Kek Hati Pari @ Parek
6:43 PTG
Jemput minum petang dengan sepotong dua Kek Hati Pari @ Parek.
Sesungguhnya Amie sangat sayang resipi ini. Amie pernah membuatnya beberapa kali dan berkongsi resepi KEK HATI PARI @ PAREK VERSI 1 dan KEK HATI PARI @ PAREK VERSI II.
Kalau anda pernah membaca entri yang lalu berkenaan Kek Hati Pari @ Parek Versi 1, tentu anda terpandang gambar dua buah buku resepi lama yang aAmie kongsikan seperti di bawah ini.
Di dalamnya terkandung berpuluh malah beratus resepi kek yang 'diwariskan' oleh seorang rakan guru dari Sarawak kepada rakan sekerja Amie. Ketika itu, rakan dari Sarawak ini bertugas di LD. Amie pun tak sempat berjumpa dengannya, sebab Amie 'lewat' datang ke LD.
Nampak begitu klasik resepinya, dengan tulisan tangan yang kemas, dan difotostat, diwariskan turun-temurun kepada peminat kek Sarawak.
Walaupun terdapat pelbagai jenis resepi Kek Hati Pari @ Parek, namun Amie hanya mencuba dua jenis sahaja. Kedua-duanya sedap sebab tempoh mengukusnya pun cukup sedap...ahaks! Untuk kek kali ini, resepinya seperti di bawah ini.
500 gram tepung gandum
250 gram mentega tulen
1 3/4 cawan gula pasir
1 cawan gula pasir - dijadikan gula hangus
5 biji telur gred A
300 gram kismis hitam
4 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
loyang 4 segi 8"x8" yang telah digris dengan mentega
kertas aluminium
250 gram mentega tulen
1 3/4 cawan gula pasir
1 cawan gula pasir - dijadikan gula hangus
5 biji telur gred A
300 gram kismis hitam
4 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
loyang 4 segi 8"x8" yang telah digris dengan mentega
kertas aluminium
Cara:
1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Tumbuk kismis hingga hancur lumat dan kemudian ambil 75 gram tepung yang diayak tadi dan gaulkan dengan kismis hingga sebati.
3. Pukul mentega bersama gula hingga putih.
4. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
5. Perlahankan kelajuan pemukul, dan masukkan susu pekat manis.
6. Seterusnya masukkan tepung, diikuti dengan gula hangus dan juga kismis. Gaul rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutup loyang dengan kertas aluminium.
8. Kukus selama 6 hingga 8 jam dengan api sederhana. Gunakan air panas setiap kali hendak menambah air kukusan.
Kek Hati Pari @ Parek entri hari ini.
Kek Hati Pari @ Parek Versi I.
Kek Hati Pari @ Parek Versi II.
Untuk resipi ini bolehlah lihat di KEK HATI PARI @ PAREK VERSI II.
Walaupun nampak macam sama, tetapi bahannya agak berbeza terutama sukatan tepung gandum yang digunakan.
6 comments
Amie, kek ini amat menarik. PH tak pernah rasa. Kena kukus 6-8 jam...pengsan!
BalasPadamPH,
BalasPadamItu kira minima, (sebab resipi yang saya kongsi ini separuh dari adunan asal) kalau betul-betul mau 10-12 jam he he hee (adunan penuh).
Bak kata kwn saya kukus kek ni mcm dr kedah nk p kl..
BalasPadamNampak sedap la. Nanti nak try la..
BalasPadamBtw, cuma tertanya-tanya, kenapa perlu masak lama?sebab lagi lama masak, lagi moist ker?
Assalamualaikum kak.. Bila nak masukkan tepung? Sebelum masukkan gula dgn kismis ke?
BalasPadamMula2 baca tajuknya ingatkan hari iakn pari..
BalasPadam