Hari Pertama di Milan, Hilang Wang Bernilai RM10K!
10:48 PGDan nilai RM10K dalam bentuk mata wang EURO, USD dan LIRA memang benar-benar hilang! Ditambah lagi : Kad Pengenalan! Namun begitu, 'nyawa' perjalanan tidak diusik iaitu PASSPORT!
Wanita tersebut menyedari kehilangan wang di dalam beg sebaik sahaja berada di dalam bas! Begnya sentiasa diletakkan di bahagian hadapan, didakap ke arah dada. Dalam hal ini kami tidak berani untuk menyuarakan sesuatu atau membuat kesimpulan bagaimana wangnya boleh hilang begitu sahaja!
Tour Leader bertanya kepada wanita yang kehilangan duit : Puan ada ambil travel insurance tak? Kalau ada kita boleh buat laporan polis untuk claim insuran balik ke Malaysia nanti.
Alhamdulillah, wanita yang hilang duit memang telah membeli insuran perjalanan ke luar negara.
Namun begitu, Tour Guide menegaskan:
Kalau kamu buat laporan polis, duit yang hilang tetap tidak dapat semula!
Kamu tahu, ini Italy!
Kami tidak dapat menunggu kamu membuat laporan di balai polis.
Bas hanya akan hantar kamu ke sana. Uruskan sendiri hal kamu.
Bas akan terus ke hotel. Sekarang sudah lewat malam. Yang lain perlu check in hotel.
Selepas kamu buat laporan polis, kamu boleh naik teksi ke hotel.
Google - Mata Wang EURO |
Google - Mata Wang USD |
Google - Mata Wang LIRA |
18 comments
Allah walaupun 10k sana, tetap duit tu.. semoga dipermudahkan segala urusan.
BalasPadamBanyak tu 10K... berganda-ganda nilainya berbanding wang poket saya.
PadamMacammana boleh hilang jika sentiasa beg rapat ke dada? Atau tercicir? Atau tak sedar dah syok shopping, hehehe.
BalasPadamsemoga segala urusan dipermudahkan... Harap haraplah tak hilang, tersalah letak sahaja mungkin..huhuh
BalasPadamAllahu...banyaknya hilang, kesian dia..
BalasPadamItu sajalah yang mampu kami luahkan: Kesian dia!
Padamterkejut baca tajuk...igt duit Amie, semoga dipermudahkan urusan wanita itu
BalasPadamWalau pun yang hilang duit orang lain, tapi kami terkena tempias juga... takut, trauma!
Padammilan sy mmg tahu
BalasPadamantara port pickpocket selain rme dan paris
mereka mmg terer bab2 ni
smpi kita boleh tak perasan...
kesiannya kat wanita tu..
byk tuuu duit yg hlg...
mesti merudum mood dia nak jalan2..
Betul Anies.
PadamTGB kami berulang kali mengingatkan perkara ini samada dalam bas atau sewaktu melepaskan kami terutama ketika free & easy. Katanya lagi, mereka sangat profesional dan tahap PhD!
10K....banyaknya duit hilang...
BalasPadamBanyak kan SA... kalau Kak Amie tu jenuh mengumpul!
PadamDalam berjaga-jaga letak beg kedepan pun tak selamat. Pro betul pencopet ni. Susah juga urusan di sana jika berlaku kehilangan duit ni. Kesian kepada mangsa. Mesti pengalaman ni akan tinggalkan kesan buruk. Semoga urusan mereka dipermudah dan Allah gantikan dengan yang lebih baik. Aamiin...
BalasPadamMemang pengalaman buruk Fizah.
PadamItulah ak boleh nak kata apa. Apalagi dengan menyalahkan tuan badan. Segalanya berlaku dengan pantas, tanpa disedari dan ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Italy pula.
Kita yang tidak berada di tempatnya pun siang malam asyik teringat malang yang menimpanya.
Italy dengar citer memang pencopet antarabangsa. Tapi bila hilang sampai 10 k Ya Allah kenapalah bawa duit banyak sangat dan di simpan 1 tempat. Buat macam amie tu bagus. Merata2 duitnya di simpan. Semuga kita dijauhkan lah daripada kehilangan wang yang begitu banyak. Amiin
BalasPadam10K banyak sangaaat. Pasti menangis lah 😭. Apalagi kalo itu utk bekal dia selama trip kan. Pelajaran juga utk selalu hati2 selama traveling ya kak
BalasPadamDah lah jauh beribu batu dari negara sendiri, pergi untuk kembara, duit hilang pula. Walau sudah berhati2.
BalasPadamPasti pengalaman duka ketika travel yang akan diingati.
alahai, kesiannya. dah la baru hari pertama..huhu
BalasPadam