Cerita Yang Tak Seronok Untuk Didengari.

8:41 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Sambungan cerita yang belum selesai dari sini: 
Sehingga ke saat ini masih terasa hairan bagaimana mata wang LIRA boleh lenyap tanpa kesan. Masih terasa geram, sakit hati dan malu dengan layanan pihak hotel dan polis. Memang pada mulanya hendak buka mulut beritahu TLM, tidak perlulah buat laporan di balai polis kerana ketegangan yang berlaku di kaunter hotel. Petugas di kaunter dengan suara keras mengatakan bahawa perkara sekecil ini akan menjadi lebih besar kerana melibatkan pengurusan hotel. Katanya lagi, pihak hotel tidak mungkin dapat mencari wang yang hilang itu.

TLM menegaskan, kami bukan minta pihak hotel cari wang yang hilang, tetapi minta pihak hotel carikan teksi supaya kami boleh membuat laporan di balai polis!

Akhirnya petugas kaunter menelefon teksi. Lucy dan Nancy menghantar kami ke pintu hotel apabila terlihat sebuah teksi berhenti di hadapan tangga hotel. Jarak hotel dengan balai polis yang dituju sejauh 5.2 kilometer. Setelah sampai di hadapan balai polis, dengan menggunakan bahasa 'ayam' dan 'itik' pemandu teksi meminta kami bayar 30 EURO. Katanya dia akan menunggu kami sehingga selesai urusan di balai polis.  Ketika itu duit EURO Amie tidak sampai 30, dan hanya duit LIRA yang Kamsiah pinjamkan sebanyak 1200 sahaja yang ada. Tiba-tiba Kamsiah beritahu Nancy sempat berikan kepadanya 50EURO dengan pesanan gunakanlah, mana tahu diperlukan semasa urusan ke balai polis. Allahu Akbar! 

Kamsiah hulurkan 50EURO kepada pemandu teksi, tetapi katanya dia tidak ada tukaran wang untuk kembalikan 20EURO. Katanya lagi, biarlah kami selesaikan urusan di balai. Dia akan menunggu di situ. TLM kata akan ambil gambar teksinya kerana takut kami akan ditipu. 50EURO itu besar nilainya bagi kami. Perjalanan sejauh 5.2 kilometer saja pemandu teksi sudah kenakan bayaran 30EURO. Hendak bertekak, tempat orang pula! Malam itu malam terakhir kembara kami, dan sudah tentulah sudah tidak banyak wang lagi yang kami ada. Setelah TLM ambil gambar teksinya, kami bergerak masuk ke pintu balai polis. Aduhai, kami terpaksa melalui imbasan. 

Pada masa yang sama rupanya pemandu teksi tadi ikut kami dari belakang. Polis (seorang wanita) pula tidak tahu berbahasa Inggeris. Pemandu teksi yang faham sepatah dua bahasa Inggeris beritahu kami bahawa dia akan bantu dengan voice translate google. Jadi berkomunikasilah TLM dengan polis wanita tadi dengan perantara pemandu teksi menggunakan voice translate google di telefonnya.

Menurut pemandu teksi tadi, kami diarahkan untuk membuat laporan di cawangan lain!


Maka kami naik semula teksi dan dibawa ke balai polis yang berikutnya. Mungkin ibu pejabat, sebab bangunannya lebih besar dengan kawalan lebih ketat. Kami melalui beberapa pintu, beg dan telefon perlu diimbas. 

Sewaktu kami tiba di kaunter, kelihatan beberapa orang anggota polis sedang minum (mungkin teh) dan ada yang merokok sambil bercakap-cakap. Mereka juga tidak boleh berbahasa Inggeris. Sekali lagi pemandu teksi membantu percakapan kami dengan menggunakan voice translate. Kami berbahasa Melayu / Inggeris, diterjemahkan ke dalam bahasa Turki.

Pemandu teksi menerangkan kepada kami, polis tidak berminat melayani kes ini. Katanya lagi, mata wang LIRA tidak mempunyai nilai yang tinggi. Lagi pun wang yang hilamng itu jumlahnya sedikit tidak sampat 100,000LIRA!

TLM dan pemandu teksi (memegang telefon) di balai polis.

Tukaran mata wang asing (1).

Memang kita rasa malu sungguhlah sebab nilai wang yang hilang itu kecil, jadi mereka tidak mahu layan. Pada ketika itu kita keluarkan bukti resit memang ada membuat tukaran wang asing di KLIA. Resit itu kita lekatkan di dalam buku nota yang kita sentiasa simpan dalam beg sandang. Kita buat dua kali tukaran dengan jumlah keseluruhan 2117LIRA. Jumlahnya memang tidak banyak kerana kami hanya berada di Istanbul untuk dua malam terakhir sebelum terbang ke Kuala Lumpur.

Tukaran mata wang asing (2).

Setelah ditunjukkan resit tukaran mata wang asing, barulah polis tersebut bersetuju untuk mengeluarkan surat seperti di bawah. Sabar sajalah menunggu laporan ditulis. Kita berdiri di kaunter menjawab segala pertanyaan berkaitan maklumat diri dalam  passport sambil sesekali terhidu asap rokoknya!  Antara yang Amie masih ingat ialah pertanyaan tentang Selangor itu apa. Amie jawablah sebagai contohnya seperti Cappadocia di Turkiye. Sambil menulis sambil tertawa tak henti-henti pula. Mungkin masih tertawakan jumlah LIRA yang sedikit itu!


Hampir pukul 10:00 malam, dapatlah sehelai surat laporan seperti dalam gambar di atas. Dalam perjalanan pulang ke hotel, pemandu teksi meminta tambahan 10EURO lagi kerana katanya telah membantu kami. Rupanya 50EURO itu tidak cukup. Amie beritahu kami sudah tidak ada mata wang EURO. Yang ada hanya 200LIRA dan 5EURO sahaja. Sebenarnya masih ada baki EURO tetapi memikirkan pemandu teksi cuba mengambil kesempatan, terpaksalah bohong sunat. 

Sebelum kami turun dari teksi, pemandu teksi minta halalkan semua duit yang diberikan kepadanya. Eh, kenapa minta halal pula? Dah itu yang dia minta. Kami pula tak mahu cari gaduh di negara orang, serahkan sajalah. 

TLM mengingatkan supaya setelah balik LD, nanti terus uruskan tuntutan di tempat beli travel insurance.

Resit bayaran insuran perjalanan.


Dipendekkan cerita, setelah balik ke LD Amie pun pergilah ke pejabat tempat beli insuran perjalanan ke Europe.


Pada mulanya, petugas di situ beritahu boleh dapat tuntutan RM1,000 seperti yang tertera di dalam borang. Akan tetapi dia meminta kepastian terlebih dahulu dari bossnya samada boleh diluluskan atau sebaliknya.


Setelah berbincang dengan bossnya, petugas tersebut kemudiannya memberitahu:
  • Duit kamu hilang bukan dirompak.
  • Tiada bukti beg kamu kena toreh.
  • Kami tidak faham laporan dalam bahasa Turki yang ditulis polis Turki.
Allahu Akbar!
Amie mesej TLM ( Tour Leaders Malaysia) beritahu tuntutan ditolak atas alasan di atas.

TLM: Itulah insuran ni... mengelak dengan terma-terma mereka.

Amie : Tak apalah. Pengajaran untuk saya. Yang ambil duit saya tu, saya halalkanlah. Bukan rezeki saya.

TLM: Semoga atas kesabaran dan redha dengan ujian ini Allah mengurniakan ganjaran dan pahala serta digantikan dengan yang lebih baik. Amin.

Amie : Amin ya Allah.

Walaupun nilai wang yang hilang jumlahnya kecil, dan hanya kes terpencil tetapi bagi Amie pengajaran yang dapat dipungut sangatlah besar harganya! Sekurang-kurangnya ia menjadi satu pengalaman yang sangat mahal sepanjang tempoh kembara. Di situlah kita dapat menilai budi serta layanan pihak polis di negara orang dan layanan pihak agen insuran di negara sendiri.

16 comments

  1. sedihkan bila deal dengan insurans nih ada sahaja alasan untuk mengelak tuntutan.. tak pe lah Amie, alhamdulillah semuanya selamat itu lebih penting kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Alhamdulillah hanya hilang duit saja. Yang penting semuanya selamat.

      Padam
  2. hurmmm betul tu rasa sedihnya bila kita dpt layanan mcm tu.. sudahlah kita di negara org, kekangan dr segi bahasa lagi, bila pulang ke negara sendiri, mcm tu pula rupanya aduhai.. moga Allah beri ganjaran lebih baik asbab kehilangan ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan, jadi pengajaran pada masa akan datang.

      Padam
  3. Sedih pedih macam-macam perasaan ada kan kak masa tu. Mentang-mentangla tak besar mana wang tu dia boleh gelakkan lak ya. Aduhla dugaan kan kak, takkan semua yang manis kadang ada juga yang pahitnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula memang rasa hendak abaikan saja perkara itu. Setelah difikir semula elok jugalah jadikan sebagai pengalaman, lihat bagaimana prosesnya hingga ke akhir.

      Padam
  4. Kak Amie, semoga nantinya diberi ganti yg lebih baik lagi yaa 🤗🤗.

    Tapi jujur saya banyak dpt pelajaran dari case kakak. Ttg penjagaan uang cash saat traveling, cara utk klaim yg perlu surat dari kepolisian setempat, dan kalo bisa dlm BHS inggris berarti yaa. Atau boleh kita translate pake authorised dan licensed translator?

    Lesson lainnya, ttg travel insurance yg memang suka memakai segala cara utk tidak membayar.

    Sayangnya saya msh setia pakai travel insurance tiap kali bepergian. Tp memang yg saya protect lebih kepada kalo pesawat delay atau cancel. JD tak rugi banyak.

    Selama ini tak terlalu pikirkan kalo uang hilang. Tp memanglah hrs kita jaga sangat barang2 pribadi ketika traveling.

    Juga saya akan pastikan tiap beli insurance travel ttg cara klaim kalo uang hilang. Kalo dicuri diam2 seperti uang kakak, bagaimana lagi nak buktikan supaya mereka mau ganti kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain memperoleh pengalaman bagaimana proses mengurus kes kehilangan wang, terpenting ialah pengajaran supaya lebih berhati-hati. Sayangnya, setiap kejadian malang memang tidak berbau! Apa pun cerita ini diharapkan dapat dijadikan pengajaran juga oleh traveller yang lain.
      In syaa Allah, musibah ini akan mendapat ganti yang lebih baik daripada-Nya.

      Padam
  5. Semoga Allah ganti yang lebih baik.
    Memang kalau tengok premium insurance yang dibayar ada benefit personal money tapi kita pun tak pasti cara bagaimana yang ia boleh dituntut dan tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah. Yang baik itu datang dari-Nya, yang sebaliknya itu dari diri kita sendiri.
      Kata agen insuran, mereka tak pernah terima kes kecurian wang ... entahlah.

      Padam
  6. Moga Allah gantikan dengan yg lebih baik buat Kak Amie, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

    BalasPadam
  7. lepas baca cerita duit kak amie tu, beberapa hari juga laa sy dok fikir... mcm mana boleh hilang tanpa kesan. professional sgt ke pencuri tu buat kerja terkutuk ni? sungguh... sy x dpt nak cerna perbuatan ni...
    dan kisah ni...sy x tau laa nak kata apa... betul laa org cakap. di kala susah mmg x ramai yg tolong. mcm2 alasan utk larikan diri...kalau sy di tmpt akk...mesti murung berminggu2...

    semoga Allah gantikan yg terbaik utk kak amie. x kisah laa pihak mana yg menganiaya...lambat laun akan terima balasan jg walaupun kak amie dah halal dan maafkan mrk...

    BalasPadam
  8. Itulah Anies, tour guide kami kata pencuri di sini terutamanya di Itali ada 'Ph.D'. Memang licik dan profesional kerja mereka. Saya redha dan berlapang dada, yang penting passport saya tidak hilang dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.Alhamdullah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe