbesar bahan tersebut.
  • Di negara kita ada keychain wau, kain batik atau songket, kraftangan kayu, gula melaka, teh Sabah, minyak gamat, keropok ikan dan pelbagai macam lagi. Cendera mata kita lebih banyak gunakan kain seperti batik dan songket serta kayu dan rotan.

Lokasi gerai cendera mata:
  • Di Portugal, banyak gerai cenderamata tertumpu di kawasan pelancongan utama seperti Lisbon – Baixa, Belém, Alfama, Porto Ribeira dan  bandar lama Algarve.
  • Di negara kita pula, biasanya di pasar malam, pasar tamu, pasar seni seperti Central Market Kuala Lumpur dan juga di  Pasar Filipina Sabah.

Harga dan gaya jualan:
  • Di Portugal, harga lebih tetap dan kurang tawar-menawar, lebih boutique style walaupun di gerai kecil. Dengan kata lain : HARGA MATI!
  • Di negara kita, tawar-menawar lebih biasa, suasana lebih pasar, meriah dan mesra.
Antara Portugal dan Malaysia, ada vibe oleh-oleh pelancong tetapi identiti budaya dan jualannya sangat berbeza.



Kami tidaklah mempunyai banyak masa untuk membelek dan memilih cendera mata. Asalkan harga mampu bayar dan berkenan di mata terus rembat dan bayar. Kalau hendak berlama-lama memang kena tinggal bas! Namun begitu kena juga berhati-hati sebelum membeli sebab selalu terkena barang yang dibeli MADE IN CHINA!

Kalau mengembara secara DIY dan tidak ikut agen, bolehlah:
  1. Banding harga dulu.
    Jangan terus beli di gerai pertama. Kadang-kadang magnet atau keychain yang sama rekaannya boleh beza harga antara satu gerai dengan gerai lain.

  2. Cari di luar kawasan paling popular.
    Di sekitar Belém dan Baixa (Lisbon), harga selalunya lebih mahal kerana ramai pelancong. Cuba masuk sedikit ke lorong-lorong kecil atau kawasan yang kurang sesak, harganya lebih mesra poket.

  3. Beli dalam kuantiti.
    Ada peniaga yang beri diskaun kalau beli lebih daripada satu. Contohnya, 1 magnet €3 tapi kalau beli 4, hanya €10. Sesuai kalau hendak bagi oleh-oleh untuk kawan atau keluarga.

  4. Pilih produk tempatan sebenar.
    Sesetengah souvenir murah sebenarnya dibuat di luar Portugal. Kalau hendak yang lebih asli, perhatikan label “Made in Portugal”. Walaupun sedikit mahal, kualitinya lebih tahan lama dan bernilai.

  5. Jangan takut masuk kedai kecil.
    Selain gerai tepi sungai, kedai-kedai kecil di kawasan Alfama atau Bairro Alto kadang-kadang jual barang unik dengan harga lebih baik, termasuk hasil tangan tempatan.

  6. Tetapkan bajet.
    Senang terjebak bila nampak semua barang cantik. Elok tetapkan bajet siap-siap, contohnya €20 untuk souvenir di satu-satu tempat.

Pelbagai magnet azulejos, jubin biru putih yang cantik.

Dari sekolah rendah sudah terbiasa dengar perkataan Lisbon dalam mata pelajaran sejarah. Sampai di Lisbon jumpa pula perkataan Lisboa dan Lisbonne membawa maksud yang sama.


Harga cendera kenangan pula bergantung pada barang. Magnet dan keychain biasanya antara €2 hingga €5, manakala beg gabus boleh mencecah puluhan euro, bergantung pada kualiti. Berbeza dengan suasana pasar di negara kita yang meriah dan penuh tawar-menawar, di Lisbon harganya lebih tetap, walaupun senyuman mesra peniaga tetap ada.

Berjalan dari satu gerai ke gerai lain sambil menikmati pemandangan Sungai Tagus membuatkan pengalaman membeli souvenir di sini terasa lebih santai dan berharga. Setiap barang yang dibawa pulang bukan sekadar oleh-oleh, tapi juga secebis kenangan indah dari bumi Portugal.



Inilah sahaja gambar dan kenangan dalam keadaan kalut memilih cendera kenangan, mengabadikan gambar dan mengejar waktu! Bas warna biru sudah menunggu kami di tepi jalan.


Ke mana pula kami dibawa oleh bas biru selepas ini?

3 comments

  1. Banyaknya ole2. Rambang mata nak pilih tu. Beli fridge magnet boleh buat collection.

    BalasPadam
  2. Kak ana tengok macam ala-ala Morocco pun ada design FM dan cap tu Amie, seronoknya shopping ole-ole kat sana , pelbagai pilihan dan cantik-cantik semuanya :)

    BalasPadam
  3. Cantiknya barang2 cenderahati di Lisbon. Kalau saya kat situ rambang mata dibuatnya. Allahu... banyak tu RM10k lesap hari pertama pulak tu. Mesti hilang mood nak bercuti2 lepas tu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe