Asam Rebus Ikan Lausu (Landuk / Kutambak)
9:30 PTG
Banyak sangat nama ikan ini.
Ada yang panggil ikan landuk, ikan pelanduk, ikan mempinang dan yang sewaktu dengannya. Di sini, peniaga dan penduduk tempatan memangilnya sebagai ikan lausu dan juga ikan kutambak.
Biasanya kami beli saiz kecil dan sedap rasanya walaupun hanya digoreng sahaja.
Oleh kerana saiz ikan lausu ini agak besar dan sudah siap dipotong-potong oleh peniaga ikan, kami membeli tiga keping sahaja. Itu pun beratnya 1.5 kg!
Amie masak sekeping sahaja. Hirisannya pula agak tebal, rasanya menghampiri 3 cm juga ni.
Oleh kerana ikan ini sudah bermalam-malam dalam peti sejuk, jadi beginilah rupanya.
Bahan-bahan:
1 keping ikan lausu - seberat 500 gram
12 biji kacang bendi - bilas dan toskan - potong tampuk dan ekor
1 labu bawang besar - mayang kasar
7 biji cili padi
2 keping asam gelugur
7 biji cili padi
2 keping asam gelugur
1 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 liter air
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
3 biji cili merah - belah 2 dan buang biji
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 sudu kecil belacan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 liter air
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
3 biji cili merah - belah 2 dan buang biji
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 sudu kecil belacan
Jangan lupa kisar bahan-bahan di atas ini.
1. Didihkan air bersama bahan kisar dan serai.
2. Setelah mendidih masukkan asam keping, bawang besar, serbuk kunyit, ikan lausu, dan cili padi.
3. Masak selama 10 minit, dan kemudian masukkan kacang bendi. Biarkan seketika.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Hidangkan panas.
Amie ambil masa agak lama (10 minit) untuk memastikan isi ikan masak memandangkan hirisan ikan yang agak tebal.
Sekian.
Cerita untuk malam ini.
4 comments
Salam Kak Amie.
BalasPadamSedapnya bah saya tengok asam rebus ikan ni.Terbayang2 suda.Nampak macam ikan merah pun ada.
sedapnya tgk menu ni, akan2 asam pds nih tp tak guna cili kering...n di rebus je
BalasPadamtak pernah lak dgr nama ikan ni , ni ikan air tawar ke air masin ye
besar betul ikan nya tu klu 3 keping dh sekilo lebih
Rahel,
BalasPadamYa, macam ikan merah kan. Keluarganya kali.
Norhidana,
ikan laut ni.
S3dap hirup kuah..lps tu baru makan isinya..
BalasPadam