Masakan Tradisi Bajau Semporna

12:01 PTG

Assalamualaikum.
Bertemu lagi di ambang 2020.
Semoga semuanya sihat sejahtera.
Paparan di awal tahun ini, Amie kongsikan masakan tradisi masyarakat Bajau ketika Amie bersama anak-anak dan Encik Suami jalan-jalan ke Semporna pada minggu lepas.
Perjalanan dari Lahad Datu ke Semporna memakan masa lebih dua jam, ditambah pula dengan hujan yang sangat lebat di antara Kunak hingga ke simpang Semporna. Sejuk-sejuk begini sudah tentulah perut rasa lapar. Kebetulan Encik Suami letak kereta di belakang sebuah restoran, jadi kami pun terus masuk ke situ.
Kami menikmati makan tengahari di Restoran Kampungku, sebuah restoran di bandar Semporna yang menyajikan pelbagai hidangan tradisi masyarakat Bajau. Restoran ini terletak bersebelahan dengan Hotel Grace.

Apa yang disajikan di restoran ini?
Ada nasi dan pelbagai lauk-pauk kampung seperti ikan dan sayur-sayuran. Terlebih istimewa kerana ada makanan tradisi seperti putu, tompek dan juga tehe-tehe @ okok-okok seperti dalam gambar di atas. Tehe-tehe ialah sejenis landak laut seperti gambar di bawah ini. Apabila sudah dikeluarkan isinya, dan digantikan dengan beras atau pulut, lalu dimasak maka namanya turut berubah dengan panggilan okok-okok.


Fairuz dan Firdaus serta Encik Suami memesan nasi. 
Amie pula memilih okok-okok dan putu. Sama ada nasi, tehe-tehe atau putu, kesemuanya boleh dinikmati bersama pelbagai lauk-pauk yang dipilih.


Seperti biasa, putu tidak dapat dipisahkan dengan kilau atau kinilau, sejenis hidangan tradisi yang terdiri daripada isi ikan mentah, ditambah perahan jus limau, hirisan cili dan hirisan mangga muda.


Jom cuba lato' dari Semporna pula.
Sama saja lato' Semporna atau Lahad Datu...ahaks!
Tapi di sini sedaplah pula dicecah dengan sambal. Kami minta tambah 3 kali sambal...hiks!



Lauk lain yang kami pesan ialah bobohan.
Boleh lihat gambar bobohan yang belum dimasak di bawah sekali.
Ini merupakan kali pertama kami makan bobohan!
Rasanya lembut kenyal, seperti rasa limpa lembu, tetapi lebih lembut dan sedap!

Hajat di hati hendak mencari sagol ikan pari, tapi yang ada sagol ikan kumai. Tak apalah, boleh cuba. Sedap juga.


Ada ikan pari, tapi hanya dipotong-potong kecil dimasak tumis seperti di atas.

Ini pula ikan buntal. Tentulah kami tak lepaskan peluang untuk menikmatinya sebab tak pandai masak ikan buntal! Ikan buntal ada racun, dan hanya orang yang pandai sahaja boleh buang racun. Selalunya kalau ke pasar, memang peniaga ikan akan bersihkan ikan buntal dan buang racun, tapi masih tak yakin boleh masak sendiri...hiks!

Tidak ketinggalan, masakan kima yang sangat sedap! Kalau tak pandai masak, memang akan ada bau kima yang kuat. Tapi di sini, sedap sangat! Itu kata Encik Suami.

Jom makan!
Fairuz dan Firdaus menunggu ayam goreng untuk makan dengan nasi!
Tapi makan juga lauk-pauk yang sudah dipesan itu. Walaupun kali pertama makan bobohan, tidaklah cerewet sangat anak dan Encik Suami. Mereka cuba makan.

Amie makan putu, tambah dengan lauk-pauk yang lain.
Alhamdulillah. Kenyang sangat!

Keesokannya, sebelum meninggalkan Semporna, sekali lagi kami singgah di sini. Masakan masih panas-panas! Jadi, bertambahlah keenakannya bila masuk ke mulut! Kali ini kami makan tompek @ tinompek.
Lauk-pauk pun tidaklah sebanyak yang kami pesan seperti sebelumnya. Kami hanya temankan Fairuz dan Firdaus bersarapan.



 Kami pesan kima yang sedap itu!

Ada kerabu rumpai laut dengan mangga.

Dan daging masak hitam atau tiyula itum.

Leka meratah lauk-pauk tinompek!


Ini dia bobohan yang Amie maksudkan di atas tadi. Gambar atas, bobohan yang sudah dimasak. Gambar bawah, bobohan yang masih hidup.




Bobohan di Semporna dikenali sebagai rumpai laut 'nemo' yang tumbuh di celah-celah batu karang. Gambar ini Amie ambil setelah selesai makan di restoran ini, dan kami bergerak menuju ke kereta. Kebetulan melalui belakang restoran dan ternampak bobohan ini di dalam besen. Menurut pekerja di situ, bobohan ini masih hidup, dan jika mati bobohan akan mengecut.



4 comments

  1. Rezeki orang Sabah, mereka kaya dgn hasil laut yg unik. Makanan atas ni nampak sedap dimata maq.

    BalasPadam
  2. Cikgu... Dah terlalu lama sy tak kunjung blog cg.. Tetiba hari ni teringat kek lapis masam manis cg yg marveles tu... Sedapnya cikguuu... Terus buka blog cg.. Alhamdulillah, cg masih berblog.hihi..
    Bulan lepas baru sy ke sabah cikgu. Bercuti di sana. Kmai pergi ke kundasang. Ya Allah, bukan main sejuk..hihi.. Biasalah. Dkt N9 panas sentiasa..hihi.. Mknan tempatan yang kami try, sayap bakar. Sedap betul sayap bakar kundasang. Tahun ni. Innsya Allah, nak pergi ke Sabah lagi.

    BalasPadam
  3. Madam Maq,
    Alhamdulillah. Anak-anak dan suami pun tak cerewet bila diajak cuba makan makanan tradisi kaum lain.

    Nur Afiqah,
    Terima kasih sudi datang sini. Lama juga saya tak buat kek lapis.
    Wah! Dah sampai Sabah ye. Tahniah.
    Dah sejuk di gunung, marilah turun ke laut pula. Banyak pakej pulau-pulau di Semporna. Boleh terbang dari KL ke Tawau.

    BalasPadam
  4. Sedapnyaaaa.......terus lapar perut SA tgok entry ni at this time...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe