Bismillahirrahmanirrahim.Sewaktu melintasi Zaitoon Restaurant, kami dapati suasana agak lengang. Jadi kami cepat-cepat masuk. Encik Suami mencari meja kosong dan Amie beratur memesan makanan di kaunter. Lega rasanya apabila Encik Suami angkat tangan dari tempat duduknya. Bermakna tidak perlulah kami menunggu pelanggan lain meninggalkan tempat duduknya sebagaimana yang berlaku pada malam sebelumnya di sini: CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT.Bismillah.Kali ini Amie...
Bismillahirrahmanirrahim.Tarikh: 01 Januari 2023Hari : AhadKami sampai ke hotel pada pukul 11 pagi setelah lawatan ke Jabal Magnet di Lembah Jin. Waktu solat fardhu zohor jadualkan pada pukul 12:25 tengahari. Sempatlah bersihkan diri di hotel sebelum turun semula ke bawah. Seperti biasa kami akan bersama-sama menuju ke Pagar 335, dan kemudian menghala ke tempat solat masing-masing. Kali ini, Amie ambil kesempatan berdiri seketika...
Bismillahirrahmanirrahim.Dengan penuh rasa sukacita, Amie ikut serta memeriahkan segmen giveaway sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-23, sahabat blogger kita MAMA SARA NUR @ CIK NUR.Dik Nur sayang:Rumah tangga tidak terus berdiri teguh. Ia perlu dibina bertiangkan kesabaran, berbumbungkan ketabahan, berdindingkan persefahaman dan berlantaikan kasih sayang. 23 tahun adalah tempoh yang cukup matang dalam mengukuhkan sebuah ikatan perkahwinan.Kak Amie doakan: Semoga cinta yang ada di dunia...
Bismillahirrahmanirrahim.Kelmarin hari Sabtu, 31 Disember 2022. Hari ini Ahad, 01 Januari 2023. Bermakna sudah masuk tahun kedua kami berada di bumi Madinah!Aktiviti lawatan terakhir kami ialah ke Bukit Magnet di Lembah Jin, kira-kira 30 kilometer ke utara Kota Madinah. Perjalanan dengan menaiki bas memakan masa lebih kurang 40 minit. Sebaik sahaja bas meninggalkan kota Madinah, kami melihat pemandangan pokok-pokok kurma yang tumbuh subur ,...