Jabal Tsur

7:48 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh: 04 Januari 2023
Hari:

Aktiviti ziarah ke:

  • Jabal Tsur
  • Jabal Rahmah
  • Lalu di Mina dan Muzdalifah
  • Masjid Jiranah
Peringatan :

  • Jemaah yang ingin mengerjakan umrah kali ketiga, hendaklah mandi sunat ihram di hotel sebelum ziarah.
  • Jemaah lelaki hendaklah membawa kain ihram, dan akan dipakai di Masjid Jiranah
  • Jemaah akan bermiqat di Masjid Jiranah.
Jabal Thur
Sumber : Google

Makkah hujan di pagi hari. Hari ini Makkah diramalkan hujan kuat. Suhu dingin mencecah 12'C. Mutawif memaklumkan  bahawa bas sudah menunggu di tempat letak kenderaan dan dijadualkan bergerak pada pukul lapan pagi.

Kami mandi sunat ihram, bersiap dan terus keluar dari bilik. Memandangkan begitu ramai yang sedang menunggu untuk masuk lift, kami segera bergerak turun menggunakan tangga dari tingkat sembilan ke tingkat 6. Kami cepat-cepat makan dan ingin segera turun menuju ke tempat letak bas.

Menu sarapan kami.

Bas sudah lama menanti kami.

Ketika hendak turun ke lobi, kami dapati masih ramai yang sedang menunggu di depan lift, sama ada hendak naik atau turun. Encik Suami ajak turun tangga dari tingkat enam ke lobi hotel. Setelah berada di dalam bas, rupanya kami orang pertama naik bas! Jemaah lain belum sampai, dan kami faham sudah tentu mereka menghadapi masalah kesesakan lift! 20 minit kemudian barulah mereka menaiki bas dengan keluhan: Lift sesak dan terpaksa tunggu lama untuk turun. Apabila Encik Suami beritahu, kami turun gunakan tangga, masing-masing bertanya : Di manakah tangga?
Selepas ini mungkin ramai yang akan gunakan tangga pula. Kalau turun mungkin lutut masih boleh bertahan, tetapi kalau naik... wallahua'lam.


Ketika bas bergerak menuju ke Jabal Tsur, hujan sudah berhenti. Mutawif membawa kami menuju ke tempat bersejarah dalam dunia perkembangan Islam, iaitu tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar ketika dikejar oleh orang Quraisy sewaktu mereka berusaha untuk keluar dari Makkah ke Madinah.

Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai, namun kami teruskan juga ke tempat lawatan. Bagaimanapun kami terpaksa berlari semula masuk ke dalam bas apabila hujan bertambah lebat! Tiada tempat untuk kami berlindung sekiranya terus berada di kawasan lawatan. Bukan kami sahaja, jemaah umrah dari negara lain pun turut lari bertempiaran!

Ada yang membawa payung, tetapi sudah tentulah lebih ramai yang tidak bawa!

Sama ada berpayung atau tidak, semua jemaah umrah kebasahan!

Kawasan Jabal Tsur sedang dibaikpulih.

Walaupun tidak sempat melawat, tetapi di dalam bas, Ustaz Ali Amin menyambung cerita sambil kami melihat Jabal Tsur yang ditinggalkan.
  • Jabal (Gunung) Tsur terletak kira-kira 5.37 kilometer dari Masjidil Haram dan terdapat tiga puncak yang bersambung.

  • Gua Tsur menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA daripada dikejar oleh kaum Quraisy pada tahun 622M sewaktu penghijrahan Rasulullah SAW menuju ke Kota Madinah.

  • Allah telah menolong Rasulullah SAW melalui perantaraan merpati dan labah-labah. Burung merpati membuat sarang di mulut gua, sebelum kaun Quraisy datang. Di sarang itu, burung merpati bertelur dan mengeram. Setelah itu, labah-labah kecil datang membuat sarang sutera di mulut gua. Jaring itu begitu tebal sehingga ketika orang-orang Quraisy tiba di mulut gua, mereka tidak mampu melihat ke dalamnya. 

  • Jadi mereka berfikir tidak mungkin Rasulullah masuk ke gua tersebut, sebab jika masuk, sarang labah-labah dan burung merpati tersebut pasti akan rosak. Akhirnya orang-orang Quraisy meninggalkan Gua Tsur. Mereka kembali ke Makkah tanpa hasil. Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar pun selamat. 

  • Peristiwa ini disebut dalam al-Quran : Surah at-Taubah ayat 40. 
Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

4 comments

  1. Guna tangga lagi cepat ya.. mujur turun 3 tingkat je.

    BalasPadam
  2. Teringat SA turun dari tingkat 8 office baru2 ni...sampai sekarang tumit kaki SA sakit...

    BalasPadam
  3. jabal tsur mengajar kita dlm keadaan tertentu menyerah dan tawakal adalah senjata paling hebat

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe