ADSENSE

Sabtu, 3 November 2018

Sambal Cencaluk Petai & Belimbing Buluh

Jom buat sambal cencaluk!

 Kali ini Amie tambahkan petai dan belimbing buluh sebagai pelengkap cencaluk!

Idea gabungkan petai dengan belimbing buluh timbul apabila melihat lebihan beberapa biji belimbing buluh, dan juga limau kasturi yang tak berusik di atas meja dapur! Mmmmm.... kesuuurrrr!

Kita carikan temannya seperti cili padi dan bawang merah.

Kebetulan ada sebotol cencaluk belum terusik di dalam kabinet dapur. Apa lagi.... jom kita campur gaul! 

Bahan-bahan:
3 sudu besar cencaluk - tapiskan airnya
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan hiris
2 biji bawang merah - hiris
11 biji cili padi - hiris
4 biji belimbing buluh - hiris
1/2 cawan isi petai - hiris

Cara:
Gaulkan kesemua bahan dan biarkan seketika sebelum dihidangkan.

Cencaluk!

2 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

hahaha lawan buat sambal hari ni Mie, kaknoor sambal belacan Mie sambal cencaluk dua2 masyukkk ni

Amie berkata...

Kak Noor,
berjiran kita cecaluk sama sambal belacan ya kak.