Mata Wang LIRA Memang Sudah Hilang!

3:29 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambungan catatan perjalanan : PAGI YANG PAHIT DI ISTANBUL!

Sebelum menaiki bas, Amie sempat beritahu Tour Leader Malaysia (TLM) tentang kehilangan duit LIRA. 

TLM tanya : Puan ada beli travel insurance tak?

Ya, saya memang beli travel insurance.
Nanti kita buat laporan di balai polis. Balik Sabah nanti, bolehlah puan buat tuntutan kecurian wang.

Kita tarik nafas panjang mendengar kata-kata TLM.

Ramai rakan rombongan mendekati dan bertanya:

Macamana duit boleh hilang?
Letak duit di mana?
Siapa yang ambil?
Berapa banyak hilang duit?
Di mana letak beg sampai boleh hilang duit?

Dua soalan sahaja yang boleh Amie jawab : 

  • Semua mata wang Turkiye  hilang sebanyak 2775 LIRA.
  • Beg sentiasa bersama saya sepanjang waktu.

Ada soalan lain:

Ada benda lainkah yang hilang dalam beg?
Bila kali terakhir perasan duit itu hilang?
Bila kali terakhir memeriksa beg?

Jawab Amie:

Tidak ada benda lain yang hilang melainkan mata wang LIRA itu sahaja yang hilang. Saya letak dalam dua sampul untuk perbelanjaan dua hari di Istanbul.

Kali terakhir perasan hilang pagi tadi. Selepas sarapan, naik ke bilik dan buka beg untuk melihat sampul berisi mata wang LIRA. Tapi kedua-dua sampul tersebut tidak ada.

Kali terakhir memeriksa beg, sewaktu berada di Sofia. Seperti biasa Tour Guide Bosnia memberi peringatan supaya memeriksa duit dan passport. Memang kedua-dua sampul tersebut masih ada di dalam beg.

Beberapa persoalan turut diutarakan :

  • Kenapa hanya ambil mata wang LIRA?
  • Kenapa tidak ambil mata wang EURO?
  • Nilai emas lagi lebih tinggi, kenapa tidak ambil emas?

Ketika duduk di dalam bas, sekali lagi meraba-raba beg sandang. Mana tahu tiba-tiba sampul berisi LIRA tiba-tiba ada dalam beg! Yang ada dalam beg:

  • Sampul berisi mata wang EURO - baki duit poket sepanjang berada di Balkan - ada 135 EURO dan beberapa keping duit syiling 1 dan 2 EURO.
  • Barang kemas berupa dua gelang tangan dan tiga bentuk cincin - nilainya lebih 15K. Barang kemas ini Amie letakkan di ruang poket beg yang sama tempat dua sampul berisi mata wang LIRA.
  • Telefon bimbit.
  • Passport Malaysia
  • Dompet berisi kad pengenalan dan kad-kad lain serta mata wang RINGGIT MALAYSIA.
  • Tisu kering dan tisu basah.
  • Buku catatan perjalanan dan sebatang pen.
  • Biskut dan kacang.
Syukurlah masih ada baki EURO. In syaa Allah boleh digunakan dan kalau tidak boleh, kenalah cari tempat tukar wang asing. 135EURO bersamaan dengan RM760.05, dan lebih kurang sama nilainya dengan tukaran wang ke LIRA yang sudah hilang itu.

Mata wang EURO.


Seperti biasa kalau travel, Amie akan bahagikan wang poket mengikut jumlah hari. Kalau lapan hari, ada lapan sampul berisi wang untuk kegunaan setiap hari.

Setelah puas memikirkan bagaimanakah wang LIRA boleh hilang dari dalam beg, akhirnya Amie terfikir apabila Kamsiah mengatakan sesuatu:

Cuba ingat semula pernah tak beg diletakkan berjauhan?

Dan Amie pun terbayang, kali terakhir beg diletak di sebelah kaki sewaktu menunaikan solat di Masjid Fatih Sultan Mehmet.

Kamsiah merumuskan : Mungkin sewaktu sujud (sujud sahwi) ada seseorang yang ambil kesempatan untuk membuka beg. 

Amie juga tidak menolak kemungkinan tersebut. Lagi pula, sewaktu solat Amie selalunya mengambil tempat yang agak ke belakang. Kalau Amie solat di bahagian hadapan dan letakkan beg di depan sejadah mungkin tidak ada yang berani usik beg Amie. Oh, itu hanya sangkaan sahaja. Duit hanya disedari hilang sewaktu berada di dalam bilik ketika hendak memeriksanya.

Hurrrmmm!
Terlintas juga keluhan di hati, kenapalah duit hilang di saat-saat akhir kita perlu. Wang tersebut hendak digunakan untuk dua kali makan tengah hari di Istanbul. Siapalah yang mengambilnya. Sampainya hati buat aniaya ke atas musafir seperti diri ini. Ya Allah!

1200 LIRA

Kamsiah menawarkan mata wang LIRAnya sekiranya Amie perlu. Katanya, mata wang EUROnya juga masih berbaki. Pada mulanya Amie rasa tidak perlu kerana memikirkan Amie masih ada baki mata wang EURO. Namun begitu, akhirnya Amie terima juga memandangkan sudah datang jauh-jauh begini, nanti ada sesuatu yang berkenan di hati kalau tak beli menyesal pula. Jadinya, Amie pinjam sebanyak 1200 LIRA dari Kamsiah.

Amie bercerita dengan peserta yang kehilangan wang bernilai 10K :HARI PERTAMA DI MILAN, HILANG WANG BERNILAI RM10K! Sama-samalah kami melepas perasaan, dengan rasa hairan masih tertanya-tanya bagaimana wang kami boleh hilang begitu sahaja dari dalam beg. Bezanya duit beliau begitu banyak jumlahnya, dan hilang pada hari pertama tiba di Itali. Amie pula jumlahnya tidaklah seberapa, sekadar cukup untuk duit poket selama dua hari dan hilangnya pula pada hari kedua akhir sebelum pulang ke tanah air!

9 comments

  1. Allahu..kesiannya Kak Amie..sekarang ni x kira kat mana pun..dalam masjid pun duit boleh hilang kan...

    BalasPadam
  2. Hilang jugak ya Kak Amie. Moga Allah gantikan dengan yg lebih baik. Aamiin

    BalasPadam
  3. sy baca dgn harapan duit ditemui sblm noktah terakhir... tapiiiii...
    sy faham kak rs kehilangan tu wpn sy bkn hilang duit ms berada di luar negara. ia merentap seluruh perasaan sambil terselit perasaan bersalah pd diri sendiri...

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkan urusan akak... Moga Allah gantikan dengan yg lebih baik. Aamiin

    BalasPadam
  5. Aduhai.. Boleh pulak dipilih2 nak ambil yang mana je...
    Sedih dan geram bila membacanya nie

    BalasPadam
  6. Pertanyaan "siapa yang ambil?"... sukar dijawab 😫

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tahu siapa yang ambil, senanglah ceritanya kan, haishhh!

      Padam
  7. Macam banyak sangat tak logiknya Kak Amie. Banyak pulak kesempatan yg ada untuk membuka beg dan mengambil dua sampul sahaja ketika mangsa solat. Lebih baik dia angkat terus dengan beg Kak Amie sekali. Sejak baca kisah Kak Amie hilang duit, semua persoalan tu dah terbayang di benak saya. Sangat tidak logik. Mungkin toyol la agaknya, toyol tu pulak toyol yg tahu mata wang lira sahaja agaknya.

    BalasPadam
  8. Semoga Allah ganti dengan yg lebih baik ya kak 🤗🤗. Ntahlah bagaimana uang itu bisa hilang. Namanya bukan rezeki, mau seperti apapun kita berpikir, memang tak akan ketemu. Tapi jika memang diambil orang, tak akan berkah uang itu buat dia.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe