Sambal Tuhau dengan Ikan Bilis
9:28 PTG
Lama rasanya tak makan tuhau, sama ada jeruk tuhau atau sambal tuhau. Kebetulan kelmarin terjumpa umbut tuhau di Pasar Tani Takada, dapatlah beli seikat.
Masyarakat Kadazan-Dusun memang tidak asing lagi dengan tuhau, kerana tuhau merupakan salah satu bahan masakan tradisi mereka. Tuhau termasuk kategori keluarga halia. Melihat pokok tuhau, kadang-kadng Amie salah tafsir, kerana ia seakan-akan pokok lengkuas dan kadang-kadang seperti pokok kantan!
Sambal Tuhau dengan Ikan Bilis siap untuk dinikmati bersama nasi!
Ini dia umbut tuhau yang telah Amie buang bahagian kulit luarnya yang agak keras. Kita ambil isinya yang lembut sahaja. Tuhau mempunyai aromanya yang tersendiri sebagaimana pokok kantan dan juga halia atau lengkuas. Kalau biasa dengan aroma pokok ketumbar atau pokok ketumbar jawa, lebih kurang begitulah aromanya. Itu bagi Amie, tak tahulah bila orang lain hidu....hiks!
Cantik pula warna isi tuhau ini!
Untuk mengolahnya, kita potong terlebih dahulu tuhau ini. Ikut sukalah nak potong panjang atau pendek. Nampak tak ada macam benang halus pada gambar di atas? Apa tu?
Sama juga seperti umbut pisang (bagi yang pernah membersihkan umbut pisang untuk dijadikan masakan), terdapat rerambut atau bebenang halus pada tuhau. Kalau rajin, bolehlah tarik dan bersihkan. Kalau tak tarik atau buang pun boleh juga.
Beginilah lebih kurang bebenang yang terdapat pada umbut tuhau.
Pertama kali Amie masak tuhau, Amie masih ingat pada tahun 1996! Amie diperkenalkan dengan tuhau ini oleh Cikgu Wanihim Othman. Moga Cikgu Wanihim sihat-sihat sahaja hendaknya walau di mana beliau berada. Terakhir, Amie dengar khabar beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan di Sandakan. Beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan tuhau ketika kami sama-sama pulang dari mesyuarat di Hotel Perkasa, Kundasang. Kami singgah di Tamu Ranau (Pasar Ranau), dan katanya untuk memasak tuhau, tambahkan cili putih seperti gambar di atas.
Cili putih tidaklah begitu pedas. Jadi Amie tambahkan cili padi yang lebih pedas. Haaa... nampaknya cili padi Amie pun penuh warna-warni! Amie tumbuk 7 biji cili padi ini bersama bawang putih dan belacan. Yang lain tu Amie biarkan bulat-bulat, kalau nak tambah pedas, sewaktu makan bolehlah picit-picitkan cili padi tu.
Bahan perencah lain termasuklah bawang putih, bawang merah, bawang besar dan belacan sebagai pelengkap rasa. Kalau anda mempunyai resdung, tak payahlah bubuh belacan ye.
Mari kita lihat cara memasak Sambal Tuhau dengan Ikan Bilis ini.
Bahan-bahan:
3 batang tuhau - ambil umbutnya yang lembut - potong ikut citarasa
25 biji cili padi putih - hiris
20 biji cili padi
1 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar - mayang kasar
5 biji bawang putih - hiris
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 cm belacan
Cara:
1. Panaskan minyak. Goreng bawang besar bersama bawang merah hingga layu kekuningan.
2. Masukkan bahan tumbuk, kacau rata sehingga terbit aroma.
3. Kemudian masukkan ikan bilis, cili padi putih, cili padi dan tuhau.
4. Masak seketika, dan kacau sekali-sekala.
5. Tambahkan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.
11 comments
Asalam..wah jumpa blogger Sabah ni..semua sedap nak di makan..saya dah lama follow blog ni
BalasPadamEtuza,
BalasPadambanyaknya makanan tradisional Sabah yang perlu diketengahkan.
Terima kasih sudi berkunjung ke dapur saya.
kak amie, kalau dekat semenanjung ada tak tuhau ni. sekali tengok dah macam batang keladi rupanya :D
BalasPadamDisemenanjung kita panggil umbut tepus..
PadamSedap tu..terigt time duk sabah dulu
PadamTuhau dijadikan serunding pun sedap juga kak Amie.
BalasPadamsedapnya.. sy org kedah. kami panggil tuhau ni tepus. x tahu pulak boleh masak mcm ni. nk try msk mcm ni lh balik kg nti. tq for ur recipe😘
BalasPadamTq kongsi resepi. mesti cuba sbb sgt sedap.
BalasPadamblh tahan lama mcm tuhau yg potong halus2 ke masakan ni?
BalasPadamDimana mau dapat tuhau di semenanjung
BalasPadamSaya share ya. Nanti mahu cuba
BalasPadam